Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 24 November 2009

Ku Li setuju ketuai kaukus royalti minyak Pakatan







KUALA LUMPUR, Nov 24 — Pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah telah bersetuju untuk mengetuai kaukus yang ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat (PR)untuk meneliti isu pertikaian royalti hasil minyak untuk Kelantan.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan bahawa Razaleigh menerima jemputan mereka pagi ini.

Razaleigh merupakan Ahli Parlimen BN bagi Gua Musang, Kelantan.

Pada 18 November lalu pemimpin-pemimpin PR mengadakan pertemuan dengan Razaleigh bagi meminta beliau mempengerusikan satu kaukus mengenai pertikaian wang royalti minyak membabitkan kerajaan persekutuan dan Kelantan.

Minggu lalu, Razaleigh yang juga bekas Naib Presiden Umno berkata, beliau akan mempertimbangkan permintaan memandangkan pernah terlibat dalam “urusan minyak” sejak penubuhan Petronas dan penggubalan undang-undang yang berkaitan.

Sehubungan itu katanya, beliau akan memainkan peranan bagi menyelesaikan isu itu “jika ia benar-benar adalah satu masalah.”

Razaleigh telah terlibat secara langsung dalam menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974 bersama Tun Salleh Abas.

Minggu lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS tiada hak untuk menuntut bayaran royalti hasil petroleum.

Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan, Nazri menjelaskan, bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein tidak secara khusus menggunakan istilah “royalti” semasa membahaskan Rang Undang-undang Pembangunan Petroleum 1974, yang membuka laluan kepada penubuhan Petronas dan perjanjian perkongsian lima peratus hasil dengan negeri-negeri mengeluarkan minyak.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan pemberian wang ihsan petroleum daripada kerajaan persekutuan.

Pemimpin-pemimpin Pakatan khususnya PAS bagaimanapun masih mempertahankan hak Kelantan untuk mendapatkan royalti daripada hasil petroleum, bukannya wang ihsan.

Terengganu juga pernah diberikan wang ihsan selepas ia ditawan PAS pada pilihan raya umum 1999.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....