Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 11 Julai 2011

Gempar !!! Timbalan Menteri Sokong Bersih 2.0 ???

Kenyataan Saifuddin dilaman Tweeternya Jumaat lalu disifatkan blogger umno sebagai menyokong Bersih 2.0
Print screen blog pro Umno Papagomo yang mendakwa Tim. Menteri Datuk Saifuddin Abdullah menyokong Bersih 2.0

PETALING JAYA: Timbalan Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah pada Isnin menegaskan beliau tidak menyokong Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diadakan di ibu negara Sabtu lepas.
Sambil menolak dakwaan blogger pro-kerajaan yang melabelkan beliau sebagai timbalan menteri pro-pembangkang, Saifuddin tampil menjelaskan pendirian beliau mengenai perhimpunan haram tersebut.
"Saya tidak menyokong Bersih. Saya menyeru kepada 'politik baru'. Justeru saya faham apa yang di bawa oleh Bersih. 'Faham' tidak sama dengan 'sokong'.
“Kalau pun saya setuju dengan salah satu daripada tuntutannya, itu juga tidak sama dengan sokong. Saya tidak sokong Perhimpunan Bersih pada 9 Julai kerana ia perhimpunan haram. Apa yang saya sokong ialah perhimpunan aman, kerana ia sebahagian daripada amalan demokrasi," katanya dalam satu kiriman emel kepada mStar Online di sini, Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan blogger papagamo yang mendakwa beliau menyokong Perhimpunan Bersih apabila menulis di laman twitternya yang berbunyi “Saya Tidak Setuju Perhimpunan Bersih, Tapi Tak Payahlah Guna Khutbah Jumaat" dan "Umno not evil and stupid. Some members need to change for the better thats all".
Ekoran daripada jawapannya itu, Saifuddin dilihat mempertikaikan keputusan kerajaan yang menentang perhimpunan haram tersebut.
Blogger berkenaan turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menilai semula kedudukan Saifuddin sebagai Timbalan Menteri kerana beliau dilihat menyokong parti pembangkang.
Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Saifuddin bagaimanapun enggan memberikan komen mengenainya sebaliknya beliau berkata apa yang penting adalah dia mahu memberi tumpuan serta fokus kepada isu utama yang dibangkitkan.
“Sekiranya kita menggunakan cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), ada kemungkinan Perhimpunan Bersih dapat diadakan dengan permit polis dan dengan aman.
“Saya tidak menyokong Bersih dan perhimpunannya. Tapi saya juga tidak bersetuju dengan kata-kata kesat yang dilontar terhadap Bersih.

“Ini kerana saya menyeru budaya politik yang sihat dan segar. Saya juga tidak setuju menggunakan fatwa haram terhadap perhimpunan itu. Istilah polis, iaitu perhimpunan haram adalah memadai,” katanya.
Jelasnya, perhimpunan Bersih yang diadakan Sabtu lalu turut meninggalkan kesan kepada Barisan Nasional (BN).
“BN perlu menggunakan komunikasi politik yang lebih baik selepas ini. Ini kerana, sedikit sebanyak, perhimpunan Bersih itu ada meninggalkan kesan,” katanya.
Saifuddin menegaskan beliau mahu meningkatkan kebebasan bersuara di negara ini dan ia telah dilakukan sejak di zaman kampusnya lagi.
"Walau pun Perhimpunan Bersih pada 9 Julai dapat permit polis, saya tidak akan menghadirinya, kerana saya tidak menyokong tuntutan Bersih.
“Secara keseluruhannya pihak polis telah bertindak dengan profesional pada 9 Julai. Namun, sekiranya kita mengambil kira cadangan Suhakam itu, saya yakin polis akan bertindak lebih profesional lagi pada hari tersebut,” katanya.
Sabtu lalu, polis telah menahan 1,041 ditahan kerana menyertai perhimpunan haram di sekitar ibu negara.
Mereka bagaimanapun dibebaskan lepas polis merekodkan kenyataan daripada mereka.Mstar

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Salah satu contoh kejayaan Bersih 2.0.Akhirnya mereka bergasak sesama sendiri dan saling tuduh menuduh muahahaha....
Nampaknya sudah ada perasaan saling tidak mempercayai antara mereka.Sudah ujud perasaan curiga antara satu sama lain ha..ha..ha....
Saifuddin pun satu,jangan banyak dolak dalih la.Tinggalkan saja parti haprak tu sertai Pakatan Rakyat habis cerita...

3 ulasan:

bunbinban berkata...

aku rasa biar dia dok dlm umno tika ni. mungkin ada rahmatnya. dia akan rasa betapa kotornya politik umno. tapi dia ni mmg agak lain dr mana mp umno. di parlimen dia sendiri pun, temerloh, dia akan hadir mana2 kenduri-kendara tak kira sape pun termasuk oleh pembangkang. di kabarkan dia pernah hadir solat hajat yg di anjurkan Pas di sebuah taman perumahan yg mana tindakan itu mendatangkan amarah(sebenarnya peluang bg yg mengidam jadi calon) penyokong2 umno. projek cantas saifudin sdg berjalan skang ni.

Tanpa Nama berkata...

YB Saifudin. Saya orang TEMERLOH dan mungkin ada terlekat bau buah bacang antara kita.
YB Dato, terus terang saya katakan kepada dato bahawa inilah rupa paras umno masa kini, dato tidak perlulah mencari suatu kebaikan untuk dijelmakan ke dalam tubuh umno kerana di dalam jasad umno sekarang tiada seinci pun tempat yang "suci" melainkan najis dan dosa.
Saya berharap dato tidak menjadi mangsa kedua selepas DSAI.

Tanpa Nama berkata...

aku dari dulu lagi nampak yg YB Temerloh ni lain dari YB UMPORNO yang lain..
Mudah-mudahan terbuka hatinya untuk sebeberang ke PR bila bubar PARLMEN...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....