Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 11 Julai 2011

Bersih 2.0 : Umno Usah Bohongi Rakyat

Bukti yang diberikan seorang blogger terhadap pembohongan polis kononnya tidak ada tembakan gas pemedih mata di perkarangan sebuah hospital bersalin di Jalan Pudu

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Pemimpin dan media pro Umno perlu menghentikan pembohongan dan putar belit berhubung himpunan Bersih 9 Julai lalu kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad.

Menurutnya, kenyataan pemimpin Umno dan laporan medianya khususnya Utusan Malaysia sudah tidak keruan dan serba tidak kena seolah-olah kapal yang kehilangan kompas.

"Mereka berbicara dengan rakyat seolah-olah rakyat pekak dan buta. Mungkin pemikiran mereka masih berada di zaman primitif kerana diselaputi oleh mimpi ngeri jika kerajaan pusat tumbang di dalam PRU 13," katanya.

Media umno pula ujarnya cuba memburukkan himpunan Bersih seolah-olah berlaku keganasan.

Pengamal media pro Umno itu dakwanya sudah melanggar etika laporan kerana melaporkan secara prajudis dan fitnah.

"Sehingga lupa laporan mereka sudah tidak layak hidup di zaman langit terbuka, Ia hanya layak berada di zaman Ashabul Kahfi," katanya lagi.

Beliau merujuk kepada beberapa kenyataan polis yang menafikan berlaku tembakan gas pemedih mata di Hospital Tung Shin Jalan Pudu dan di Stesen Sentral Kuala Lumpur.

"Bila polis memberi tahu dalam media mereka tidak ganas, tidak ada tembakan di kawasan hospital Tung Shin Jalan Pudu, maka secepat kilat media menjawab penipuan mereka melalui media baru yang diluar kawalan BN.

"Kita menasihat pemimpin dan media pro Umno hentikanlah penipuan kamu. Jangan menambahkan arkib pembohongan kamu di persada politik negara ini," katanya lagi.

Beliau juga turut menasihatkan pemimpin Umno agar tidak menambahkan lagi rekod-rekod kotor dan jijik kepada generasi akan datang.

"InsyaAllah segala keganasan polis dan penipuan media akan menjadi saksi kepada anak cucu rakyat Malaysia akan datang.

"Kesemua ini sudah direkod di dalam media baru yang menjadi mimpi ngeri Umno pada masa akan datang," tegasnya.Hrkh

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau dah dasar pembohong..... hari-hari membohongi rakyat....

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....