Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 31 Mac 2012

PRU 13 : Lebih Ramai Pemimpin dan Ahli Umno Akan Meninggalkan Parti

Rombongan ‘Jaulah’ Kelab Kakitangan Pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu (KEBAP) singgah di bandar Jertih pada Jumaat 30 Mac.

BESUT – Menjelang pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja, lebih ramai ahli dan pemimpin parti Umno akan meninggalkan parti itu kerana hilang keyakinan terhadap perjuanngan yang telah dilihat tersasar jauh dari matlamat asalnya.

Timbalan Yang DiPertua PAS Besut, Shalahuddin Jaafar meramalkan demikian berdasarkan perkembangan politik semasa yang semakin ‘menarik’ kini.

“Bekas wakil rakyat yang merupakan bekas Ketua Penerangan Bahagian Pekan yang diketuai Perdana Menteri Dato’ Seri Najib telah meninggalkan Umno,

“bekas Menteri dan bekas Ahli Majlis Tertinggi juga telah keluar , ramai lagi ahli yang akan keluar parti kerana tidak lai yakin dengan perjuangan Umno,”ujarnya ketika mengulas laporan seramai 21 orang dari Pemuda Umno Kampong Dodoi Pulau Pinang menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS.

Shalahuddin yang lebih dikenali sebagai Cikgu Solah berkata demikian mewakili Yang DiPertua PAS Besut, Ustaz wan Azhar Wan Ahmad, ketika mengalu-alukan persinggahan rombongan ‘Jaulah’ Kelab Kakitangan Pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu (KEBAP) di bandar Jertih di sini pada Jumaat 30 Mac.

Menurutnya, PAS Besut juga telah menerima banyak pertanyaan bagaimana mahu menjadi ahli oleh ahli-ahli dan penyokong Umno di kawasan tersebut.

Katanya, semangat para petugas PAS Besut semakin memuncak dan sudah bersedia menghadapai PRU-13 pada bila-bila masa.

Sehubungan itu, katanya, PAS Besut akan menghimpunkan seluruh jenteranya dalam satu program yang diadakan pada Sabtu 7 April depan.

“Kesungguhan para ahli PAS Besut dibuktikan dengan penyerahan borang keahlian PAS seumur hidup 10 orang ahli PAS di Kampung La Hulu Besut pada 27 Mac lalu,

“dan kita akan mengadakan satu himpunan motivasi dan ‘pembakar semangat’ ahli-ahli serta petugas PAS bagi menghadapi PRU-13 pada 7 April depan,”jelasnya.

Turut menyambut rombongan KEBAP adalah Setiausaha PAS Kawasan Besut Pak Su Amin dan AJK Pemuda PAS Besut Wan Anuar Wan Ahmad.

Bersama rombongan KBAP antaranya adalah Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman, Penolong Setiausaha Ustaz Zakaria Dagang, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Zaidan Abdullah dan Setiausaha Kerja Dewan Ulamak, Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....