Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Isnin, 17 Disember 2012
Rakan komponen PR sepakat tiada kerusi tambahan untuk DAP di Selangor
KUALA LUMPUR, 17 Dis — Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) — PAS dan
PKR — sepakat menolak untuk memberikan kerusi tambahan kepada DAP,
seperti mana yang dituntut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) ketika kongres DAP hujung minggu lalu.
Ketua
Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei berkata, tindakan Guan Eng itu
adalah normal, dan bukannya sesuatu yang luar biasa kerana setiap parti
politik akan membuat tuntutan sama semasa perhimpunan agung parti
masing-masing sama ada di peringkat kepimpinan mahu pun perwakilan.
“Di Selangor, tiada perubahan dan kekal status quo sama seperti pilihan raya umum 2008 lalu.“Tuntutan DAP di negeri ini kita pernah bincang sebelum ini dan
diputuskan tiada kerusi tambahan untuk DAP,” katanya di petik dari Sinar
Harian Online.
Lim ketika kongres DAP menuntut tambahan tiga kerusi tambahan untuk
Parlimen dan 10 kerusi Dun di Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan
Sarawak dikendalikan rundingan kerusi mereka sendiri.
Shuhaimi bagaimanapun menyeru komponen parti PR untuk tidak terlalu
melayani isu itu kerana dikhuatiri boleh dijadikan provokasi oleh pihak
lawan.
Menurutnya, kenyataan dibuat oleh Lim itu tidak merujuk kepada
Selangor dan menegaskan pembahagian kerusi di negeri ini telah
dipersetujui sebulat suara.
“Mungkin ia melibatkan kerusi di negeri lain kerana jika di Selangor kita semua sudah bincang tiada sebarang perubahan.
“Jadi tak perlu fikir serius mengenai perkara itu...tak perlu layan
secara mendalam kerana ia mungkin boleh dijadikan provokasi pihak
lawan,” katanya.
PAS pula menganggap tindakan Guan Eng meminta lebih kerusi itu tidak wajar dianggap sebagai satu pendirian “tamak”.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia
adalah lumrah bagi setiap parti unutuk mengukuhkan kedudukan
masing-masing, dan perkara itu juga jelasnya termasuk Barisan Nasional
(BN).
“Kita tak boleh kata kalau ada yang nak tambah kerusi, contohnya DAP itu adalah tamak.“Semua parti mahukan kerusi lebih termasuk BN yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC, jadi adakah mereka juga tamak?
“Soal penambahan kerusi ini kita masih belum berbincang,” kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.TMI
Bas Jelajah Merdeka Rakyat Diserang Lagi
TAPAH 17 Dis: Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi diserang ketika menuju ke ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perak
semalam, menyebabkan cermin sisi penumpang di tingkat atas retak dan
berlubang.
Semasa kejadian, Ketua Umum KEADILAN tidak mengikuti rombongan,
sebaliknya hanya lapan kakitangan pejabat parti yang berada dalam bas.
Menurut saksi yang juga Setiausaha Pengelola KEADILAN, Raden Shamsul
Akmar Raden Shamsuddin, insiden itu berlaku antara 6.30 petang hingga
6.45 petang, selepas bas bergerak melepasi kawasan Rehat dan Rawat
(R&R) Tapah menuju ke Bandar Seri Iskandar.
“Kejadian berlaku ketika bas berada di lebuh raya. Kami sendiri tak sedar. Tiba-tiba ada bunyi kuat di cermin.
“Cermin
retak dan ada satu lubang kecil. Saya syak mungkin ia dibaling objek
dari atas kerana berdasarkan kerosakan, ia bukan dibaling dari bawah
dengan kereta atau motosikal. Mungkin dilastik, kerana atas lebuh raya
itu ada satu jambatan,” katanya ketika dihubungi.
Berikutan insiden itu, menurut Raden, Timbalan Ketua Cabang Tapah
memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Tapah, berkenaan perkara tersebut.
