Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 28 Disember 2012

Video & Gambar : Sekitar Himpunan Oren Selamatkan Felda














Kira-kira 1,000 orang - rata-ratanya memakai baju berwarna oren - berarak daripada masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menuju ke Wisma Felda Jalan Semarak hari ini.

Perarakan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman itu turut disertai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub serta ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad dan Dr Hatta Ramli.

Mereka berarak ke Wisma Felda bagi mengadakan perhimpunan serta menyerahkan memorandum kepada Felda.

Sementara itu, ketika berucap di atas kereta 4WD, Mazlan berkata, kehadiran beliau pada hari ini adalah tujuan bagi mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan.

"Kita tak bermusuh dgn pekerja Felda, tak bermusuh dengan anak peneroka."Kita ada di sini untuk membuat tuntutan paling utama. Kehadiran Isa mengundang malapetaka dan bencana."Kita nak buat tuntutan terbesar kita iaitu Isa mesti letak jawatan dan undur," katanya.

Dalam pada itu, turut berhimpun di hadapan Wisma Felda hari ini ialah kira-kira 300 orang yang pro-Felda daripada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) yang membawa kain rentang antaranya bertulis "Jangan ganggu Felda", "Peneroka Felda bukan kacang lupakan kulit", dan "Persatuan ANAK Pengkhianat".

Mereka turut melaungkan "jangan ganggu Felda" dan "Zalim zalim Mazlan Aliman Zalim".Justeru, pihak polis membuat sekatan kira-kira 50 meter bagi menjarakkan dua kumpulan itu.

Pada perhimpunan itu, Mazlan bersama enam wakil ANAK dan PAS antaranya Salahuddin dan Hatta bertemu wakil daripada Felda untuk menyerahkan memorandum.

Selepas itu, kedua-dua kumpulan mula bersurai kira-kira jam 3.30 petang.Mazlan yang kemudiannya ditemui pemberita memberitahu, akan membuat tindakan susulan selepas menyerahkan memorandum tersebut.

Beliau berkata, apa yang menjadi kepentingan ANAK buat masa ini ialah menuntut agar Isa melepaskan jawatannya.

Ini kerana, tempoh Isa sebagai pengerusi Felda akan tamat pada 31 Disember ini."Yang paling penting sekarang ialah tuntutan kita supaya Isa lepas jawatan sebagai pengerusi Felda.

"Kita takkan putus asa. Kita akan tuntut perdana menteri supaya pecat Isa. Tempoh akan berakhir pada 31 Disember. Perdana Menteri mesti ambil peluang dengan laksana tuntutan rakyat," katanya.

Antara tuntutan lain yang ada didalam memorandum itu ialah meminta agar Felda mengembalikan semula tanah Felda Plantation, menghentikan penjualan minyak sawit kepada syarikat yang didakwa milik Yahudi serta menghentikan camputangan politik dalam Felda.

Selain itu, mengulas mengenai kira-kira 300 NGO pro-BN yang turut hadir hari ini, Mazlan berkata, beliau menganggap mereka sebagai kawan dan bukan musuh.

"Saya anggap mereka kawan, bukan musuh. Musuh bukan anak peneroka. Mereka tak tau apa-apa. Mereka diupah. Mereka kawan kita," katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata, beliau berpuas hati terhadap kedua-dua kumpulan hari ini yang bersurai secara aman.

Katanya, dengan kekuatan anggota polis yang memadai, halangan dibuat bagi mengelak pertembungan kedua-dua kumpulan.

"Terima kasih pada kedua-dua kumpulan kerana bersurai dengan aman. Saya sangat berpuas hati dengan situasi hari ini. Mereka mendengar nasihat.

"Kekuatan memadai. Angka tak berapa besar. Tapi kita berjaya halang mereka daripada bertembung," katanya. -mk


Sumber : Greenboc

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....