Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 24 April 2014

Penjelasan Firefly Sebab Pesawatnya Ke Kota Bharu Berpatah Balik

 Gambar hiasan

Firefly Airlines hari ini mengesahkan penerbangan FY1002 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Kota Baharu, Kelantan pada 6.55 pagi tadi berpatah balik selepas mengalami kegagalan memasukkan semula gear pendaratannya.

Penerbangan itu yang berkongsi kod penerbangan dengan Malaysia Airlines MH9948 selamat mendarat di lapangan terbang berkenaan pada 7.30 pagi dan semua 64 penumpang serta empat kru berada dalam keadaan selamat, kata syarikat tersebut dalam kenyataan, di Kuala Lumpur.

"Ini merupakan pendaratan biasa, justeru tidak membabitkan pengerahan pasukan bomba dan penyelamat lapangan terbang," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu penerbangan pesawat tersebut dijadualkan semula dan berlepas dari Pulau Pinang pada 8.50 pagi tadi serta selamat tiba di Kota Baharu sejam kemudian. – Bernama

Penjelasan Hu Pang Chaw Berkaitan Hukum Hudud

 Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw

Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw berkata bahawa beliau enggan memikul tanggungjawab untuk menjelaskan isu hudud kerana tidak cukup pengetahuan berhubung undang-undang Islam tersebut.

Jelasnya lagi, beliau tidak bertindak demikian kerana menentang hudud, seperti didakwa oleh ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu, Dr Rosli Alani.

"Kalau saya anti hudud takkan saya masuk PAS. DHPP tidak relevan untuk memberikan penerangan hukum hudud itu kepada bukan Islam.

“Seperti di Kelantan, rakyat sudah memilih PAS dan bagi DHPP adalah wajar pucuk pimpinan dan wakil rakyat yang memainkan peranan itu," jelasnya.

Beliau menjelaskan demikian melalui perbualan telefon dengan anggota jawatankuasa PAS pusat, Khalid Samad dalam satu sidang media hari ini.

Perbualan tersebut dihebahkan melalui pembesar suara dalam sidang media tersebut.Beliau mengulas gesaan Rosli, seperti dilaporkan lidah parti Umno hari ini, agar beliau dipecat kerana enggan memainkan peranan bagi hu

Menurut laporan itu, Hu enggan menjalan tugas tersebut kerana cadangan pelaksanaan hudud itu didakwa “diputuskan oleh PAS tanpa mengambil kira pandangan rakyat”.

Hu dalam perbualan telefon hari ini berkata, beliau menerima kritikan Rosli itu dalam semangan demokrasi dalam PAS."Saya fikir ia satu demokrasi beliau boleh tegur saya demikian saya boleh jawab," katanya dalam bahasa Inggeris.

Pesawat Firefly Ke Kota Baru Berpatah Balik

 Gambar hiasan
 
PETALING JAYA: Sebuah pesawat Firefly berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas terpaksa berpatah balik hanya 15 minit selepas berlepas.

Pesawat FY1002/MH9948 dipercayai menuju Kota Baru mengalami masalah teknikal.

Kesemua penumpang dipindahkan ke pesawat lain untuk meneruskan perjalanan ke destinasi sama.Mstar

Wardina Mengaku Sudah Mohon Maaf Dengan Ust Don


KUALA LUMPUR: “Sudah saya pohon kemaafan secara personal kepada ustaz. Ustaz kata "tak apa". Saya doakan ustaz sejahtera,” tulis pengacara Wardina Safiyyah di facebooknya kelmarin.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua dan berharap semoga Allah menunjukkan kepadanya jalan yang baik dan benar.

Berikut adalah coretan beliau menerusi facebook 21 April :
Terima kasih semua. Semoga Allah tunjuk kan saya jalan yang baik dan benar. Betapa lemah nya saya. Betapa banyak nya dosa saya. Ibadah pun tak sempurna. Sunnah pun belum habis semua nya. Semoga Allah ampunkan segala kesalahan saya. 