“Kita tidak buat laporan polis. Apa pun kita akan perbaiki dan tukar
cermin baru. Lagi pun tiada sebarang kecederaan dan kerosakan lain dalam
bas.
“Tiada apa-apa pun respon dari polis. Mereka hanya berkawal seperti
biasa di tapak ceramah dan bas dibiarkan tanpa iringan,” ujarnya.KD
Boss Sinar Harian Hentam Ibrahim Ali
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub
SHAH ALAM - Sinar Harian tidak akan melayan kenyataan Presiden
Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa akhbar ini sebagai
memecah-belahkan hubungan kaum, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media
Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.
Menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara, Hussamuddin berkata, beliau yakin rakyat Malaysia juga sudah muak dengan kenyataan retorik beliau.
"Pembaca juga tahu konsep Sinar Harian yang telus dan tulus tanpa memihak kepada mana-mana individu atau kelompok tertentu," katanya, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim dalam akhbar perdana semalam bahawa beliau 'jelik' dengan laporan Sinar Harian dan sebuah portal web kerana didakwa menyiarkan hanya sebahagian kenyataannya sehingga dilihat seolah-olah menghina kaum lain.
Ibrahim dilapor berkata demikian semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga, kelmarin.
Untuk rekod, pada 2009, Sinar Harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan apabila menerima Anugerah Kalung Perpaduan 2009.SH
Ahad, 16 Disember 2012
Pekerja CIMB berpiket bantah pengurusan adik Najib Razak
KUALA LUMPUR 16 DIS: Lebih 300 ahli Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan
(Nube) semalam berpiket depan Menara Bumiputra Commerce berhampiran
pusat beli-belah Sogo bagi membantah pengurusan yang diterajui Ketua
Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Nazir Razak.
Ia berikutan Nube menuntut pembelaan kerana kesatuan itu menganggap
berlaku penindasan terhadap kekerja bank termasuk hak pekerja dilanggar
manakala tanggungjawab sosial dikhinati.
“Afendi
Md Ali dipecat kerana mempersoal penyalahgunaan dana. Norlaily Mat
Loddin yang hamil empat bulan dijerit, dimarahi dan diugut pengurus
cawangan hingga pengsan kerana enggan membuat transaksi yang melanggar
undang-undang.
“Kira-kira 100 pekerja kontrak sementara dinafi jaminan pekerjaan dan
hak untuk kehidupan lebih baik sepertimana dijamin kontrak tetap.
Mereka juga tertakluk kepada diskriminasi melampau.
“Penilaian prestasi dan bayaran kepada pekerja (turut) ditipu;
pekerja dinafi makanan ketika menghadiri latihan dan uniform untuk
pekerja juga diabai,” kata kenyataan Nube.
Demontrasi antara jam 10 pagi hingga 1 petang itu menyaksikan mereka
membawa sepanduk mengecam CIMB dan Nazir, antaranya ‘Adik PM Malaysia
Mungkiri Janji’ dan Adik PM sabotaj Manfaat untuk 100,000 rakyat
Malaysia’.
Demonstrasi turut gamat apabila peserta memutar lagu Gangnam Style
yang diiringi dengan tiupan vuvuzela serta paluan kompang dan gendang
masyarakat India.
Nazir
adalah adik kepada Datuk Seri Najib Razak yang turut dikait dengan
pendedahan usahawan, Deepak Jaikishan berkaitan pembayaran kepada
Penyiasat Persendirian, Balasubramanim.
Kenyataan Nube juga menyebut, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu
boros berbelanja RM18.7juta bagi menganjurkan pertandingan Golf CIMB
Classics 2012 dan RM2.5juta untuk 128 pemain golf muda.
“Pihak pengurusan tertinggi juga dapat bayaran bonus tinggi beserta kereta mewah dan faedah lain,” katanya.KD
Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009






