Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 1 Mac 2012

PRU 13 : Ibrahim Ali tanding atas tiket Umno?

PASIR MAS: Umno bahagian sedia memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali bertanding atas parti itu dalam pilihan raya umum ke 13, kata seorang AJKnya.

“Kalau Datuk Seri Najib (Tun Razak) setuju, kita akan terima. Asal calon boleh menang, kita boleh terima.

“JIka Najib pilih Tok Him (Ibrahim) bertanding atas tiket Umno, kita terima,” katanya.

Perdana Menteri akan mengadakan program bersama rakyat di Pasir Mas, petang esok.

Beliau berkata, ahli parlimen bebas Pasir Mas itu lebih sesuai bertanding di atas tiket Umno kerana presiden NGO Perkasa itu pernah menjadi ahli Parlimen Umno sebelum ini.

Pada tahun 1990, Ibrahim memenangi parlimen Pasir Mas atas tiket parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

Dipecat

Pada tahun 2006, beliau ketika itu ketua Umno Pasir Mas dipecat dari parti ekoran tindakannya bertanding atas tiket pilihan raya kecil negeri Pengkalan Pasir.

Pada pilihan umum lalu, PAS memberi beliau peluang atas tiket parti dan mengalahkan calon BN, Datuk Abdul Rahim Rahman.

Beliau, bagaimanapun mengisytiharkan sebagai ahli parlimen bebas selepas itu atas alasan tidak sesuai dengan dasar PAS.

Kata AJK Umno itu, jika Ibrahim sayang orang Pasir Mas, beliau perlu bertanding atas tiket Umno.

Bagaimanapun, usaha menghubungi Ibrahim gagal kerana panggilan telefonnya tidak berjawab.FMT

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sapa mau undi si Raja Katak ni.
Letak la kat mana2, dah tak boleh menang si muka penipu ni.
Aku dah jelek dgn perangai dia ni.
Jenis cari makan utk diri sendiri sajadan kat mana dia boleh hinggap di situ lah dia bertenggek..

Tanpa Nama berkata...

malangnya katak pun tak nak dia dah..

langau mungkin nak kot?

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....