Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 10 Mac 2013

Op Daulat: Dua Anggota Polis Cedera Di Lahad Datu

Anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) keluar dari kawasan kampung selepas mengadakan pemeriksaan di beberapa rumah di Kampung Pinggir Bakau bagi mengesan saki baki pengganas di sini.Foto Bernama

LAHAD DATU - Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam serangan berselang-seli yang berlarutan selama lapan jam di Kampung Tanjung Batu, dekat sini malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, serangan bermula pukul 8 malam sehingga 4 pagi ini menyebabkan dua anggota PGA, masing-masing berusia 25 tahun dari batalion Miri cedera di bahagian betis dan paha.

"Mereka yang cedera ketika sedang berkawal di kawasan kepungan itu diberikan rawatan di lapangan oleh pasukan perubatan angkatan tentera sebelum dihantar ke hospital di Sandakan," katanya dalam sidang media di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16, hari ini.

Beliau berkata, serangan itu menunjukkan kumpulan militan tidak berhasrat menyerah diri atau melakukan gencatan senjata seperti yang dilaporkan media Filipina.

Laporan media Filipina sebelum ini memetik kenyataan Jamalul Kiram III, yang didakwa dalang pencerobohan itu, meminta kumpulan yang menceroboh Lahad Datu supaya meletak senjata selepas berlaku kematian di pihaknya ekoran gerakan ofensif dilancarkan pasukan keselamatan Malaysia.

Hamza berkata, jumlah tangkapan mereka yang disyaki terbabit dengan kumpulan penceroboh telah meningkat kepada 85 orang berbanding 79 sebelum ini.

Katanya, jumlah itu tidak termasuk 27 orang yang ditahan ketika berada di atas tiga buah bot di kawasan larangan Op Daulat pukul 10 pagi semalam di pantai Tanjung Batu.

Di sebalik tangkapan dan jumlah militan yang terbunuh, beliau memberi jaminan keadaan keselamatan di pantai timur Sabah adalah terkawal.

Op Daulat yang dilancarkan enam hari lalu menyaksikan 53 militan penceroboh telah ditembak mati.

Sejak pencerobohan 12 Februari lepas, lapan anggota polis terkorban, dua daripadanya gugur dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Simunul, Semporna sehari kemudian. - Bernama

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....