Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 29 April 2011

Melampau !!! Video Seks Fitnah Tanpa Edit Dimuat Naik Di Youtube

Paparan rakaman video seks tanpa edit yang disebarkan menerusi YouTube semalam

Rakaman video seks yang tidak diedit menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dimuat naik di YouTube awal semalam, langkah yang dilihat sebagai usaha mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.
Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat.
Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar.
Kedua-dua mereka kelihatan mengadakan hubungan seks kira-kira lima minit.
Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan semalam termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua lali termasuk yang terbaru semalam.
Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu oleh “Datuk T”.Tindakan muat naik ini merupakan perkembangan terbaru hari ini selepas petang tadi ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah — salah seorang “Datuk T” mengumumkan bahawa beliau akan melakukan sumpah laknat selepas solat Jumaat esok.
Bagaimanapun kandungan tersebut telah digugurkan kerana tindakan memuat naik bahan itu melanggar syarat penggunaan ruang YouTube.
Dua “Datuk T” yang lain ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan “lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak.”
Sementara Shazryl mengadakan sidang media mengenai sumpah laknat itu, Anwar memberi keterangan tambahan, kali kedua, kepada polis dan kemudian memberitahu pemberita bahawa Datuk Seri Najib Razak menggunakan rakaman video seks sebagai senjata utama untuk memastikan Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa.
Pemimpin kanan Pakatan Rakyat itu berkata demikian ekoran kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang mendedahkan rakaman video seks itu yang didakwa beliau sedang melakukan aksi seks dengan seorang pelacur warganegara China.

Kata Anwar, ia menunjukkan Perdana Menteri itu akan menggunakan “semua kuasa yang ada” untuk menjatuhkan beliau.
Anwar juga menegaskan tidak akan menyahut cabaran Shazryl untuk melakukan sumpah laknat bagi membuktikan beliau bukan lelaki dalam rakaman video seks itu.
“Boleh anda tunjukkan ia hukum syarak yang mana? Tidak tahu? Jadi tidak perlu,” katanya kepada pemberita ketika mahu meninggalkan balai polis.
Polis menyiasat “Datuk T” di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Abdul Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan yakin akan menyerahkan hasil siasatan kepada pejabat Peguam Negara minggu ini.
Beliau juga berkata akan “mendedahkan” identiti pelaku pada masa yang sesuai.
Khalid berkata polis telah memulakan siasatan terhadap penyebaran sedutan klip kedua video seks oleh beberapa portal dan blog sejak tengah hari semalam.
Khalid berkata pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihaknya yang bertanggungjawab memuat naik bahan itu di YouTube.
Satu rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet semalam.
Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.
Klip video tersebut dimuat naik dalam laman YouTube dan blogger Papagomo, www.papagomo.com kira-kira 1.30 tengah hari semalam.
Sebelum ini pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.TMI

6 ulasan:

HAJI YUSOF BIN ABD RAHMAN berkata...

Ayoh blogger pro PR..jangan peduli lagi..istihar PERANG...keluarkan segala VCD atau foto LUCAH geng depa pulak..BN dah sekongkol...alim ulamak dah bagi nasihat...tapi depa KERAS kepala...KUDA lawan KUDA...pedang lawan pedang..lucah lawan lucah..kita dah masuk zon PERANG MEDIA..jangna beralah lagi..

HAJI YUSOF BIN ABD RAHMAN berkata...

Ayoh blogger pro PR..jangan peduli lagi..istihar PERANG...keluarkan segala VCD atau foto LUCAH geng depa pulak..BN dah sekongkol...alim ulamak dah bagi nasihat...tapi depa KERAS kepala...KUDA lawan KUDA...pedang lawan pedang..lucah lawan lucah..kita dah masuk zon PERANG MEDIA..jangan beralah lagi..

Tanpa Nama berkata...

tuan haji,,,ishtighfar banyak banyak...jangan jadi macam UMNO...kalau kita keluarkan video lucah..tak ada beza dgn UMNO

paparem berkata...

Kita jangan teikut rentak mereka....biar mere gila sex asal kita tidak melatah. SK sibuk bagi DNA tu kenapa ye . Ulama UMNO tahu ke kaedah bersumpah dalam islam . Kalau tahu kenapa tidak tegur . UMNO merosakan ISLAM sebagai UGAMA RASMI NEGARA>

Aku Peduli Apa @ APA berkata...

Salam Tuan Haji Yusuf,
nak isytihar perang ada ke video dan gambar saperti dikecuhkan?

Kalau tak ada setakat temberang kosong,buang karan je...

Kalau benar ada tk perlu blog pro PR,saya yg proBN akan tolong hebah.

Ada berani?

Tanpa Nama berkata...

Ini sebenarnya bala Yang Allah turunkan terhadap Anwar.Beliau terlalu takbur,berpura-pura alim.Setelah Saiful bersumpah apa jadi pada saiful.Tiada apa2kan.anwar juga didorong Allah masuk perangkap!Kita jgn jadi bodoh taksub sangat pada seseorang.Kalau anda ada gambar pemimpin BN pun sebarkan,saya sokong.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....