Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 3 Jun 2010

Liwat II: Karpal Kemuka Alibi Kejadian Liwat Tidak Berlaku

KUALA LUMPUR 3 Jun - Karpal Singh, ketua pasukan peguambela kes Fitnah 2 terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan alibi berhubung dakwaan liwat pengadu, Saiful Bukhari Mohd Azlan bahawa kejadian pada 26 Jun 2008 tidak berlaku.
Karpal dalam hujahnya berkata Anwar dan tetamunya pada hari kejadian bermesyuarat di Unit 11-5-2, bersebelahan unit yang Saiful mendakwa dia diajak mengadakan hubungan seks selepas menghantar dokumen kepada bekas majikannya itu.
Menurut Karpal, semasa kejadian yang didakwa itu, Anwar sebenarnya berada di Unit 11-5-2.
Saiful: Tidak, Anwar di 11-5-1.
Karpal: Kamu menipu.
Saiful: Saya tak setuju. Anwar di 11-5-1.

Karpal kemudian memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan telah mengemukakan notis alibi yang menunjukkan Anwar tidak berada di unit berkenaan seperti mana yang didakwa Saiful.
Sebelum itu pihak pembelaan membuat lawatan ke kondominium Desa Dammansara di Kuala Lumpur selama kira-kira 20 minit buat kali kedua.
Mereka melawat Unit 11-5-2 pangsapuri yang terletak bersebelahan dengan Unit 11-5-1 selepas gagal berbuat demikian Selasa lalu apabila pihak polis dikatakan membawa kunci yang salah.
Kedua-dua Unit 11-5-2 dan Unit 11-5-1 dimiliki oleh seseorang yang dikenali sebagai Hasanuddin, yang dikatakan adalah sahabat akrab Anwar.
Unit 11-5-2 kini didiami oleh Hasanuddin tetapi beliau sekarang menghabiskan masa dengan keluarganya di luar Kuala Lumpur.
Karpal yang ditemui media selepas lawatan itu berkata pihak pembelaan berpuas hati dengan lawatan ke kondominium berkenaan dan perjalanan prosiding setakat ini.SK

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....