Desakan supaya Perdana Menteri Najib Tun Razak meletakkan jawatannya
semakin mendapat momentum di kalangan blogger pro- Umno, menndakan satu
isyarat terhadap wujudnya usaha bersepadu dari dalam parti UMNO sendiri
untuk mengeluarkan Perdana Menteri keenam itu dari Seri Perdana.
Panggilan nama yang jelek seperti "Najib kangkung"
dan "PM tidak berguna" sedang menjadi buah mulut di kalangan para
blogger pro- Umno seperti OutSyed The Box, The Unspinners dan Apanama
sejak bulan lalu, dan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda akan surut ke
belakang.
"Saya harap Najib boleh membaca tulisan kami. Letak jawatan dan pergi
berambus .... Kita akan melihat beliau terburai tidak lama lagi ... Hari
demi hari manusia kangkung itu akan dihiris dan dipotong-potong jadi
buah dadu. Oleh orangnya sendiri, " demikian tulis blogger terkenal Syed
Akbar Ali di dalam satu postingnya minggu lepas.
Blogger Apanama pula menulis pada 8 Jan: "Kerajaan / kepimpinan hari ini
kelihatan lebih teruk daripada kepimpinan zaman gelap Abdullah Ahmad
Badawi ...
"Lebih baik Najib ambil tahu apa yang berlaku di peringkat akar umbi.
Saya khuatir bahawa jika anda gagal untuk mencerna sentimen / fikiran /
kesetiaan Kerajaan / penyokong kuat BN di kalangan rakyat, anda akan
terpaksa turun seperti mana Pak lah telah lalui."
Serangan siber dari kalangan ahli Umno ini adalah imbauan terhadap
tekanan serupa yang telah mereka lakukan ke atas bekas Perdana Menteri
Abdullah Badawi pada tahun 2007; penulis blog pro- Umno yang sama
mendakwa peletakan jawatan Abdullah dahulu adalah hasil-usaha mereka di
dalam "konpsirasi membawa beliau turun".