Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 18 November 2012

Gambar : Panas !!! 213 ahli BN keluar parti sertai PKR


Gelombang perubahan berterusan di Sabah kian sukar dibendung sekaligus menyaksikan rakyat negeri ini kian beralih arah kepada Pakatan Rakyat.

Buktinya, seramai  213 orang ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) merangkumi empat buah parti iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Umno dan Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) telah mengisytiharkan dengan rasminya menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Tenom. 

Mereka telah menandatangani secara TRANSPARENT borang penyeraan tanpa ada paksaan dari sesiapa dalam majlis itu, malam tadi.

Halik Zaman ketika mengalu-alukan penyertaan bekas ahli parti BN ke dalam KEADILAN Cabang Tenom bermakna sudah sebilangan besar rakyat Tenom menolak BN yang mereka anggap parti kuno yang sudah tidak berfungsi membela nasib rakyat khasnya rakyat Tenom dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Salah seorang bekas ahli BN, Taib Kimin berkata, "Kami sudah mengambil keputusan muktamad. Kami sudah rasa jadi anggota BN bagai anak tiri kepada Umno dan kami tidak rela selama-lamanya bagai katak bawah tempurung tanpa melihat dunia yang sering berubah ubah. Kami pilih PKR sebagai wadah politik kami mahukan perubahan dalam hidup kami."

Borang penyertaan mereka akan diproses di ibu pejabat parti tersebut di Petaling Jaya, Selangor dalam masa terdekat.

Sementara itu, dalam satu lagi majlis berasingan, Saimon Sambang yang merupakan Ketua Cawangan Parti Maju Sabah (SAPP) bersama Setiausaha SAPP Cawangan Kampung Lalandang, Arus Paran juga dengan rasminya menyertai PKR Cabang Tenom. 



Setiap kampung diadakan ceramah kelompok menerangkan hala tuju KEADILAN.


Kelihatan Masdin Tumas sedang memberi penerangan dalam Buku Jingga yang kini dicadangkan oleh Pakatan Rakyat yang boleh mengubah hidup rakyat Sabah dan Malaysia lebih baik dari transformasi Najib Altantuya yang penuh dengan janji kosong dan pembohongan.
Menurut Leong Chau Chu, kalau menang pun Parti Reformasi Sabah (STAR) satu atau dua kerusi ia tidak ke mana-mana. Kerana parti STAR sebuah parti kecil yang berpusat di Sarawak "serba serbi kekurangan".  


Terpaksalah setiap kali mesyuarat AJK semua AJK Bahagian dikerah menderma RM100 seorang barulah mesyuarat boleh dijalankan. 

Beliau menyertai KEADILAN sebuah parti nasional yang mewakili semua bangsa dalam Negara Malaysia.

Laporan Halik Zaman, Ketua KEADILAN Cabang Tenom, Sabah



 Sumber : JalanPulang

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita rakyat Sabah akan halau PENJAJAH UMNO
Umno adalah PENJAJAH
PENJAJAH UMNO telah mencuri segala hasil mahsul bumi Sabah.
Rakyat Sabah miskin, tetapi, PENJAJAH Umno bersenang lenang dgn anak bini di Semenanjung.
Rakyat Sabah di bodohkan oleh taliberut PENJAJAH UMNO selama ini.
Mereka mengaut keuntungan bumi Sabah dan melarikan ke SEmenanjung.

Ayuh..., kita gulingkan PENJAJAH UMNO
Kita halau mereka dari bumi Sabah.
Mereka adalah PENJAJAH.
Mereka adalah PEROMPAK.

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro,kalau anda kata UMNO tu penjajah,Parti Keadilan tu bukankah penjajah juga sebab kedua-duanya berasal dari semenanjung ?

Tanpa Nama berkata...

umno@apco laknatullah anak didik british penjajah,tak kira di semenanjung atau di sabah mereka tetap meneruskan agenda penjajah

MC berkata...

Sama-sama bersatu memakmurkan bumi ALLAH ini dengan betul..

Ustaz Azhar Kemah Keming KLIK SINI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....