KUALA LUMPUR 31 OGOS : Sambutan ambang merdeka ‘Janji Demokrasi’ yang
diadakan di sekitar Dataran Merdeka dan di hadapan Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur(DBKL) malam tadi berkahir aman tanpa sebarang kekecohan
berikutan tiada tindakan provokasi oleh pihak polis.
Berbeza seperti mana yang terjadi dalam perhimpunan siri 1,2 dan 3
anjuran BERSIH kerana terdapat banyak tindakan provokasi dan
serangan-serangan ganas polis terhadap peserta perhimpunan.
Demikian menurut kerabat diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku
Hanan ketika ditemui TVSelangor di lokasi sambutan ambang merdeka ‘Janji
Demokarasi’ malam tadi.
“Di sini rakyat Malaysia kena faham, orang yang datang ini tak kira BERSIH ke, apa ke, kita ini adalah orang aman.
“Buktinya pada malam ini bila tiada polis mengacau, tengok suasana aman, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Tetapi kalau polis ada membawa senjata, merempuhkan orang-orang
mereka ke dalam orang-orang yang berhimpun, itu yang mencetuskan suasana
yang huru-hara seperti dalam perhimpunan BERSIH 2.0 dah 3.0 lalu,”
ujarnya lagi.
Tunku Harmy turut menganggap kempen menaikkan jalur gemilang yang
dilaungkan oleh kerajaan tidak mendapat sambutan dari masyarakat negara
ini kerana rakyat telah mula menolak penghayatan kemerdekaan ala
Umno-BN.
“Pada hemat saya sepatutnya malam ini orang menyambut kemerdekaan
dengan bendera penuh dan kenderaan-kenderaan juga banyak dipasang
bendera, tetapi kali ini saya tak nampak pun, yang ada sangat kurang,”
kata beliau.
Perhimpunan ‘Janji Demokrasi’merupakan perhimpunan sambutan ambang
kemerdekaan yang dianjurkan oleh gabungan JANJI yang dianggotai 49
pertubuhan bukan kerajaan(NGO).
Sambutan ambang kemerdekaan itu malam tadi berjaya menarik kehadiran seramai hampir 20,000 hadirin.