Semoga Allah ampunkan kita semua nya. Ya mungkin saya tak sesempurna ahli syurga. Tetapi saya tetap mengharapkan syurga. ..bimbinglah saya... sesungguhnya saya penuh dengan ketidaksempurnaan...

Memang banyak yang saya tak tahu. Banyak betul. Maafkan jika ayat saya tidak tepat dan seolah menghina...

Ustaz Don penuh ilmu... Siapa saya untuk mengaibkannya? Ya penjelasan ustaz semalam sudah. Kesemua ustaz dah jawab. Hanya Allah yang lebih tahu segala nya... Hanya Allah yang lebih tahu.

Sudah saya pohon kemaafan secara personal kepada ustaz. Ustaz kata "tak apa". Saya doakan ustaz sejahtera. Ini post terakhir saya. Saya akan menyerahkan account ini ke Admin.

Saya tidak akan lagi update status buat beberapa waktu. Saya juga tidak akan membaca komen anda. Maaf. Segalanya selepas ini saya pertanggungjawabkan kepada ADMIN WSOP sahaja.Hrkh

Rabu, 23 April 2014

Akhirnya Daim Mengaku Miliki Bank Di Tanzania

 Datuk Seri Anwar dan Tun Daim Zainuddin

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin semalam mengaku bahawa beliau memang memiliki bank di Tanzania seperti didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ya... memang saya ada bank di sana (Tanzania)... lama dah. Anwar pun tahu sebab dia ambil alih Menteri Kewangan daripada saya dulu.

"Masa Anwar jadi Menteri Kewangan, dia mempengerusikan satu jawatankuasa mengenai rasuah (peringkat kabinet)... kenapa waktu itu tidak ambil tindakan terhadap saya," kata Daim dipetik Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas hadir program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainuddin di ibu negara semalam.Beliau turut mengakui pernah dua kali disiasat pada 1999 berhubung pemilikan itu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dalm siri ceramahnya sebelum ini mendakwa mempunyai bukti penyelewangan besar Daim.Beliau turut mendakwa Daim menyimpan duit di Tanzania, salah sebuah negara di Afrika Timur.

Maklumat itu kata Anwar diperolehi dari gabenor bank negara Tanzania yang menyebut bahawa Daim ada menyimpan wang di negara itu.

Anwar berkata, beliau dimaklumkan bank di Tanzania itu adalah 'istimewa' kerana Daim hanya menyimpan duit sahaja tanpa sebarang operasi.

Mahkamah tolak kematian Karpal sebagai alasan tangguh rayuan Liwat II Anwar


Permintaan untuk lanjutan masa bagi memfailkan rayuan terhadap sabit kesalahan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak mahkamah, kata ketua undang-undang PKR, Latheefa Koya (gambar ) .

Beliau berkata, Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan sebaliknya meminta Anwar untuk memfailkan permohonan formal, termasuk notis usul, bagi meminta lanjutan masa bagi memfailkan alasan rayuan.

"Ini berlaku meskipun mereka tahu esok merupakan hari terakhir untuk memfailkan petisyen itu," katanya.

Latheefa berkata beliau diberitahu tentang hal ini daripada seorang peguam daripada firma guaman mendiang Karpal Singh yang terbunuh dalam kemalangan di lebuh raya pagi Khamis lepas.

Karpal merupakan peguam utama yang mewakili Anwar di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

"Ia dianggap sangat tidak bertimbang rasa dan tidak simpati ke atas kematian Karpal," kata Latheefa.
"Nampaknya Mahkamah Persekutuan nekad untuk mempercepatkan rayuan, dan ini dapat dilihat dalam kengganan mereka untuk memberi lebih masa kepada Anwar," katanya.

Semalam, Ramkarpal Singh yang terlibat bersama Karpal dalam kes liwat itu berkata beliau sudah menulis kepada Mahkamah Persekutuan untuk meminta lanjutan masa bagi memfailkan rayuan untuk kes itu.

"Beliau berharap untuk mendapat jawapan hari ini tentang sama ada mahkamah akan mengizinkan masa dua minggu untuk memfailkan alasan rayuan," katanya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....