Demokrasi mempunyai dua aspek. Pertama-tama, sebagai sebuah sistem dan
bentuk negara dan kedua sebagai nilai-nilai universal yang diperjuangkan
demi kemanusiaan.Di Eropah pula, ide demokrasi dikembangkan melalui sekularisme
(Niccolo Machiavelli), Negara Kontrak (Thomas Hobbes), pengasingan kuasa
(John Locke) yang disempurnakan (Baron de Montesquieu), kedaulatan
rakyat dan kontrak sosial (Jean-Jacques Rousseau). Doughlas Lummis
kemudian datang dengan ide demokrasi radikal tentang perlunya
meredefinisi demokrasi, kerana demokrasi kini telah menggantungkan
maknanya pada para demagog. Katanya, "Democracy doesn't means
'feeling' powerful. It means holding real power…Radical democracy
describes the adventure of human beings creating, with their own hands,
the conditions for their freedom".
Proses
inilah yang berlaku pada 9 Julai 2011/ 7 Sya’aban 1432. Perhimpunan
aman BERSIH juga diadakan di 18 buah bandar, mungkin lebih, yang
melibatkan New Zealand, Korea dan lain-lain. "Anwar Dalang Perhimpunan
Haram", "BN Tak takut", "Proses demokrasi salah" dijadikan tajuk berita
media perdana agar perhimpunan dipandang serong. Stadium Merdeka mula
dicanang mempunyai simbol negara. Walhal pada suatu ketika, stadium
itulah yang mengalu-alukan Justin Bieber dan bakal dirobohkan untuk
mendirikan bangunan 100 tingkat. Ramai masih dalam bebalisme-nya itu,
tidak terkecuali para cendekiawan, yang "ter"pelajar dan penganut agama
rasis- masih kukuh pendirian "orang Melayu itu seperti boneka yang
dimainkan 'bangsa' lain".
Perhimpunan 9 Julai antaranya melibatkan wakil rakyat seperti Saifudin Nasution dan Liew Chin Tong dan ramai lagi, basah dengan rahmat rabbal alamin. Mungkin mengejutkan ramai orang, tetapi yang melaungkan kata-kata semangat, bukan "boneka" Melayu sahaja, tetapi etnik Cina dan India.
Inilah
Malaysia yang rakyat perlukan. Tiada sempadan kelas, etnik, agama,
gender yang menghalang hasrat rakyat yang inginkan keadilan (atau dengan
"K" besar). Tiada siapa-siapa yang mampu untuk berkompromi dengan
penindasan.
PM iaitu Perdana Menteri yang tercinta turun padang hanya selepas 24 jam perhimpunan diadakan semalam. Tidak cukup berani untuk berdepan dengan massa semalam. Hari ini (10 Julai 2011), kelihatannya yang beramai-ramai bersama beliau itu hidungnya terletak, orang luar, mungkin orang yang sama dalam "perhimpunan" Patriot. Malah, orang awam mengatakan baju Patriot disebarkan dengan percuma kepada mamat-mamat Bangladesh di KL. NGO terus mengutuk perhimpunan ini seperti pengerusi silat gayong - meminjam kata Hishamudin Rais, taktik persilatan ghaib amat berkesan semalam.
"Baru kena sikit tear gas, muka dahi berkerut, macam dah kena belasah je…lepas tu dah terlentang di hospital."- PM
Benarlah kata Rosmah sebelum ini yang ditemubual akan hal suaminya, PM kita ini pandai bergurau! Jika lihat di berita TV3 jam 8 malam semalam, orang yang dimaksudkannya itu mungkin Khairi Jamaludin!
Malah,
kodok besar yang selama ini menyanyikan lagu sumbang, juga tidak ada
semalam. Kodok yang satu ini tidak lebih tidak kurang seperti Encik
Ghaffar. Rakyat masih ingat kata-kata Ibrahim Ali yang lancang menyuruh
Cina duduk rumah. Tanggal 9 Julai sudah cukup membuktikan pihak yang
berani dan pihak yang kecut. BERSIH 2.0 dikatakan hanya akan melagakan
Melayu sesamanya, menjayakan agenda pembangkang, menjadi alat
kepentingan politik dan macam-macam lagi telah menunjukkan ia perayaan
yang dikongsi rakyat multi etnik. Mereka berganding bahu melindungi
satu sama lain, menghulur tangan bagi mereka yang tersungkur di jalan
dan memberi air mineral dan garam kepada yang lain. Mereka yang
merupakan "bangsa pendatang", "kafir", dan entah apa lagi tohmahan ini
melindungi pakcik-pakcik tua dan anak muda tampan yang sedang solat
dalam hujan tetapi diserang atas arahan parti yang dikatakan membela
"bangsa" dan agama.
