A Samad Said bersama Ambiga selepas disoal siasat berhubung Himpunan Bersih 2.0 di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini. – Foto Choo Choy May Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Isnin, 27 Jun 2011
Hanya Kerana Baca Puisi Di Majlis Anjuran Bersih ' A . Samad Said ' Disiasat Polis
A Samad Said bersama Ambiga selepas disoal siasat berhubung Himpunan Bersih 2.0 di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini. – Foto Choo Choy May Suhakam Mahu Kerajaan Benarkan Himpunan Bersih 2.0
PUR, 27 Jun: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang dibentuk oleh kerajaan sendiri menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dirancang 9 Julai ini.Bagi Suhakam, orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
Demikian kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataannya di tengah-tengah usaha yang dibuat oleh Umno dan alat-alatnya untuk membatalkan perhimpunan itu.
Antaranya adalah dengan berusaha agar perhimpunan itu menjadi kecoh dengan cara menganjurkan perhimpunan serentak serta membuat provokosi melalui badan-badan bukan kerajaan termasuk persatuan silat dan bela diri.
Usaha pihak-pihak yang menyokong perhimpunan Bersih 2.0 juga mendapat tentangan hebat dari polis sehingga mereka yang memakai baju T Bersih juga ditangkap dan disifatkan sebagai satu kesalahan.
Penganjuran majlis pra perhimpunan Bersih juga disekat oleh polis dengan ramai antara mereka ditangkap dan dikaitkan dengan kesalahan yang bukan-bukan termasuk cuba menghidupkan ideologi komunis yang sudah lama berkubur.
Berikut adalah kenyataan penuh dari Hasmy Agam.
"Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011, dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda UMNO dan Perkasa, dan mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
Lawatan Rasmi : Najib Dan Rosmah Belanja RM 17 Juta Sejak 2008
KUALA LUM
PUR: Perbelanjaan lawatan rasmi yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjumlah RM17,118,650.58 dalam tempoh 2008 hingga 2011
Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang bertanya tentang jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.
Dalam jawapan tersebut, Najib dan Rosmah membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM 4,811,837.48 (2009) RM 5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011.
Manakala, kos keseluruhan lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri dan isteri bagi tempoh sama berjumlah RM 8,020,328.07.
Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja
“Berbanding ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, nampaknya Rosmah lebih banyak melancong. Kita lihat lawatan rasmi Perdana Menteri telah menjadi jadual pelancongan isterinya,” kata Tian ketika ditemui Keadilandaily.
Namun, kata Tian Chua, sehingga kini rakyat tidak melihat hasil lawatan tersebut membawa pulangan kepada negara.
“Apakah lawatan ini mendatangkan pulangan perdagangan dan perhubungan diplomatik yang lebih baik?
“Jumlah perbelanjaan ini menunjukkan peningkatan setiap tahun. Ketika rakyat terpaksa mengikat perut dan mengubah gaya hidup, Perdana Menteri dan isteri sewenang-wenangnya membelanjakan wang orang ramai untuk perkara yang belum tentu membawa faedah.
“Ketika mereka ke luar negara, permasalahan domestik masih tidak diselesaikan. Apakah ini maknanya rakyat didahulukan,” soal Tian Chua.
Dewan Rakyat sebelum ini pernah dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh yang ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah di Atlantis, Dubai hanya untuk satu malam.Keadilandaily
Bersih 2.0 : Pemuda PAS Dibebas Awal Pagi Tadi
PUR 27 JUN : Tujuh pemuda PAS yang ditahan jam 11 tengahari semalam kerana memakai baju Bersih 2.0 di Taman Kosas, Ampang dibebaskan kira-kira jam 2 pagi tadi.Jumaat, 24 Jun 2011
Komentar : Perbicaraan 'Datuk T' atau Pesta Serang Anwar?
