Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 2 Februari 2012

PAS yakin menang di sekurang-kurangnya 5 Dun di Melaka?

PAS yakin menang sekurang-kurangnya 5 Dun di Melaka. Antara Dun-Dun tersebut ialah Tg Bidara, Taboh Naning, Lendu, Sg Rambai dan Pantai Kundor.

PAS memang dari awal lagi iaitu selepas PRU 12 telah meletakkan kelima-lima Dun tersebut sebagai Dun target yang paling berpotensi untuk dimenangi.

Menurut sumber dalaman PAS itu, maklum balas dari pengundi di kelima-lima Dun tersebut amat baik. Program PAS juga berjalan dengan sangat rancak di kawasan tersebut.

"Walaupun ramai menganggap pengundi bandar dan separa bandar ramai menyokong PAS dan PR tetapi kali ini kita dapati pengundi di luar bandar lebih cenderung menyokong PAS kerana mereka seolah-olah dianaktirikan kerajaan".

"Jangan terkejut jika PAS menang di 5 Dun tersebut kerana tinjauan kami memang berlaku perubahan secara senyap di kawasan tersebut" menurut sumber dalaman tersebut.

Ditanya peluang PAS di Dun-Dun lain, beliau berkata peluang PAS agak sukar kerana pengundi di kawasan lain sukar diramal, malah mereka tidak cenderung untuk menunjukkan parti mana yang mereka sokong.

"Kita agak sukar untuk meramalkan peluang kita di Dun-Dun lain kerana pengundi kebanyakannya penyokong tegar BN yang sukar berubah" tambah beliau.

Sementara itu menyentuh tentang pembahagian kerusi, sumber itu menyebut bahawa PR mungkin akan membuat kejutan dengan menukar kerusi-kerusi yang sesuai antara ketiga-tiga parti.

"Jangan terkejut jika PAS bertanding di kawasan majoriti Cina dan DAP bertanding di kawasan campuran, semua ini strategi politik kita, mungkin kita akan buat perhitungan politik yang pihak lawan tak boleh jangka, yang penting PR mahu PAS, DAP dan PKR sama-sama ada wakil di Dun dan PR dapat perintah Melaka"

"Mungkin calon PAS bertanding di Dun Bandar Hilir atau Kesidang, manakala DAP bertanding di Bukit Baru atau Telok Mas, semua itu boleh dilakukan demi kelangsungan perjuangan menumbangkan kezaliman BN di Melaka".

"PKR boleh bertanding di Dun Duyong dan Ayer Keroh, DAP boleh bertanding di Paya Rumput dan Machap, ini semua ada kemungkinan, kita dalam PR bekerja dalam satu pasukan, yang penting PR menang bukan macam BN, MCA, Gerakan dan MIC serta Umno berebut kerusi" kata beliau.

Sumber : Mutaligat

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syok sendiri!!!

sasha2020 berkata...

PAS is dead

kembalikan PAS id zaman dato Fadzil Nor

PAS wajib kelaur dari Pakatan rakyat yg jijik lagi menjijikan

Usahakanlah semula perpaduan org islam dan melayu antara UMNO dan PAS...

Allah menyuruh kepada perpaduan persaudaraan dan melaknat perpecahan sesama org islam..

Fikir fikirkanlah!!!!

Tanpa Nama berkata...

X hbs2 dgn perpaduan.

Umno dah nak hancur dah. Parti penuh dgn corruption mana boleh sibuk ckp pasal islam.

Sembang islam ngan melayu bila nampak nak kalah. Haram jadah ! Ptuihh

Tanpa Nama berkata...

Oii sasha,

sudah2 la jadi pencacai umno tu.

Ko dapat kontrak x ? Ko ada projek lembu ke ? Ke ko guna lamborghini?

Lau satu pun xdpt, baik ko mati je la. Idup pun buat malu je. Kah kah kah

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....