Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Selasa, 20 Mac 2012
Wanita dikait kes khalwat Badrolamin tuntut fasakh
anita dikaitkan dalam kes khalwat dengan Ahli Majlis Pimpinan PKR, Dr Badrolamin Bahron menarik balik permohonan cerainya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, di sini, semalam.Wanita berusia 28 tahun itu, hadir kira-kira jam 9 pagi berseorangan ke mahkamah itu untuk membuat tuntutan notis penarikan balik kes tersebut di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus.
Bagaimanapun, alasan penarikan tuntutan penceraian tersebut tidak dinyatakan.
Malah, suami wanita terbabit guru berusia 32 tahun juga tidak hadir pada prosiding itu.
Sementara itu, wanita terbabit ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia akan mengemukakan Fasakh di Mahkamah Tinggi Kuantan.
“Saya menarik balik tuntutan kerana mahkamah rendah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes fasakh,” katanya.
Wanita itu sebelum ini, memfailkan penceraian pada pertengahan Januari lalu dan prosiding pertama dijalankan pada 27 Februari lalu.
Badrolamin sebelum ini, memaklumkan beliau mengenali wanita yang bekerja di sebuah institusi kemahiran di Rompin itu, sejak kira-kira setahun lalu.
Bagaimanapun, sehingga kini Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) tidak membuat sebarang dakwaan terhadap Badrolamin dan wanita tersebut.SH
Tok Guru Nik Aziz jelaskan perbezaan antara Yahudi dan Zionis
PUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak salah berurus niaga dengan bangsa Yahudi, tetapi haram berdagang dengan kerajaan Zionis Israel. Dalam satu kenyataan media, beliau menegaskan perbezaan antara Yahudi sebagai bangsa dengan ideologi Zionis yang menubuhkan negara Israel dan menindas umat Islam di Palestin.
“Yahudi sebagai individu dan manusia tidak menggalas apa-apa beban kesalahan, hanya kerana dirinya berbangsa Yahudi. Malah Rasulullah SWT sendiri pernah berurusan dengan Yahudi”, kata Nik Aziz.
Beliau merujuk hadis sahih riwayat Imam Bukhari, yang mengatakan Baginda menggadai baju besinya kepada seorang Yahudi bagi mendapatkan 30 sho’(ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga.
“Jika ada yang menyatakan berurus niaga dengan Yahudi adalah haram, ternyata ia disebabkan kejahilannya tentang Islam,” kata Menteri Besar Kelantan itu.
Beliau menjelaskan, apa yang menjadi kesalahan adalah urus niaga dengan kerajaan Zionis Israel, yang merampas tanah dan membunuh umat Islam Palestin.
“Urus niaga dengan Israel bererti mengiktiraf kewujudan mereka, dan itu merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan,” kata beliau yang mesra dengan panggilan Tok Guru.
Nik Aziz turut meluahkan rasa hairan dengan sesetengah pihak yang cuba menjadi juara menentang Israel, namun pada masa sama menjalinkan hubungan dagang dengan mereka.
Beliau merujuk jawapan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat minggu lepas, yang mengatakan Larangan Mutlak ke atas barangan dari Israel dibawah Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) dipinda kepada Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada tahun 1994.
Sejak itu, barangan yang diimport dari Israel dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
20 Februari lalu, NGO Jingga 13 pula mendedahkan dokumen Jabatan Kastam, Westport menunjukkan kapal Zim Atlantic dan Zim USA, milik syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, yang berlabuh di Pelabuhan Klang datang terus dair Ashdod, Israel.
98 peratus saham syarikat yang berpengkalan di Haifa, Israel itu dimiliki kerajaan Zionis Israel. Sahamnya turut tersenarai di Bursa Tel Aviv.Keadilandaily
Isnin, 19 Mac 2012
Dun Selangor tidak dibubar sebelum Jun
SHAH ALAM
- Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) jika Barisan Nasional (BN) memutuskan pembubaran Parlimen sebelum Jun ini.
Sehubungan itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya tetap akan menunggu selama enam bulan sehingga iaitu Jun ini untuk melaksanakan dasar dan program pentadbirannya.
Khalid berkata, sehingga kini beliau tidak mengetahui tarikh sebenar Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) peringkat Parlimen dan oleh yang demikian, Kerajaan Negeri akan tetap dengan keputusan tersebut tidak akan membubarkan Dun sebelum Jun ini.
Menurutnya, tempoh enam bulan adalah relevan untuk memastikan Geran Selangorku, berjumlah RM1.6 bilion, dapat disalurkan sepenuhnya kepada rakyat negerinya.
"Saya telah buat kenyataan sebelum ini tetapi kita akan bincang lagi kerana Geran Selangorku perlu mengambil masa untuk disalurkan. Jika PRU-13 belaku pada Mac atau April ia terlalu awal.
"Sekurang-kurangnya enam bulan atau lebih agar wang tersebut dapat disalurkan kepada rakyat," kata beliau pada sidang media selepas upacara pembukaan persidangan penggal kelima Dun, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada Sidang Dun yang bersidang bermula hari ini akan dibubarkan sekiranya belaku pembubaran Parlimen dalam waktu terdekat.
Pada 17 November lalu, Abdul Khalid mengumumkan pihaknya hanya akan mengambil bahagian dalam PRU-13, sekiranya diadakan selepas enam bulan pertama tahun ini.
Menurutnya, penetapan tempoh enam bulan ini juga bukan bermaksud Kerajaan Negeri tidak yakin untuk bertanding dalam PRU13 kerana keputusan siapa akan menang adalah pilihan rakyat.SH



