Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 28 Disember 2009

PAS Kelantan Sedia Pinda Undang-Undang Bolehkan Bukan Melayu Jadi MB


KOTA BAHARU: Kerajaan Pas Kelantan sedia meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bukanlah menjadi persoalan untuk meminda peruntukan dalam undang-undang berkenaan asalkan ia selari dengan kehendakIslam seperti diperkenalkan Pas sejak memerintah Kelantan pada 1990.

"Undang-undang Kelantan itu lain kerana ia dibuat pada zaman itu. Benda itu boleh diubah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan di sini hari ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya yang akan menyokong mana-mana calon bukan Melayu menjadi Menteri Besar selepas beliau asalkan orang itu beragama Islam.

Beliau berkata mengikut dasar Islam sendiri, asalkan calon berkenaan berakhlak baik dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya, mereka layak untuk dijadikan pemimpin.

"Itu sebabnya kita jangan berpegang kepada bangsa sebaliknya berpegang kepada mereka yang mengamalkan ajaran Islam, barulah Islam itu dihormati.

"Langkah ini (melantik bukan Melayu) menjadi menteri besar sudah tentu Islamitu sendiri akan dihormati dan lebih ramai yang menjadikan Islam sebagai pegangan agama," katanya.

Ketika menyentuh perkara yang sama dalam ucapannya, Nik Aziz berkata beliau sendiri akan mencadangkan mana-mana pemimpin bukan Melayu beragama Islam yang layak untuk menjadi penggantinya. -BERNAMA

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak ada org melayu ke yang boleh diharap di kalangan YB yang boleh menggantikan Pok Nik..adakah Pok NIk tidak percaya kpd org2 melayu yg beragama Islam berbanding mualaf utk menjaga ngri kelantan.majoriti rakyat kelantan adalah melayu ISlam..adakah sudah percaya kpda kepimpinan PKR yg kelam kabut amalan ISlam nya..sekali ke depan,sekali ke belakang.pendirian Pok Nik sekarang nmpaknya sudah bercelaru,mungkin nak mati dah kot..perjuangan UMNO dulu toksay blako..loni Pok Nik nak blako..Kalu ikut hadith nabi,nabi kata,mksudnya:sesiapa yg mengaibkan keburukan seseorg Muslim yg melakukan dosa,dia tidak akn mati hinggalah die melakukan keaiban tersebut..kalu ikut hadith ni,Pok Nik ni hmpir mati dohla..

Tanpa Nama berkata...

dulu perjuangan UMNO toksay blako..loni POk Nik nak wat blako..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....