Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 1 Mac 2012

Bersih 1.0 : Mat Sabu, Tian Chua diperintah bela diri

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu @ Mat Sabu serta Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan 13 yang lain hari ini diperintah oleh Mahkamah Tinggi di sini membela diri terhadap pertuduhan mengambil bahagian dalam satu perhimpunan haram di sini pada 2007.

Hakim Datuk Ghazali Cha berkata setelah meneliti hujahan rayuan yang dikemukakan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 19 Nov 2010, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh dan mengetepikan keputusan melepas dan membebaskan mereka sebelum ini.

Beliau mengarahkan kesemua tertuduh membela diri masing-masing di hadapan hakim perbicaraan Datuk Jagjit Singh pada satu tarikh yang ditetapkan nanti dan membenarkan mereka diikat jamin RM5,000 setiap seorang.

Hakim Ghazali berkata hakim Mahkamah Sesyen berkenaan telah terkhilaf di dalam penghakimannya kerana telah gagal mengambil kira keterangan-keterangan saksi pendakwaan terutamanya pegawai dan anggota polis yang membuat penangkapan dan tangkapan berkenaan telah disokong dengan keterangan video.

“Keterangan video adalah keterangan yang baik untuk menyokong bahawa kesemua tertuduh telah mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dengan memakai T-Shirt warna kuning dan telah gagal bersurai apabila diarah oleh pihak polis,” katanya.

Hakim Ghazali berkata keterangan saksi-saksi pendakwaan tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana tindakan mereka yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu telah menyebabkan gangguan lalulintas yang serius dan menimbulkan kegusaran di kalangan orang ramai.

Mohamad Sabu, 57, dan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 39, menghadapi dua pertuduhan iaitu tuduhan utama dan tuduhan pilihan.

Bagi tuduhan utama, mereka didakwa bersama-sama sebagai anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan boleh membawa kepada kemudaratan awam.

Bagi tuduhan pilihan, mereka didakwa bersama-sama mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut dan didakwa mengikut Seksyen 27 (5)(a) Akta Polis 1967 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 dan penjara tidak melebihi setahun, jika sabit kesalahan.

Mohamad Sabu dan Tian Chua didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Istana Baru di sini pada 3.05 petang 10 Nov 2007.

- Bernama

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....