Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 22 Februari 2012

Di Kelantan Remaja Didenda RM 500 Kerana Tidak Menutup Aurat

KOTA BHARU - “Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan.” Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI),, semalam.

Gadis itu adalah antara lima individu yang dikompaun kerana tidak menutup aurat, membuang puntung rokok di kawasan terbuka di samping tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima dan tidak menjaga kebersihan premis.

Operasi pembersihan yang diketuai Inspektor Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI, Mohamad Ali bersama empat pegawai itu bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 1 tengah hari.

Kompaun yang dikenakan termasuk kesalahan tidak tutup aurat dan berniaga di kali lima tanpa lesen dikenakan denda RM500 maksimum di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 27 (A) dan buang puntung rokok di tempat awam di bawah Seksyen 10 (d) 1983 (Pindaan 1987).

Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat berkata, sepanjang tahun lalu, MPKB-BRI berjaya mengumpul RM70,000 daripada 460 kompaun yang dikeluarkan iaitu 330 kes merupakan kesalahan membuang sampah di merata tempat yang dilakukan premis perniagaan dan 130 merupakan kesalahan individu.SH

4 ulasan:

non berkata...

itu aku sokong , kat kedah bila lg nk kuat kuasa. nk tgu apa lg

Tanpa Nama berkata...

Penguatkuasaan undang2 menutup aurat, membuang sampah dsbnya amatlah disokong, tetapi kaedah mendenda sebanyak RM500 mungkin membebankan, dan boleh ditukar dengan kerja-kerja khidmat sosial seperti membersihkan kawasan awam, masjid.

Tanpa Nama berkata...

dekat selangor bila nak buat? takkan takut dengan DAP kot. tulah.. orang yang berani lawan DAP dekat selangor dah kene pecat, skrg terpaksalah jadi parti adat sosial je dekat selangor tu


UMNO perjuang Islam

Tanpa Nama berkata...

banyak sangat orang umngok kacau ni. tu bini pemimpin besar ko bukak aurat apa citer? kita orang pas kenelah hormat orang kafir dekat kedah dengan selangor. kalau dia nak bukak aurat, nak dedah sana ke, nak dedah sini ke itu hak dia. kalau diaorang nak jual arak, dekat 7-11 ke, dekat kedai kopi ke, tu pun hak dia. kita tak boleh lah serbu kelab malam atau rampas arak macam hassan ali tu. nanti DAP marah, undi cina kita tak dapat, kita jugak yang susah nak ke putrajaya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....