






YA: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mahu lebih banyak kerusi ditandingi oleh calon bukan Melayu dalam pilihan raya umum ke 13 kerana sokongan yang semakin meningkat di kalangan masyarakat berkenaan, kata Timbalan Ketua N Balasubramaniam. Sementara itu, Ketua Dewan Hu Pang Chaw ketika dihubungi berkata, “hanya calon yang setia dan sesuai akan dicalonkan untuk pilihan raya kali ini.”
Bagaimana pun, beliau memberitahu keputusan pencalonan akan diserahkan kepada pimpinan PAS Pusat kerana masih ada waktu untuk mempertimbangkan perkara ini.
Kenyataan beliau ini adalah berikutan pemerhatian dan maklum balas yang mendapati peningkatan sokongan masyarakat Cina terhadap parti Islam itu.
“Sokongan di kalangan masyarakat Cina telah meningkat kerana masyarakat mahukan perubahan,” kata Hu yang telah melawat beberapa kali kawasan sekitar Johor tahun ini.
Justeru itu Hu yakin bahawa peningkatan sokongan akan turut meningkatkan jumlah undi calon PAS di Johor. Keyakinan Hu turut diluahkan berdasarkan rancangan beliau untuk menubuhkan dewan himpunan peringkat parlimen di seluruh Johor.
PAS negeri pernah mencalonkan R Kumutha pada kali pertama dalam pilihan raya umum 2008 di Tiram.
Kumutha telah bertanding atas tiket PKR kerana perlembagaan PAS tidak membenarkan masyarakat bukan Islam bertanding atas tiket PAS.
PAS memegang dua kerusi Dewan Undangan Negeri di Johor iaitu Sungai Abong dan Maharani.
Pandangan Hu turut disokong dan diterima Ketua Penerangan PAS Johor, Suhaizan Kaiat. Beliau memberikan dua sebab yang membawa kepada peningkatan sokongan masyarakat bukan Melayu di Johor.
“Sokongan terhadap PAS semakin baik di kalangan bukan Melayu terutamanya sekitar Johor Bahru kerana mereka melihat perkembangan politik di Selangor yang mempunyai perkembangan sosio-politik yang serupa dengan Johor.
“Selain itu, perubahan kecil politik di Singapura turut memberi kesan kerana mereka yang bekerja di Singapura dan mempunyai keluarga di Johor,” kata Suhaizan.FMT
MPUR: Hari ini masuk hari ke-5 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil membela diri dalam perbicaraan Fitnah II yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.KUALA LUM
PUR, 26 Ogos: PAS menyambut baik jika Pengerusi SPR membayangkan mahu menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang bagi mengelak pengundian berganda.
Bagaimanapun kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, jika benar ia diguna menggantikan biometrik, ianya hanya satu daripada lapan tuntutan reformasi pilihan raya yang dituntut PAS dan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) selama ini.
Selain penggunaan dakwat kekal, tujuh lagi tuntutan lain adalah pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, mengukuhkan institusi awam serta menghentikan rasuah dan politik kotor.
"PAS menerima jika SPR bercadang mahu melaksanakan dakwat kekal sebagaimana dinyatakan SPR.
"Bagaimanapun itu hanya satu daripada tuntukan kita dan juga Bersih yang berjumlah lapan kesemuanya," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof semalam bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda, adalah kurang bermasalah daripada menggunakan sistem biometrik.
Tambahnya lagi, walaupun biometrik adalah "sistem yang sempurna" di segi teorinya, tetapi wujud kelemahan bila diamalkan.
Ianya termasuklah tidak mampu mengesan undi dua kali bagi mereka yang mempunyai dua kad pengenalan dan menyulitkan proses semasa pembuangan undi.
Selain itu, SPR juga turut mengakui bahawa sistem biometrik sangat mahal dan memerlukan masa yang lebih lama untuk dipersiapkan berbanding dakwat kekal yang lebih murah dan cepat.
Sehubungan itu, beliau yang kini berada di tanah suci Mekah berkata, SPR perlu melihat kesemua tuntutan itu bagi menjamin pilihan raya yang benar-benar bebas dan adil.
Kesemua tuntutan yang dikemukakan katanya, bersifat mendesak dan perlukan pembaharuan segera khususnya dalam aspek pendaftaran pemilih yang kini berdepan pelbagai keraguan yang didedahkan.Hrkh