Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 22 Februari 2010

Isteri ADUN Pelabuhan Klang Tuntut Cerai Fasakh



KLANG: Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 21 April ini bagi sebutan semula kes tuntutan cerai fasakh isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.
Hakim Syarie, Abdul Hakim Soleh membuat keputusan berkenaan selepas memerintahkan defendan memfailkan pembelaan berikutan tidak bersetuju dengan beberapa terma-terma dalam tuntutan plaintif, Ramizah Mazlan, 39.
Pada prosiding sebelum itu, Abdul Hakim bertanya kepada Badrul tarikh beliau menerima saman tuntutan cerai fasakh daripada isterinya.
"Saya menerimanya pada 12 Februari 2010, 8:30 malam," katanya yang tidak diwakili peguam.
Badrul hadir bersama ibunya juga memberitahu mahkamah bahawa dia telah membaca dan memahami isi kandungan saman tersebut.

Bagaimanapun beliau memaklumkan tidak bersetuju dengan beberapa terma tuntutan fasakh berkenaan.
Ramizah hadir dengan berbaju kurung flora, bertudung kuning, seluar merah hadir di mahkamah bersama anak lelaki bongsunya serta peguam bela, Norrasyada Osman.
Di luar mahkamah peguam syarie Norrasyada berkata, anak guamnya memfailkan tuntutan pada 4 Februari lalu di mahkamah yang sama.
Menurutnya, defendan hanya menyetujui lima terma daripada 24 terma yang disenaraikan dalam tuntutan cerai fasakh isterinya.
“Walaupun satu terma tidak setuju, defendan kena failkan pembelaan.
"Saya mohon maaf kerana tidak dapat mendedahkan kandungan tuntutan kerana menghormati permintaan anak guam saya,” jelasnya.
Bagaimanapun katanya, secara umumnya, ia melibatkan isu tuntuan nafkah di bawah Seksyen 53, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 iaitu mengenai pembubaran perkahwinan secara fasakh.
Pasangan tersebut bernikah pada 31 Julai 1993 di Klang. Mereka dikurniakan lima cahaya mata.
Pada 20 Oktober tahun lalu, Badrul Hisham Abdullah semalam mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta-merta.
Beliau menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).Mstar

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....