Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 2 Februari 2012

Panas !!! Zaid Ibrahim Akan Bubar Parti KITA


SHAH ALAM 2 FEB : Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim, hari ini mengumumkan akan membubarkan parti KITA yang diumumkan beliau di laman web rasmi parti itu hari ini.
Menurut Zaid ,sebuah Mesyuarat Agung Luar Biasa akan diadakan tidak lama lagi untuk membubarkan KITA.

"Keputusan ini perlu dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa kami tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat.

" Mereka telah melakukan perbuatan ini secara berterusan. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang," katanya dalam kenyataan media parti itu di laman rasmi parti KITA.

Menurut Zaid, idea untuk menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea-idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban kepada wacana politik telah gagal.

"Saya tidak berjaya membawa masuk anggota-anggota yang cukup berminat dalam cita-cita bagi mencapai demokrasi, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti di kalangan pegawai-pegawai awam.

"Saya juga tidak dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk menguruskan aktiviti-aktiviti parti, dan teman-teman yang telah berjanji untuk membantu telah akhirnya memutuskan untuk menarik balik," ujar Zaid.

Menurut Zaid ,kecenderungan media yang mendalam dalam melaporkan isu-isu remeh yang memberi kesan kepada parti akan terus memberi kesukaran kepada beliau.

"Cukup ramai orang di luar sana yang hanya berminat dalam mengkritik kepimpinan saya di dalam KITA, dan yang menggemburkan cerita-cerita dengan tujuan untuk mencemuh saya.

"Peribahasa Melayu ada menyebut, "jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ka pangkal jalan". Saya sedar sekarang bahawa penubuhan KITA adalah satu kesilapan. Saya berhasrat untuk memberi idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian bakat yang lebih luas kepada kepimpinan pembangkang. Ini belum pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Zaid turut berkata, beliau juga tidak akan menarik balik kenyataannya sebelum ini yang mempercayai bahawa kenikmatan dalam memberi perkhidmatan kepada awam, kerana negara mampu menjalankan perkhidmatan ini dengan kehormatan dan maruah.

"Saya telah membuat banyak kesilapan dalam hidup saya, tetapi saya tidak tawar hati. Saya tetap yakin bahawa perubahan akan datang untuk kebaikan negara ini, dan saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya di dalam mencapai tujuan itu.

"Kepada anggota-anggota parti yang setia yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini, saya memohon ampun. Saya menghargai sokongan mereka dan saya berharap mereka akan menerima keputusan ini, kerana ia adalah untuk kebaikan yang lebih besar kepada pihak pembangkang. Kemandirian demokrasi bergantung kepada daya maju pembangkang itu sendiri," kata Zaid.

Parti KITA dilancarkan pada 12 Januari 2010 lalu dengan moto "moderat, demokratik dan liberal." yang sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Malaysia.Parti itu digerakkan selepas Zaid selepas beliau keluar PKR akhir tahun lalu.TVS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau ikut kata hati saya, DZ tidak yakin dengan sambutan kepada KITA. Lihat saya kepada sambutan bilamana ada ceramah, terlalu menyedihkan. Itupun dibuat di dewan, kalau ditempat awam apatah lagi, akan terasa lengangnya. Apapun DZ sudah merasai akan peritnya menerajui sesebuat parti kalau tidak cukup pengalaman dan sokongan. Ingatkan pepatah "bahu yang memikul tidak sama beratnya dengan mata yang melihat akan kepayahannya". Nampak macam ada penyesalan dari ayat-ayat itu. Apapun kita lihat apa tindakan DZ seterusnya...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....