Video terakhir yang dirakam oleh salah seorang penumpang MH17 (instagram.com/masa1777) sebelum berlepas dari Amsterdam.
Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Sabtu, 19 Julai 2014
MH17 : Kesilapan Tiket Selamatkan Nyawa Pasangan Ini
Barry (kiri) bersama isteri dan anaknya ketika ditemuramah oleh BBC News
di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, sebelum berlepas pulang ke
Kuala Lumpur, Khamis
Pasangan ini akhirnya selamat tiba di KLIA, petang Jumaat
SEPANG: Kesilapan kecil pada tiket rupa-rupanya
mempunyai hikmah dan mampu menyelamatkan nyawa serta kehidupan sepasang
suami isteri, bersama bayi perempuan mereka yang berusia tiga bulan.
Barry Rahman Sim, 44, dan Izwani Rahman, 31, merupakan pasangan
penumpang yang 'terselamat' daripada tragedi MH17 yang dilaporkan
ditembak jatuh dan terhempas di Ukraine selepas dinafikan penerbangan
tersebut oleh MAS kerana masalah tiket dan tempat duduk.
Pasangan ini yang pada asalnya mahu menaiki MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada tarikh 17 Julai akhirnya ditukarkan ke penerbangan ganti KLM ke destinasi sama.
Pasangan ini yang pada asalnya mahu menaiki MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada tarikh 17 Julai akhirnya ditukarkan ke penerbangan ganti KLM ke destinasi sama.
Mereka sebak mengimbas kembali saat-saat apabila mereka tetap mendesak
kakitangan kaunter tiket yang melakukan kesilapan memasukkan butir-butir
di tiket mereka agar mencuba sedaya upaya bagi membolehkan mereka
pulang ke Kuala Lumpur menaiki MH17.
Jumaat, 18 Julai 2014
Video : Rakaman Audio Puak Pemisah Akui Tembak Jatuh Pesawat Tersebar
PETALING JAYA: Dakwaan terbaharu bahawa penerbangan
Malaysia (MAS) MH17 ditembak jatuh oleh kumpulan militan tersebar,
dengan rakaman yang didakwa perbualan antara pegawai perisikan tentera
Rusia dan anggota kumpulan pemisah sebagai bukti, lapor sebuah akhbar
Ukraine berbahasa Inggeris.
Dalam perbualan yang didakwa dipintas dan dikeluarkan oleh agensi
keselamatan Ukraine (SBU), seorang anggota militan memaklumkan bahawa
pesawat itu adalah '100% persawat komersial'.
Rakaman itu yang diterjemahkan oleh The Kyiv Post menunjukkan Iglor Bezler - seorang komander utama Republik Rakyat Donetsk - berbual dengan seseorang yang dipercayai kolonel bersama Angkatan Tentera Rusia, Vasili Geranin.
Bezler berkata, mereka berjaya menembak jatuh sebuah pesawat dan kemudiannya mendapati ia adalah sebuah pesawat penumpang.
Selepas itu, kedua-duanya didengar berbincang mengenai serangan tersebut dengan salah seorang daripada mereka berkata pesawat tersebut berkecai di udara.
"Kami telah menemui mayat pertama iaitu orang awam."Pendek kata, ia 100 peratus pesawat komersial," katanya.
Dia berkata, serpihan pesawat berkecai di sekitar kawasan perumahan dan tiada apa yang tinggal melainkan mayat, kerusi pesawat dan barangan penumpang seperti peralatan perubatan, tuala dan tisu tandas.

Selasa, 20 Mei 2014
Ni Dia Jawapan Ibu Dyana Sofya Kepada Mahathir
Kekesalan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana Dyana Sofya Mohd Daud menjadi calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan dijawab sendiri oleh ibunya, Yammy Samad.
Yammy berkata beliau sehabis daya mahu Dyana mengikut jejak langkah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetapi apakan daya perawakan anaknya itu lebih mirip kepada Datin Paduka Marina Mahathir.
"Saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz, tetapi apabila dia sudah besar dia jadi Marina."Saya beri kebebasan kepada anak saya untuk memilih mana baik dan mana buruk. Dia sudah dewasa dan sudah boleh memikirkannya,” katanya kepada The Malaysian Insider semasa sesi bertemu pengundi hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan Dr Mahathir meluahkan kekecewaannya apabila
calon yang diletakkan DAP itu datang daripada keluarga yang menyokong
perjuangan Umno sejak sekian lama.
"Kalau datang daripada keluarga pembangkang tidak jadi apa. Kerana sejak kecil diajar membenci Umno.
“Kalau anak orang Umno depa tidak cakap pada anak depa pasal apa Umno
ni ada sejarah Umno semua, jadi bila dia besar dia bebaslah hendak buat
apa sahaja," kata Dr Mahathir.
Yammy berkata Dyana berhak menentukan masa depannya sendiri, hatta untuk memilih suami yang bukan daripada kalangan Melayu.
Katanya, tiada gunanya memaksa apa yang perlu dibuat oleh anaknya jika
semua yang diusahakan anaknya itu nanti akan bertemu kegagalan.
Rabu, 14 Mei 2014
DS Anwar Terlibat Kemalangan
Assalamualaikum dan salam hormat,
Dato Seri Anwar Ibrahim dan
Datuk Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa
Sri Hartamas jam 10 malam tadi.
DS Anwar mengalami keretakan di pangkal
tangan kanan berdekatan bahu, tapi alhamdulillah berada dalam keadaan
selamat, tidak memerlukan pembedahan.
DS Dr Wan Azizah juga berada dalam
keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor.Kedua-dua DS Anwar dan DS Dr Wan Azizah akan pulang ke rumah malam ini.
Sekian terima kasih.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009