Atau, adakah memadai untuk Peguam Negara menutup kes ini di sini, selepas pendakwaraya mengambil kesempatan menghebahkan kononnya dua profesor sebuah kolej dari Amerika Syarikat memberitahu Polis DiRaja Malaysia bahawa orang dalam video itu adalah mirip Anwar.
Pendakwaan itu digunakan sepenuhnya oleh Peguam Negara, Polis dan peguam 'Datuk T' untuk mengitar semula tuduhan terhadap Anwar, kali ini di dalam sebuah mahkamah terbuka.
Pada masa sama mereka menutup ruang untuk Anwar mempertahankan diri seraya memeriksa laporan “pakar” dan bukti- bukti lain yang dikemukakan semalam.
Justeru persoalan yang amat relevan adalah : Adakah Peguam Negara sanggup untuk membawa pertuduhan terhadap Anwar sendiri demi mempertahankan hasil siasatan polis dan pakar yang digunakan oleh pendakwaraya untuk mengaibkan beliau ?
Sayang sekali, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Shuib Lazim dan Eskay Abdullah tidak pula mengaku TIDAK bersalah dengan hujah mereka bertindak menayangkan video itu demi kepentingan negara dan bukan kerana mencari keuntungan diri.
Jika mereka berani meminta dibicarakan, maka sudah tentu ia memberi ruang kepada Anwar untuk dipanggil sebagai saksi dan peguam- peguam Anwar pula boleh memohon untuk menjadi pemerhati dengan hak menyoal balas “pakar- pakar” pendakwaraya.
Namun ini tidak berlaku. Gandingan 'Datuk T' sebaliknya cepat- cepat mengaku salah, dan membayar denda ringan. Sebaik sahaja keluar mahkamah, 'Datuk T' dan peguam mereka melontarkan satu lagi pusingan tuduhan terhadap Anwar.
Tok Guru Nik Aziz Sokong Himpunan Aman Bersih 2.0
KUBANG KERI
AN, 24 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah mengadakan hmpunan aman Bersh 2.0 terpaksa diambil oleh rakyat negara ini sebagai tanda mereka amat membenci ketidakadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diamanahkan untuk mengendalikan pilihan raya negara secara telus.
Katanya, perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan pada 9 Julai ini wajar diikuti oleh seluruh rakyat negara ini bagi memberi isyarat agar SPR bertindak seadil yang boleh.
“Kita diberi pilihan untuk membuat sesuatu yang baik, kita tidak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak orang lain, oleh itu bagi umat Islam tindakan membantah perkara ini adalah amat wajar dan sesuai dengan naluri manusia yang inginkan kebaikan bagi diri mereka,” ujar beliau.
Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang membantah sebahagian rakyat negara ini untuk mengadakan demonstrasi aman Bersih 2.0 tu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran derma pembinaan masjid dan perletakan batu asas Masjid Al-Qasimi Pasir Tumboh selepas solat Jumaat sebentar tadi.
Turut hadir Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian serta Adun Pasir Tumboh Ahmad Baihaki Atiqullah.
Menyentuh tindakan kerajaan negeri memboikot akhbar Utusan Malaysia, beliau berkata ia akan berterusan selagi akhbar tersebut berminat untuk menyiarkan sesuatu perkara yang melampaui batas seperti penghinaan terhadap agama Islam sendiri.
“Kalau mereka nak teruskan perangai tersebut, mereka boleh berbuat demikian, tetapi kita juga ada hak untuk tidak membenarkan liputan mereka,” kata beliau lagi.
Sementara itu, Salahuddin berharap masyarakat setempat dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha pihak jawatankuasa masjid Al-Qasimi untuk membina bangunan tambahan yang dijangka bernilai lebih RM1 juta.
“Kita boleh memberi sumbangan berbentuk kewangan, bahan binaan maupun tenaga bagi melihat pembinaan masjid ini berjalan lancar, saya juga menyeru badan-badan korporat agar sama-sama menyumbang bagi pembinaan masjid ini,” kata beliau.Hrkh
