Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 2 Februari 2012

PRU 13 : Ketua Dewan Ulama Pas Bantah Hasrat Presiden Mahu Berundur

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib telah secara terbuka membantah sekeras-kerasnya hasrat presiden parti itu untuk berundur, menegaskan mahu melihat Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

Harun berkata Hadi yang mempertahankan kerusi Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang adalah pemimpin harapan beliau untuk mengetuai kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat nanti.

"Saya tidak setuju beliau (Hadi) berundur, saya bercita-cita nak lihat beliau jadi perdana menteri. Kalau beliau berundur dan tidak bertanding pilihan raya umum ke-13 maka tidak capai hasrat kita (lihat Hadi jadi perdana menteri).

"Sebab itu saya secara peribadi tidak setuju beliau berundur, kalau Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13 beliau akan jadi perdana menteri dan menegakkan semula Islam," katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

Hadi menyatakan pendiriannya untuk menarik diri daripada pilihan raya umum ke-13, menyatakan mahu memberikan peluang kepada generasi pelapis untuk membentuk parti itu.

Hadi menjelaskan, beliau ingin berundur kerana telah menjadi wakil rakyat lebih 30 tahun walaupun rakan — rakan Pakatan Rakyat beliau termasuk, Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang termasuk Karpal Singh turut berada dalam parti untuk jangka masa yang lama.

Umno mendakwa pengumuman Hadi itu membuktikan terdapat krisis dalaman parti Islam tersebut.Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh pula meminta Hadi agar mengubah pendiriannya kerana Pakatan Rakyat mampu memenangi pilihan raya umum ke-13.

Tambah Harun, Hadi mampu membawa perubahan kepada Malaysia dan menjadi seorang ketua negara yang baik, menambah tidak mahu "memikirkan sekiranya Anwar dilpilih mengetuai Pakatan Rakyat.""Kalau menang beliau (Hadi) boleh jadi perdana menteri, soal Anwar saya tidak tahu kerana dalam kepala saya presiden PAS akan menjadi perdana menteri.

"Ramai ahli tidak bersetuju beliau berundur kerana masih yang mahu melihat beliau bertanding dan memimpin," katanya.Beliau menambah akan mengadakan pertemuan dengan Hadi secara peribadi untuk membincangkan perkara itu.

"Saya akan berdepan dengan beliau secara peribadi tapi saya tegaskan tidak bersetuju cadangan beliau mahu berundur," katanya menambah parti akan memutuskan pendirian sekiranya Hadi benar-benar serius.Mandat semasa kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional hanya akan berakhir April 2013.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih merahsiakan tarikh pilihan raya umum ke-13 namun BN dan Pakatan Rakyat telah menggerakkan jentera masing-masing sebagai persediaan.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....