Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 6 Julai 2011

Himpunan Bersih 2.0 : Najib Mula Berdolak Dalih !!!

KLANG, 6 Julai – Datuk Seri Najib Razak berkata Bersih 2.0, yang masih dianggap sebagai pertubuhan haram, perlu membuat permohonan rasmi kepada polis meskipun ia sudah memutuskan tidak akan mengadakan perhimpunan jalanan sebaliknya menerima tawaran perdana menteri berhimpun di stadium.
Sehubungan itu Najib (gambar) menjelaskan bahawa tawarannya untuk berunding mengenai satu lokasi yang sesuai dibuat bagi pihak pentadbirannya, bukannya atas kapasiti peribadi beliau.
“Kami akan serahkan kepada pihak berkuasa. Polis akan membuat keputusan atas kepentingan keselamatan. Satu permohonan rasmi belum dibuat.
“Saya tidak pernah berkata saya akan bertemu mereka secara peribadi. Sesiapa dalam kerajaan boleh berunding,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Susulan keputusan semalam, hari ini sekretariat Bersih 2.0 berkata pihaknya akan mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka.
Pada sidang media pagi tadi, Bersih berkata ia akan membuat beberapa permintaan kepada perdana menteri, antaranya meminta kesemua tahanan yang menyokong perhimpunan mereka dibebaskan dan diadakan satu suruhanjaya diraja bagi meneliti amalan-amalan pilihan raya.
Bagaimanapun kata Najib, beliau belum lagi menerima apa-apa permintaan daripada Bersih 2.0.
Presiden Umno itu juga berkata, gabungan tersebut kekal haram tetapi permohonan boleh dibuat oleh pertubuhan berdaftar.
Padi tadi, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga berkata pihaknya merancang untuk mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka.
Kata beliau, stadium itu dipilih memandangkan ia mempunyai banyak kemudahan pengangkutan awam dan kawasan strategik untuk pertemuan orang ramai selain memudahkan polis mengawal keadaan.
“Kami juga mohon polis, DBKL atau mana-mana pihak lain tidak memberikan apa-apa halangan kepada semua rakyat yang menghadiri perhimpunan di stadium pada pukul 2 hingga 4 petang nanti.
“Kami bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman dan lancar,” katanya.

Keputusan memilih stadium berkenaan dilakukan selepas satu mesyuarat diadakan malam tadi yang turut mengambil kira kapasiti yang boleh memuatkan kira-kira 50,000 orang pada satu masa.
Mengenai permohonan permit untuk mengadakan perhimpunan di stadium tersebut, Ambiga berkata pihaknya belum lagi mengemukakan sebarang permohonan namun akan bekerjasama dengan pihak berkuasa secepat mungkin.Beliau menambah, Bersih 2.0 bersedia untuk berjumpa dengan Najib untuk perbincangan lanjut.
Ambiga berkata selesai sahaja perhimpunan selama dua jam itu nanti, sepuluh orang wakil mereka akan ke Istana Negara bagi menghantar memorandum bantahan dan tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.
Dalam pada laporan Bernama Online memetik wakil Perbadanan Stadium Malaysia berkata, mereka yang hendak menggunakannya perlu mengikut prosedur sedia ada termasuk membuat tempahan terlebih dahulu.
Mereka juga perlu membayar ganti rugi jika berlaku sebarang kerosakan pada peralatan atau harta benda stadium, katanya.
Wakil itu berkata buat masa ini, belum ada keputusan rasmi sama ada kumpulan itu diberi permit untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.“Kami juga sedang menunggu keputusan Kabinet (mengenai perkara itu),” katanya.
Wakil itu berkata bahawa secara peribadi, beliau berharap penganjur perhimpunan itu akan memilih venue lain kerana bimbang akan berlaku vandalisme pada harta benda stadium.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....