Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 8 Jun 2011

Hudud : Tok Guru Nik Aziz Selar Mahathir


KUALA LUMPUR, 8 Jun – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Tun Dr Mahathir Mohamad bukan Karpal Singh seperti mana didakwa bekas perdana menteri itu.
Kata Nik Aziz (gambar), kemungkinan Dr Mahathir sudah lupa bahawa beliau telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud.
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.
Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.
Bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amara dihantar kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.
“Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh.
“Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,” kata Nik Aziz dalam laman Facebook beliau hari ini.
Semalam Dr Mahathir mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal.
Dengan nada menyindir, beliau berkata, syabas dan tahniah kepada Karpal kerana “akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.”
Kata Dr Mahathir, yang kalah ialah puak ulama manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.
Dr Mahathir mendakwa PAS berbuat demikian kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khususnya Karpal.
Dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan Ke-57 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan.
Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya tidak perlu mengambil berat akan kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir sambil menyifatkan pemimpin veteran itu “kewarasannya sudah tidak stabil.”
“Kita tidak perlu nak ambil peduli, ini kenyataan yang sudah sampai ke tahap kewarasan yang sudah tidak stabil dan saya bersimpati kepada beliau (Dr Mahathir).
“Beliau sebenarnya tidak sedar apa yang beliau katakan itu sebab itu PAS tidak perlu nak ambil berat sangat, orang yang paling kuat menentang hudud adalah Dr Mahathir... orang pertama yang menghantar surat amaran kepada Kelantan adalah Dr Mahathir.
“Karpal tidak menentang seperti mana yang dilakukan Dr Mahathir, sejarah sudah membuktikan orang yang menentang negara Islam dan hudud adalah Dr Mahathir dan saya percaya beliau masih menentang sehingga sekarang,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Tegas Mahfuz, bukan Karpal yang memperoleh kemenangan dalam pemilihan PAS tapi rakyat negara ini kerana parti Islam itu bersedia untuk menggantikan Umno pada pilihan raya umum ke-13.
“Yang dapat kemenangan besar ialah rakyat negara kita... orang yang tidak hadir yang dimaksudkan itu adalah rakyat di mana mereka mendapat satu keyakinan kepada PAS yang akan membentuk negara berkebajikan.
“Bukan Karpal yang dapat kemenangan tapi rakyat,” katanya.
Justeru Ahli Parlimen Pokok Sena ini percaya Umno berada dalam keadaan tertekan ekoran pendekatan baru yang ditonjolkan PAS.

“Saya percaya Umno dalam keadaan yang sangat menggelabah dengan kekuatan pendekatan yang ditunjukkan PAS melalui konsep negara berkebajikan dan ini bertepatan dengan situasi semasa yang mana rakyat mengalami pelbagai persoalan yang gagal diselesaikan kerajaan sedia ada.
“Oleh itu gandingan kepimpinan sedia ada dan dulu telah berjaya memberikan satu lontaran kepada rakyat bahawa mereka kini mempunyai landasan baru iaitu negara berkebajikan dan ini akan memberi satu kekecewaan kepada Umno yang telah menimbulkan pelbagai keraguan kepada rakyat termasuk dalam isu perkauman, video seks dan sebagainya,” katanya.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga menyifatkan individu yang menghentam pembentukan negara Islam adalah Dr Mahathir.
“Negara Islam Dr Mahathir yang hentam kuat sekali tapi dia juga yang mengumumkan Malaysia negara Islam, dia juga yang cadangkan agar PAS buang nama Islam yang mana kita tentang habis-habisan.
“Dr Mahathir ini sudah tidak stabil pemikiranya, bila kita kata negara kebajikan dia kata kita lari dari landasan... sebenarnya Umno sudah semakin gelisah dengan perubahan yang berlaku (dalam PAS),” katanya.
Jelas beliau, serangan demi serangan yang dibuat terhadap PAS kerana Umno bimbang akan tewas pada pilihan raya ke-13.
“Dulu PAS bagus tapi sekarang lagi bagus sebab orang bukan Melayu semakin yakin dengan PAS maknanya Umno kini semakin menuju ke jalan-jalan terakhir.
“Apa yang dilakukan Umno ini sebab takut untuk menghadapi pilihan raya umum,” katanya.TMI

4 ulasan:

Neilkie69 berkata...

