Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 4 Jun 2011

Video : Ust Nasha Dan Ust Tuan Ibrahim Mengulas Kekalahan Dalam Pemilihan Tim. Presiden Pas




GOMBAK 4 JUN : Calon Timbalan Presiden pada pemilihan PAS yang tewas, Tuan Ibrahim Tuan Man(gambar kiri) tidak keciwa dengan kekalahannya dan berkata perwakilan telah memilih calon yang difikirkan sesuai untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Bukan soal siapa menang, siapa kalah. Semua bekerja dalam Parti. Sahabat Nabi pun berlumba untuk berada di saf hadapan. Saya tak rasa kecewa. Ini keputusan perwakilan. Mereka pilih 'line-up' hadapi Pilihan Raya Umum. Mungkin mereka lihat daya lebih sesuai dengan keperluan," kata Tuan Ibrahim.

Seorang lagi penyandang Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa(gambar kanan ) pula menerima keputusan dengan hati terbuka dan berharap Jawatankuasa Pusat baru dapat memberi khidmat dan usaha terbaik mereka membantu Pakatan Rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

"Harapan saya dengan jawatankuasa baru yang dipilih perwakilan akan lebih efektif dalam menangani dan mendepani isu-isu semasa apatah lagi dalam konteks persiapan kita untuk menghadapi PRU 13 yang dijangka akan berlaku dalam tempoh terdekat jadi dengan barisan yang ada ini akan memberi kemenangan kepada parti," kata Nasharuddin.

Pertandingan Timbalan Presiden dianggap saingan paling sengit dalam pemilihan kali ini.Mohamad Sabu berjaya memenanginya dengan 420 undi diikuti Tuan Ibrahim dengan 399 Undi.Nasharuddin pula mendapat 224 Undi.
Sementara itu, Mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang tewas dalam saingan Naib Presiden percaya senarai pimpinan PAS ini merupakan yang terbaik bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

"Ini keputusan perwakilan. Saya hanya komponen. Ia keputusan terbaik menghadapi Pilihan Raya Umum. Saya tak kecewa, saya cukup gembira. Tiga Naib Presiden itu adalan piihan terbaik," kata Nizar.TVS

5 ulasan:

STANZA ALAM berkata...

Allahu Akbar!!!
InsyaAllah PAS bertambah mantap...
kita gempurlah UMNO....
maka hancurlah UMNO ....

tungkaran hati.blogspot berkata...

Sama ada kita sedar atau pun tidak - PAS benar-benar telah dirosakkan...... Sedikit demi sedikit, wajah PAS sudah berubah, yang mana akhirnya umat Melayu-Islam juga yang menanggung kerugian. Inilah natijah daripada membelangkangi perintah Allah, yang melarang umat Islam menjadikan kaum kafir sebagai teman rapat. Firman Allah di dalam surah An-Nisa' ayat 144 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman; adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menghukum) kamu?" Lantaran itu, fikir-fikirankah, wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

tungkaran bahalol,

PAS telah dirosakkan ke atau ko takot UMNO dikuburkan oleh PAS dalam election akan dtg..??

sudah2 la tu..UMNO desperado skrg ni baru terhegeh2 nak cari PAS..dulu mase kuat, mane ade kisah..

hanya Melayu muslim yg tolol je masih nak sokong UMNO...parti korup ngan keparat..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah...Pimpinan terbaikkk...Allahuakbar

Tanpa Nama berkata...

tungkaran ni pencacai UMNO atau puak UG? Nampak macam orang kecewa aje.Kalau pencacai UMNO,tak apa sebab itu memang kerja depa menembak PAS tapi kalau puak UG,diucapkan " good bye" aje.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....