Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 24 Disember 2012

Video : Kembara Oren Diserang,Seorang Pengsan

 Storm milik Anak diserang dengan kayu sehingga cerminnya pecah
Ketua Penerangan Anak, Naraza Muda cedera di bahagian kepala dipercayai dipukul



KUALA LUMPUR: Kembara Oren  terpaksa dihentikan serta merta di Negeri Sembilan apabila seorang pesertanya dipukul dengan kayu sehingga pengsan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, Ketua Penerangan Anak, Naraza Muda cedera di bahagian kepala dipercayai dipukul menggunakan sebatang kayu yang tajam.

Konvoi Kembara Oren dihalang di jalan utama sebelum masuk ke kawasan Felda menyebabkan berlaku pertengkaran dan Naraza dipukul sehingga pitam.

Selain itu, kenderaan Storm milik Anak juga diserang dengan kayu sehingga cerminnya pecahSehubungan itu, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Jempol.

Kejadian tersebut juga menyebabkan Kembara Oren dihentikan serta merta kerana mendapat maklumat sekumpulan samseng sudah menunggu mereka dengan besi dan kayu tajam.

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyifatkan serangan Kembara Oren Selamatkan Felda di Negeri Sembilan sebagai paling teruk sepanjang siri kembara ke beberapa buah negeri sebelum ini.

Timbalan Presiden Anak, Aris Fezol berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian peserta Kembara Oren dipukul oleh sekumpulan samseng di Felda Bukit Rokan Utara, semalam.

"Sebelum ini Kembara Oren memang disekat dan dihalang masuk tapi di Negeri Sembilan keadaan paling teruk kerana menyebabkan kecederaan peserta kita," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mengulas lanjut, Aris tidak menafikan serangan tersebut dilakukan kerana Negeri Sembilan merupakan negeri Pengerusi Felda, Tan Sri ISa Samad dan Pengarah Besar Felda, Faizol Ahmad.

"Pihak Felda sudah hilang pertimbangan kerana terlalu banyak pendedahan buruk mengenai mereka dibuat oleh Anak.

"Mereka tidak ada cara lain selain menggunakan keganasan," katanya.Tegas beliau juga, kejadian sedemikian tidak akan berlaku jika pihak polis bertindak tegas terhadap kumpulan yang menyerang. "Mereka berani buat sebab polis tak ambil apa-apa tindakan, hanya sekadar menjadi pemerhati.

"Selepas laporan polis dibuat di Perak semasa Kembara Oren diserang, tak ada apa-apa tindakan diambil dan ini menggalakkan pihak tertentu terus melakukan serangan," katanyaHrkh

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Malaysia sudah lebih teruk daripada Zimbakwe. Sudah ytiada Undang2 lagi. Ada polis jadi tunggul kayu. Apa nak suruh rakyat bawa senjata sendiri untuk pertahankan diri kah. Adakah kerajaan nak membiarkan penyokong2 mereka mengganas serupa samseng bnila berhadapan dengan pakatan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Hah Ha... waktu nak jelajah dan berhimpun, tak perduli permit polis, bila dah kena, sibuk salahkan polis.... rasakan.

Tanpa Nama berkata...

he he aq fikir banyak tunggul2 kayu kat orang melayu nih. tak lah polis. jangan jadi tunggul kayu.


ofGCTC :6:47:

Tanpa Nama berkata...

3:55 yg bodoh! tu je tahap pemikiran kau?!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....