Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 18 Jun 2011

Kerajaan Kelantan Haramkan ' Utusan Malaysia '

KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan pada Sabtu mengharamkan akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara yang melibatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat( Gambar) serta sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta-merta.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadzli Shaari, berkata keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan.

Katanya, surat rasmi oleh Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Urusetia DUNa kan dikeluarkan dalam masa terdekat mengenai perkara itu. "Tindakan itu akan berterusan sehinggalah pihak akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur berhubung isu itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, PAS melancarkan kempen 'Boikot Utusan Malaysia' kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur yang disiarkan pada Rabu lepas.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan merombak semula susunan anggota jawatankuasa peringkat negeri dengan mengekalkan pemimpin lama untuk tiga jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri iaitu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yacob, anggota exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa dan exco Mohd Amar Nik Abdulllah.

Nik Abdul Aziz selaku Pesuruhjaya PAS Negeri itu berkata bekas exco yang juga anggota DUN Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dilantik sebagai Setiausaha PAS Negeri menggantikan ADUN Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, manakala ADUN Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad dilantik sebagai Bendahari PAS negeri.

Nik Abdul Aziz turut mengumumkan pengguguran ADUN Bukit Tuku, yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Rantau Panjang sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri dan digantikan dengan Setiausaha Politiknya, Wan Nik Wan Yusoff.

Ditanya mengenai pilihan raya umum ke-13, Nik Aziz mengulangi pendiriannya untuk mempertahankan kerusi DUN Chempaka jika kesihatannya mengizinkan.

"Kalau saya sihat, tenaga saya ada, InsyaAllah (akan bertanding)," katanya.-BERNAMA

2 ulasan:

kluangman berkata...

Kenapa haram sikit2, sekerat2 dan tertentu sahaja, kenapa tidak menyeluruh???

Apakah haram itu sama dengan haramnya menonton video seks

Bolehkah benda yang halal diharamkan atas dasar emosi, suka dan tidak suka Nik Aziz?

Bolehkah halal atau haram sesuatu itu terpilih pilih?

Kenapa tidak diharamkan penjualannya seluruh Kelantan?

Kenapa tidak diharamkan kepada seluruh ahli PAS seMalaysia?

Kenapa tidak diharamkan di Kelantan, PP dan Selangor?

Kenapa tidak haramkan kepada semua ahli pembangkang?

Dan paling penting, apakah Utusan juga diharamkan untuk Nik Aziz membacanya? atau dia sedang sorok2 dengan tekun menatapnya terutama untuk membaca ulasan samada boikotnya itu akan di ulas atau tidak oleh Utusan.

Kalau ada pihak yang melanggar arahan Nik aziz, apakah dikira dosa? dan adakah malaikat kiri dan kanan juga akan ikut arahan Nik Aziz dan mencatatkan 'dosa' pada sipelakunya?

Tanpa Nama berkata...

kluangman ni pencacai UMNO.Tak usah layan dia.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....