Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 12 Mei 2010

Liwat 2 : Permohonan Anwar dapatkan keterangan Saiful ditolak

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Mahkamah Tinggi sebentar tadi menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan keseluruhan keterangan bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada polis dua tahun yang lalu.
Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah di awal prosiding hari ini.
Mohamad Zabidin berkata, beliau memutuskan untuk menafikan akses kepada dokumen yang dipohon menerusi Karpal Singh kerana tiada percanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan di mahkamah kelmarin dan semalam.
Saiful disoal balas oleh Karpal sejak kemlarin.
Karpal membuat permohonan itu semalam selepas Saiful yang mengadu diliwat Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi yang dia tetap dengan pendirian bahawa kejadian liwat yang didakwanya itu adalah tanpa kerelaan dia.

Saiful berkata demikian semasa disoal balas oleh Karpal yang mengetuai pasukan pembelaan ketika kes itu disambung pagi semalam.
Pada peringkat itu, Karpal menyatakan mengenai kemungkinan untuk mencabar kesahihan kenyataan Saiful itu atas alasan wujud percanggahan antara kenyataannya kepada polis dan keterangannya di mahkamah dalam pertuduhan terhadap Anwar.
Peguam itu berkata Saiful dalam kenyataannya kepada polis menyatakan kejadian liwat yang didakwa itu berlaku tanpa kerelaannya manakala pihak pendakwaan menuduh Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu melakukan hubungan seksual secara sukarela.
Katanya, jika kejadian itu berlaku tanpa kerelaan, pihak pendakwaan sepatutnya mendakwa anak guamnya mengikut Seksyen 337C kanun yang sama.
Karpal berkata di bawah Seksyen 377B, hukuman yang diperuntukkan ialah penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan manakala mengikut Seksyen 377C, hukuman diperuntukkan ialah penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan.
Katanya berikutan percanggahan itu, pihak pembelaan perlu meneliti kenyataan saksi bagi membolehkan kemungkinan bagi pihak pembelaan mencabar kesahihan keterangan Saiful.
Ekoran keputusan hakim hari ini, Karpal berkata pihaknya akan mengemukan rayuan.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....