Di
situ, hari itu, cukup membuktikan rakyat telah menolak politik
primordial yang berasaskan warna kulit, agama, "bangsa". Mereka
berkongsi agama Cinta, rentas agama, etnik/ kaum, gender; mendahulukan
kebajikan bersama daripada kepentingan diri. Perempuan juga sehebat
bilangan lelaki turun ke jalan, lagaknya tidak seperti Maria Sunari dan
Musa Elba. OKU juga didapati hadir dan bergerak bersama dalam laungan
"Hidup Rakyat", "Daulat Tuanku", dan nyanyian lagu Negaraku. Unit amal
terus mengawal lalu lintas, mereka yang hadir walaupun tidak cukup jari
yang mengira, membuka jalan kepada kereta-kereta, biarpun itu kereta
polis! Pemandu, penumpang, malah mereka yang berada dalam monorail
menyatakan sokongan mereka dengan membunyikan hon dan melambai-lambai.
Siapakah gerangan yang senang-senang dibodohkan dengan "BERSIH 2.0 tidak
mendapat sokongan"?
Seperti biasa, media TV1, TV2, TV3, NTV7 dan banyak lagi tidak akan putus-putus menyaring dan memilih berita yang serasi dengan kepentingan rejim sedia ada. Bukan semalam, tetapi sejak minggu-minggu lepas. Sekejap kerugian peniaga mencecah RM1 juta, sekejap RM100 juta? Setelah kerajaan mengarahkan peniaga-peniaga menutup kedai, kini melalui presiden Ikhlas dengan tag 1Malaysia di dadanya menawarkan khidmat percuma peguam kepada peniaga-peniaga?? Berita Harian juga tidak terlepas mempamerkan gambar pemuda memegang senjata berupa pisau semasa "perhimpunan haram". Propaganda murahan itu tidak laku. Media bukan satu. Rakyat multietnik semalam membawa bunga, membawa cinta kasih untuk disampaikan pada anjing-anjing penguasa. Turut kelihatan juga belon-belon kuning dengan mesej "balloons not bombs". Namun, semua itu dibalas dengan tuba.
Media
sebagai aparatus politik terus mengabsahkan kata-kata dan tindakan
kerajaan menipu orang ramai. Solidariti yang ditunjuk semalam itu tidak
mampu dibeli dengan harga RM200, mungkin hanya dalam perhimpunan Belia
di Putrajaya. 907 itu ekspresi rakyat yang mencapai kesedaran atas
penindasan yang mereka alami. Pemerintahan BN selama lebih lima puluh
tahun cukup untuk membuatkan siapa-siapa sahaja turun. Tambah lucu,
penganjur dan pengikut perhimpunan ini dikatakan "menderhaka/
mengkhianati perintah YDP Agong". Orang ramai ada di Brickfields, ada
di Hospital Tung Shin, dan ada juga yang memenuhkan jalan-jalan di
hadapan KLCC, tertera "Daulat Tuanku" di situ. Mereka duduk. Sambil
mendengar ucapan. Helikopter berlegar-legar di langit pun tidak mampu
menutup suara dan telinga yang ingin mendengar. Ada juga yang sanggup
keluar dari BMW untuk duduk mendengar bersama. Membuat stadium mereka
sendiri. Semua ini gara-gara stadium tidak diberi, permit tidak
dikeluarkan, "pertubuhan" BERSIH diharamkan kerana yang di atas itu
tidak mampu atau mahu mengabulkan tuntutan berkehendakkan pilihan raya
bersih.
Hari
itu di sekitar Kuala Lumpur diakhiri dengan "tren rakyat". Di KL
central pada malam harinya, kelihatan ramai yang melabuhkan punggung di
lantai menantikan pembohongan tepat jam 8 malam. Berita Utama TV3
hanya menjadi hiburan bukannya alat hegemoni. Dalam tren, ramai yang
masih melaungkan "Hidup hidup, hidup Rakyat!" sambil memberi laluan pada
yang lain. Kata mereka ini tren rakyat, dan dengan senangnya perempuan
masuk ke dalam gerabak bukan-perempuan. Budak- budak muda semuanya
mendengar kata-kata nasihat dan komen orang tua yang juga penumpang.
