Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 6 Februari 2012

Salahuddin Ayub MB Johor Jika PR Menang ???

KUALA LUMPUR, 6 Feb — Pakatan Rakyat Johor telah mengadakan “perbincangan serius” dengan Salahuddin Ayub untuk membawa Naib Presiden PAS itu kembali bertanding di negeri kelahirannya untuk mengatasi kekurangan pemimpin Melayu seterusnya menteri besar sekiranya berjaya menawan kubu kuat Umno itu.

Pembangkang di Johor menjangkakan akan merasih sokongan kuat pada pilihan raya umum akan datang, malah sokongan pengundi Cina juga bertambah namun kekurangan calon menteri besar yang berpotensi.The Malaysian Insider diberitahu beberapa sesi pertemuan empat mata antara Pakatan Rakyat Johor dan Salahuddin (gambar), Ahli Parlimen Kubang Kerian, telah diadakan.

Menurut sumber The Malaysian Insider, pertemuan itu boleh disifatkan sebagai “perbincangan serius” dan kemungkinan besar Salahuddin akan bertanding di Johor pada pilihan raya akan datang.“Salahuddin sedang memikirkan dengan serius akan perkara ini, perbincangan serius telah diadakan sebelum ini dengan beliau,” katanya.

“...dan kita Pakatan Rakyat Johor bersedia menerima kepulangan Salahuddin. Selain itu Salahuddin juga tidak keberatan untuk kembali ke Johor.”Kata sumber itu, pertemuan itu turut menyentuh mengenai kawasan yang bakal ditandingi Salahuddin nanti.

“Kawasan untuk beliau bertanding sudah dikenalpasti. Kemungkinan beliau akan bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tapi keutamaan kita adalah meletakkan beliau bertanding di kerusi DUN,” katanya.Dilihat kehadiran Salahuddin yang sudah dua penggal menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian di Johor akan mewujudkan fenomena baru di negeri itu terutamanya pengundi Melayu.

Difahamkan kerusi Parlimen Sembrong, yang mempunyai kira-kira 40 peratus pengundi Cina berhampiran Kluang, dilihat kerusi terbaik untuk meletakkan Salahuddin.Khabar angin mengatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan bertanding di Kota Tinggi.

Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau turut mengesahkan mengajak bekas ketua dewan pemuda PAS pusat itu untuk kembali ke Johor.“Saya ada mengajak Salahuddin untuk bertanding di sini kerana kita perlukan pemimpin bertaraf nasional di sini,” katanya.

Sementara itu Salahuddin ketika dihubungi The Malaysian Insider enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu sebaliknya berkata bersedia “berhijrah” ke Johor sekiranya diminta berbuat demikian oleh parti.

Bagaimanapun beliau tidak menolak sejak beberapa tahun kebelakangan ini ada ahli parti yang meminta agar kembali bertanding di negeri itu.“Saya akan akur dan patuh pada keputusan parti, sekiranya parti merasakan saya perlu bersama rakan-rakan di Johor maka itu seharusnya menjadi perkara yang harus saya pertimbangkan dengan sebaik mungkin.

“Saya sudah 30 tahun dengan parti, saya juga pernah bertanding di Johor tapi kalah. Itu tiada halangan bagi saya dan saya orang Johor...saya juga membina karier saya dengan parti di Johor dan rakan-rakan di Johor banyak memberikan saya penghormatan, jadi saya rasa tiada masalah untuk saya sekiranya parti meminta saya balik ke Johor,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya memecahkan kubu kuat Umno dengan memenangi satu kerusi Parlimen (dari 26 kerusi) dan enam kerusi DUN dari 56 kerusi yang ditawarkan.Selain mencipta sejarah di Johor, Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS-PKR-DAP berjaya menawan Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990.TMI

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak bau menang la

Tanpa Nama berkata...

Nak jadikan Johor mundur seperti Kelantan ke? Katakan TIDAK kepada PAS dan konco-konconya.Undi PAS bermakna mengundi pro-seks songsang, pro-murtad, pro-komunis, pro-Israel, pro-maki hamun, pro-gag order, pro-kurang ajar.

Tanpa Nama berkata...

TERUSKAN PERJUANGAN..HANCURKAN PUAK MINAFIKIN UMNO DI JOHOR DAN DI MANA SAHAJA...

Tanpa Nama berkata...

Pas 1000 kali lebih baik dari UMNO > aku tak berparti > tapi PAS lebih memikat hati berbanding UMNO yang hipokrasiiiiiii.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....