Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 22 Februari 2010

Bawa teman wanita 16 tahun, warga emas 63 tahun mati dipukul

JELI, Feb 21 — Seorang lelaki warga emas mati di Hospital Jeli awal pagi ini, selepas cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan lelaki di pusat perkelahan Lata Renyok, Kuala Balah Dabong malam tadi.
Lelaki berusia 63 tahun itu dipukul ketika dia bersama teman wanita berusia 16 tahun baru menaiki sebuah van untuk pulang dari pusat perkelahan itu.
Sehubungan itu, polis menahan 15 lelaki bagi membantu siasatan kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati kumpulan lelaki terbabit telah mengekori van yang dinaiki lelaki berkenaan dan teman wanitanya ke pusat perkelahan itu selepas mereka membeli belah di sebuah pasar raya di Tanah Merah.

“Sebaik menaiki van untuk pulang dari pusat perkelahan itu, mereka dihampiri sekumpulan lelaki yang dipercayai keluarga teman wanita mangsa, yang bertindak menarik mereka keluar dan memukul mangsa,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau berkata lelaki yang cedera parah itu dihantar ke Hospital Jeli dan meninggal dunia ketika dirawat di hospital itu.
Abdul Rahim berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mangsa dikatakan keluar bersama teman wanitanya yang juga pelajar sebuah Sekolah Menengah di sini kira-kira pukul 6 petang semalam menuju Tanah Merah sebelum menghala ke Kuala Balah yang jaraknya kira-kira 50 kilometer.
Susulan itu, penduduk kampung yang dipercayai keluarga teman wanitanya mencari gadis terbabit dan berjaya mengesan van yang dipandu lelaki warga emas itu kira-kira pukul 9 malam, sebelum mengekorinya. — Bernama

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....