Betapa lemahnya iman seorang ulama agong sehingga takutkan manusia bernamakan Mahathir daripada Allah S.W.T dalam menjalani hukum Allah dan memperjuangkan Negara Islam. Sekarang bukan lagi takutkan Allah S.W.T tapi mengikut pula kata-kata dan wahyu daripada si Kafir Harbi dengan mengubah perjuangan Negara Islam dengan mangadakan Negara Islam tidak ada dalam Al-Quran ( ucapan presden PAS di murtamarbaru-baru ini). Hambaamat keliru sekali. Apakah perjuangan PAS ini untuk Islam atau untuk kepentingan pribadi iaitu sayangkan kuasa....

Quantum Metal Consultant berkata...

Jangan pedulikan Mahathir - tapi panjang berjela jela pula penerangan mereka, siap nak tunjuk contoh surat lagi.

Nampaknya PAS berpuashati mereka tidak laksanakan Hudud sebab Mahathir tolak dan hari ini PAS sekali lagi berpuashati sebab bukan sahaja hudud, negara Islam pun tak jadi buat kerana Karpal tak suka.

Bagi PAS kegagalan, kelemahan dan kebangangan mereka disebabkan oleh 'pihak lain'. Sebab itulah mereka boleh berpeluk sakan dengan DAP hari ini sebab besok besok kalau mati dan tak dapat masuk syurga, bolehlah tuding jari salahkan DAP.

Selepas mengumumkan Negara Bajingan, nampaknya PAS terpaksa berhabis masa untuk menjelaskan dasar baru itu, pucat lesi dibuatnya takut hilang penyokong.

koloGnyer berkata...

hudud versi PAS memang la kena tolak mentah2....hudud versi kelantan lain...versi terengganu lain...

yg pelik kenapa TGNA tidak tunjukkan surat (kalau ikut istilah politik jaja kasi semua org tgk) kepada rakyat apa alasan yg diberikan oleh DrM menolak undang2 hudud yg dikemukakan oleh kerajaan Kelantan..kalaulah benar DrM menolak hudud Islam alasan dlm surat tersebut boleh menjadi hujah yg menguntungkan kepada PAS..ini tidak dah jd mcm AI..cakap ade bukti berkotak, nak tunjuk bila sampai waktunya tp kesudah tarak apapun..propa je lebey..

hehhe skarang nie PAS dah jadi parti yg biasa2 aja...sudah tiada tarikannya lagi...sejak golongan ulama terpinggir dan negara Islam bukan lg menjadi matlamat....

Mail Labok berkata...

Kalau tak silap hamba, surat Tun M kpd Nik Aziz sekitar tahun 1993 dulu bukan menolak hudud spt yang didakwa & dgembar-gemburkan. Maksud kandungannya agar PAS melaksanakan hudud di Kelantan terlebih dahulu sebelum berkuatkuasa di negeri2 lain sebagai experiment. Ini kerana hanya Sultan Kelantan yang telah menandatangani agar undang2 hudud dilaksanakan ketika itu, belum di negeri2 lain. Juga kerana Kelantan ketika itu sudah milik penuh PAS. Maka wajarlah sekali saranan Tun M tu.

Akan tetapi, tak lama selepas itu Mat Sabu ditangkap khalwat di hotel Perdana, Kota Bharu. Sejak itu PAS buat2 lupa dgn hudud selama beberapa tahun sunyi & sepi tanpa menyebutnya dalam mana2 ceramah.

Tapi dekat PRU12 lalu, hudud kembali menjadi modal PAS utk memancing undi muslim dgn harapan rakyat telah melupakan peristiwa lepas.

Anda2 yang berfikiran waras, fikir2 lah sendiri motif PAS sebenarnya.

Kami cabar Nik Aziz tunjukkan isi kandungan surat Tun M sebagai bukti.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....