Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 3 Jun 2010

Ahli Parlimen Wangsa Maju gagal dapat pencen sebagai Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong(gambar), semalam, gagal dalam usahanya mendapatkan pencen dari kerajaan sebagai Ahli Parlimen Bukit Bintang selepas memenangi kerusi itu pada awal 1995.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zawawi Salleh menolak permohonan Wee untuk semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 21 Sept, 2007, kerana tidak membayar pencennyaselepas Mahkamah

Pilihan Raya pada 2 Ogos, 1995, mengisytiharkannya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Bukit Bintang dari DAP.

Beliau hilang kelayakan selepas didenda RM7,000 oleh Mahkamah Persekutuan pada 1995 kerana menghina mahkamah.

Mahkamah Pilihan Raya kemudian mengisytiharkan calon Barisan Nasional, Dr Lee Chong Meng sebagai Ahli Parlimen kawasan itu, berikutan satu petisyen pilihan raya.

Artikel 48 (3) Perlembagaan Persekutuan membatalkan kelayakan seseorang sebagai Ahli Parlimen selama lima tahun jika mereka disabitkan dan dihukum penjara lebih daripada setahun atau didenda melebihi RM2,000.

Choo Keong, 57, memfailkan permohonan pada 2007, untuk perintah mandamus supaya JPA diarahkan membayar kesemua pencen kepadanya mulai hari lahirnya ke-50 pada 26 Jun, 2003, mengikut Akta Ahli Parlimen (Ganjaran) 1980.

Choo Keong, yang mewakili diri sendiri, memberitahu pemberita bahawa beliau akan membuat rayuan berhubung keputusan itu. Ketika ditanya mengenai jumlah pencennya, beliau berkata, ia melebihi RM100,000.

Peguam Kanan Persekutuan Maisarah Juhari berkata hakim telah memutuskan bahawa Choo Keong dianggap hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan oleh itu beliau tidak berhak atas pencennya.

Maisarah berkata, Choo Keong memfailkan permohonannya melebihi tempoh masa pada 2007 dan Choo Keong sepatutnya memfailkan permohonan itu dalam tempoh tiga tahun daripada tarikh lahirnya yang ke-50 pada 26 Jun, 2003. - Bernama

3 ulasan:

Amri Mat Saaid berkata...

salam

melompat ke Bn hari tu nak kan pencen YB , akhirnya hapah pun x dapat

azman kamarul berkata...

Pilihanraya akan datang PRU 13 nanti bukit bintang bakal diambil oleh DAP kembali.......lu jangan rasa hebat lah umno babi.

Kembara Jr berkata...

Inilah yang selalu diperkatakan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Padan muka.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....