Gelak tawa seolah difahami pelancong luar yang ada. Sesudah tiga orang
tua itu turun di Bandar Tasik Selatan, kedengaran takbir dilaung
berkali-kali. Beberapa minit kemudian, tren berhenti di UKM. "FRU dan
kereta black Maria telah menjadikan UKM sebagai tempat mereka keluar
masuk." Universiti yang didirikan atas usaha rakyat, kini menjadi balaci
penguasa yang zalim! Itulah mesej yang tertera di media baru seperti Tweeter, Facebook, WhatsApp.
Walaupun tidak dinafikan ia mungkin menjadi landasan buat mereka yang mempunyai kepentingan politik tetapi ia juga hasrat warga, hak yang telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak untuk bersuara. Penguasa bukan sahaja menggunakan berpuluh trak FRU tetapi polis dengan anjing buruan, polis yang berkuda di sekitar KL dan telah memberi amaran awal jika keadaan tidak terkawal, tembakan dengan peluru juga akan dibenarkan. "dispersed or we'll shoot" itu tidak lagi hanya tembakan gas pemedih mata. Penguasa harusnya menjalankan tanggungjawab melindungi rakyat bukan melindungi tembolok diri dan anak cucu cicitnya.Merdeka Review

Perhimpunan 9 Julai antaranya melibatkan wakil rakyat seperti Saifudin Nasution dan Liew Chin Tong dan ramai lagi, basah dengan rahmat rabbal alamin. Mungkin mengejutkan ramai orang, tetapi yang melaungkan kata-kata semangat, bukan "boneka" Melayu sahaja, tetapi etnik Cina dan India.

PM iaitu Perdana Menteri yang tercinta turun padang hanya selepas 24 jam perhimpunan diadakan semalam. Tidak cukup berani untuk berdepan dengan massa semalam. Hari ini (10 Julai 2011), kelihatannya yang beramai-ramai bersama beliau itu hidungnya terletak, orang luar, mungkin orang yang sama dalam "perhimpunan" Patriot. Malah, orang awam mengatakan baju Patriot disebarkan dengan percuma kepada mamat-mamat Bangladesh di KL. NGO terus mengutuk perhimpunan ini seperti pengerusi silat gayong - meminjam kata Hishamudin Rais, taktik persilatan ghaib amat berkesan semalam.
"Baru kena sikit tear gas, muka dahi berkerut, macam dah kena belasah je…lepas tu dah terlentang di hospital."- PM
Benarlah kata Rosmah sebelum ini yang ditemubual akan hal suaminya, PM kita ini pandai bergurau! Jika lihat di berita TV3 jam 8 malam semalam, orang yang dimaksudkannya itu mungkin Khairi Jamaludin!


Seperti biasa, media TV1, TV2, TV3, NTV7 dan banyak lagi tidak akan putus-putus menyaring dan memilih berita yang serasi dengan kepentingan rejim sedia ada. Bukan semalam, tetapi sejak minggu-minggu lepas. Sekejap kerugian peniaga mencecah RM1 juta, sekejap RM100 juta? Setelah kerajaan mengarahkan peniaga-peniaga menutup kedai, kini melalui presiden Ikhlas dengan tag 1Malaysia di dadanya menawarkan khidmat percuma peguam kepada peniaga-peniaga?? Berita Harian juga tidak terlepas mempamerkan gambar pemuda memegang senjata berupa pisau semasa "perhimpunan haram". Propaganda murahan itu tidak laku. Media bukan satu. Rakyat multietnik semalam membawa bunga, membawa cinta kasih untuk disampaikan pada anjing-anjing penguasa. Turut kelihatan juga belon-belon kuning dengan mesej "balloons not bombs". Namun, semua itu dibalas dengan tuba.


Walaupun tidak dinafikan ia mungkin menjadi landasan buat mereka yang mempunyai kepentingan politik tetapi ia juga hasrat warga, hak yang telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak untuk bersuara. Penguasa bukan sahaja menggunakan berpuluh trak FRU tetapi polis dengan anjing buruan, polis yang berkuda di sekitar KL dan telah memberi amaran awal jika keadaan tidak terkawal, tembakan dengan peluru juga akan dibenarkan. "dispersed or we'll shoot" itu tidak lagi hanya tembakan gas pemedih mata. Penguasa harusnya menjalankan tanggungjawab melindungi rakyat bukan melindungi tembolok diri dan anak cucu cicitnya.Merdeka Review
Tiada ulasan:
Catat Ulasan