Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 5 Januari 2010

Perbicaraan Dr Asri Ditangguh




KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini menangguhkan perbicaraan kes bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin berhubung isu mengajar tanpa tauliah kepada 3 Mei depan.

Ini bagi membolehkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mendengar serta memutuskan permohonan pihak pendakwaan memindahkan kes itu ke sana.

Keputusan itu diumumkan oleh Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad di sini, hari ini.

Beliau turut membenarkan bon jaminan terhadap tertuduh dipanjangkan sehingga tarikh perbicaraan.

Dalam keputusan lisannya, Wan Mahyuddin berkata beliau berharap agar mahkamah dapat menyelesaikan kes tersebut segera demi kepentingan dan kebaikan umat Islam keseluruhannya.

Sementara itu, kira-kira 20 penyokong hadir untuk mengikuti perbicaraan kes itu.

Dr Asri tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 8.45 pagi.

Pada 10 Disember tahun lepas, peguambela Dr Asri, Kamar Ainiah Kamaruzzaman telah mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan semakan oleh pihak pendakwa berhubung keputusan Mahkamah Rendah Syariah di sini yang menolak untuk memindahkan kes mengajar tanpa tauliah ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Kamar Ainiah mengemukakan alasan pertuduhan yang dikemukakan terhadap tokoh agama itu bukan satu kesalahan yang terdapat dalam rukun-rukun agama Islam, justeru itu Mahkamah Syariah Selangor tidak boleh membicarakannya kerana ia bertentangan dengan Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Prosiding untuk mendengar hujah pihak pendakwa dan peguambela berhubung bantahan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Mohd Adib Hussain esok.

Pihak pendakwaan diketuai oleh Ketua Pendakwa Syarie Selangor Abdul Shukor Abdul Hamid.

Abdul Shukor telah mengemukakan permohonan agar kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 18 November lalu dengan alasan segala fakta dalam kes itu melibatkan pemakaian dan tafsiran yang lebih tepat pengaruh besar dikalangan masyarakat di negara ini.

Wan Mahyuddin, bagaimanapun menolak permohonan itu dengan alasan bahawa permohonan itu hanya dibenarkan jika pihak pendakwaan mengemukakan alasan yang munasabah dan mungkin menyebabkan berlakunya prejudis kepada tertuduh dan subjudis kepada mahkamah.

Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu kemudian memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam.

Pada tarikh yang sama, Dr Asri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, terhadap pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah oleh JAIS. Beliau didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah di sebuah kediaman di Lorong 2 C, Taman Sri Ukay, Ampang, antara 8.10 malam dan 9.45 malam pada 1 November tahun lepas.

Bagi kesalahan tersebut, tokoh agama itu didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.Mstar

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....