Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 31 Januari 2012

Antara Angpau Merah Kaum Cina Dan Angpau Putih Perkasa


Oleh : Khairul Faizi Ahmad Kamil

Uniknya kita di Malaysia, terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang hidup bersama sejak kemasukan pelbagai kaum ke Tanah Melayu hasi daripada usaha penjajah untuk membangunkan ekonomi negara dan ekonomi penjajah. Kaum Cina di bawa masuk untuk mengusahakan industri perlombongan dan kaum India di bawa masuk untuk mempergiatkan industri perladangan. Hari ini, Malaysia dikenali sebagai negara bermasyarakat majmuk yang perlu saling memahami di antara satu sama lain untuk mewujudkan suasana harmoni dan rukun damai.

Sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan di antara kau adalah dengan memahami adat resam sesuatu kaum. Sebagai contohnya, kaum Melayu adatnya adalah seperti membuka kasut sebelum masuk ke rumah, berjabat tangan ketika bertemu dan ketika hendak berpisah dan makan menggunakan suapan tangan. Kaum Cina dan kaum India juga mempunyai adat resam yang tersendiri sama ada ketika hari kebiasaan dan hari perayaan.

Saya terpanggil untuk menulis tentang pemberian sampul angpau berwarna putih yang menimbulkan kontroversi oleh Perkasa. Perkasa yang dikenali sebagai sebuah NGO ultra-Melayu sebelum ini pernah menimbulkan beberapa kronologi isu yang tidak berkenan di hati masyarakat Cina. Mungkin di atas pandangan negatif itu maka Perkasa cuba untuk membuktikan bahawa apa yang diperkatakan selama ini adalah tidak benar sama sekali dan Perkasa buktikan dengan menganjurkan majlis Sambutan Tahun Baru Cina.

Dalam majlis Tahun Baru Cina NGO itu di Kelab Sultan Sulaiman yang pertama kali diadakan semalam, Perkasa mengedarkan kira-kira RM10,000 angpau menggunakan sampul putih - tindakan yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan banyak pihak termasuklah daripada parti komponen BN.
Angpau sering diberikan pada majlis sosial dan keluarga seperti jamuan perkahwinan Cina atau ketika perayaan seperti Tahun Baru Cina. Warna merah sampul ini melambangkan tuah. Pada perayaan Tahun Baru Cina, angpau biasanya diberi oleh yang sudah berkahwin kepada yang belum berkahwin. Sesiapa yang belum berkahwin layak menerimanya tanpa mengira usia. Namun, isu yang timbul baru-baru ini bukanlah kerana penerima layak ataupun tidak tetapi ia timbul kerana Perkasa menggunakan sampul yang berwarna putih.

Jika difikirkan oleh akal maka rasanya tidak wajar warna sampul angpau dijadikan satu isu yang besar namun seperti yang saya nyatakan diatas tadi bahawa perlunya kita memahami adat resam sesuatu kaum untuk membina keharmonian sesama kita. Perkasa yang pendekatannya ultra-Melayu akan dilihat seperti mempermain-mainkan kaum Cina kerana tidak sensitif dengan perkara yang berkaitan dengan warna.

Pernah dalam satu program mengedar kad Tahun Baru Cina dan buah limau mandarin bersama PAS kawasan, saya menegur petugas yang menggunakan sampul plastik berwarna hitam untuk membungkus limau-limau tersebut sebelum diserahkan kepada masyarakat Cina. Begitu juga dengan buah limau yang perlu diberikan sebanyak dua biji pada setiap penerima.

Apapun, peristiwa ini perlu kita lihat juga sebagai satu pengajaran yang berguna kepada semua agar lebih memahami adat resam sesama kita yang tinggal dalam sebuah negara bermasyarakat majmuk.

Kepada Perkasa, tidak salah jika permohonan maaf dibuat secara terbuka.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....