Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 16 November 2012

Perbahasan Ucapan Dasar Wakil PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim

Kita bermuktamar pada kali ini, dalam suasana Pas Terengganu sedang bersiap sedia untuk kembali semula ke Wisma Darul Iman, insyaAllah. Fenomena kehadiran puluhan ribu  rakyat pada setiap Program Himpunan Kebangkitan Rakyat-PGU yang telah kita adakan secara bersiri bermula dari Kemaman, Besut, Kuala Terengganu, Marang dan yang terakhir di Jabi, Setiu. Kejayaan siri himpunan besar ini adalah gambaran gelombang kebangkitan mood rakyat yang sedang diuruskan dengan sebaiknya.

Tuan Pengerusi Tetap,

Selepas kejatuhan kerajaan Pas Terengganu dalam pilihanraya 2004, ramai yang sinis dengan pandangan menyindir apabila Pas Terengganu membentangkan fakta-fakta berkaitan pertambahan bilangan pengundi yang sangat luar biasa, diistilahkan sebagai pengundi hantu di Terengganu, ini antara sebab utama, BN kembali  berkuasa. Kononnya Terengganu kalah sebab dok pandai memerintah. Sekarang, apabila taktik yang sama sedang  berleluasa dipraktikkan di Selangor, barulah ramai yang sedar dan buka mata, betapa jahatnya umno!

Tuan Pengerusi Tetap,

Terengganu, negeri cantik, budaya menarik dan… rakyat pun dah serik! Negeriku…  tempat tanah rakyat kena rampas, rumah rakyat kena roboh, masjid kena sodok, wakil-wakil rakyat umno pakat baham tanah. Bajet 2012, 1.95 billion, paling tinggi di semenanjung, tapi rakyat ke 2 termiskin. Ketika diwar-warkan Pahang akan diberikan royalti, PM jangan pulak buat-buat lupa bahawa royalti Terengganu belum lagi dikembalikan. Apa pun, tahniah orang Pahang sebab akan dapat rasa duit minyak. Saman untuk mendapatkan balik royalti yang difailkan oleh Kerajaan Pas Terengganu dulu, Umno telah tarik balik dengan penuh kebaculan. Tarik balik saman bermakna serah bodo hak Terengganu kepada Pusat. Mana pergi slogan Terengganu hanelang, kalau kerajaan negeri tak berani nak angkat muka dengan kerajaan pusat demi untuk pertahankan hak dan maruah? Nnelang dengan rakyat sendiri, penakut pahit dengan orang luar!

Tuan Pengerusi Tetap,

Terengganu mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh saf kepimpinan pusat di atas prestasi kerja cemerlang sepanjang lebih setahun lalu. Kita bersama kepimpinan ulama’ melayari bahtera perjuangan ini. Wala’ kita kepada kepimpinan ulama’ yang diamanahkan parti, bukan kepada pimpinan parti lain. Apa alasan suara-suara picisan, untuk kaji semula gagasan kepimpinan ulama’? Apakah sebab dasar? Sebab matlamat? Sebab pendekatan? Sebab Pas sudah tak ikut arus zaman? Atau Pas sudah langgar al Quran? Atau Pas sudah semakin lemah? Atau ada ahli yang gopoh, nak tukar drebar sebab nak cepat sampai. Bagi Terengganu, Islam dan gagasan kepimpinan ulama’ inilah yang menjadi tonggak penting dalam kelangsungan gerakan Islam.  Gerakan Islam tentu tidak menyekat anggotanya berfikir tetapi tidak pula menggalakkan mereka sentiasa memberontak melawan kepimpinan.

Tuan Pengerusi Tetap,

Tak dilupakan, ucapan takziah kepada segelintir pimpinan yang kerjanya tak seberapa, tetapi mempunyai minat mendalam untuk buat press statement itu dan ini. Hobi pantang ada wartawan tanya… jawab ikut suka aku, akhirnya mewujudkan polemik yang tak berkesudahan dan memeningkan ahli serta penyokong bawahan. Isu-isu bersabit aqidah dan syariah, mana boleh kita ulas mengikut pertimbangan logik dan akal. Perhatikan … Seorang kata Hudud belum sesuai dilaksanakan, seorang lagi sambut dengan menyatakan rakyat perlu terlebih dahulu diberi kefahaman, seorang lagi kata polemik hudud adalah sesuatu yang sihat sehingga jadinya hingar-bingar!

Tuan Pengerusi Tetap,

Kita nak cekoh buah durian, kalau masing-masing pakat bawak kapak, gergaji, pahat, tukul, memanglah akan jadi geger habis. Sepatutnya… cekohlah molek-molek ikut pangsa dia.
Kalau kita tidak berkemampuan untuk merujuk kepada masdar (sumber) yang muktabar, bukankah diam lebih baik dan selamat? Biarlah mereka yang berkeahlian bercakap dan berhujah. Impian untuk ke Putrajaya bukan perlu diusahakan dengan mengadaikan prinsip perjuangan kita yang paling mahal.

Tuan Pengerusi Tetap,

Pendirian sebahagian pimpinan dalam isu-isu antarabangsa mesti seiring dengan sikap parti. Pimpinan nak buat lawatan, nak jadi orang tengah dalam konflik,  nak jumpa dengan mana-mana pemimpin dunia pun! silakan… tapi perlu beringat, anda adalah pemimpin sebuah parti Islam yang telah menyatakan sikap dan prinsip dalam sesuatu krisis yang berlaku. Jangan pula kita dilihat mengambil pendirian yang bercanggah.

Tahniah juga kepada Harakah, dengan ingatan yang dah diulang berkali-kali bahawa Harakah adalah lidah parti, bukan suara individu atau kelompok tertentu.  Tapi nampaknya Harakah agak kebal teguran. Dukacita, apabila sudah mula muncul ungkapan dari ahli dan penyokong, baik kita baca Sinar Harian dari Harakah.

Tuan Pengerusi Tetap.

Terengganu mohon menyokong…....

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....