Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Jumaat, 8 Oktober 2010
Ibrahim Ali Tak Berani Sahut Cabaran Khalid Samad

Dalam SMS kepada FMT, ahli parlimen bebas Pasir Mas itu menulis "Tidak penting untuk melayan."
Tokoh politik veteran itu juga tidak memberi respon sama Perkasa akan berkempen membantu BN mendapatkan pengundi Melayu.
Rabu lalu, Khalid telah mencabar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil Galas untuk membuktikan Perkasa tidak disokong Umno.
SPR menetapkan 26 Oktober sebagai hari penamaan calon dan 4 Oktober hari mengundi.
Pilihanraya kecil Galas diadakan berikutan kematian Adun PAS, Che Hashim Sulaima, pada 27 September lalu akibat kanser.
Beberapa pemimpin Umno termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin tidak senang jika Umno rapat dengan Perkasa.
Sebaliknya mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Umno akan kalah jika mengetepikan pertubuhan itu. FMT
Pengerusi MCA Bahagian Bukit Bintang Keluar Parti Sertai PKR
KUALA
LUMPUR: Pengerusi MCA bahagian Bukit Bintang Datuk Dr Lee Chong Meng, Khamis, mengumumkan keputusan beliau untuk keluar dari parti itu dan dengan rasminya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Lee, yang popular dengan panggilan "Doktor ayam" berkata beliau sudah menghantar surat perletakan jawatannya dapat parti kepada ibupejabat MCA tengah hari Rabu selepas beliau kembali dari luar negara.
Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi di sini Khamis beliau berkata pada mulanya memang beliau keberatan untuk meninggalkan parti.
"Namun apabila presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat pengumuman yang saya akan digantung keanggotaan atas tuduhan menyalahguna peruntukan kerajaan, saya memutuskan sudah tiba masaya saya tinggalkan parti," katanya.
Lembaga Disiplin MCA sebelum ini mencadangkan supaya keaggotaan Lee digantung selama tiga tahun atas dakwaan beliau menyalah guna peruntukan yang diberikan kerajaan pada 2008.
Khabar angin mengenai penyertaan Lee dalam PKR sudah bermula sejak Jun lepas apabila beliau mengaku ada mengisi borang permohonan keanggotaan parti itu, namun tidak menandatanganinya.
Lee menafikan beliau menyalah guna peruntukan kerajaan pada 2008, dan menjelaskan bahawa peruntukan RM60,000 itu adalah untuk aktiviti Tahun Baru Cina di mana beliau sendiri mengeluarkan belanja RM40,000 untuk menjayakan acara bagi aktiviti itu. - BERNAMA
Khamis, 7 Oktober 2010
Tok Guru Gila : Susulan Laporan Polis Pas Besut,Respon Umno Besut

Timbalan Ketua
UMMO Bahagian Besut, Nawi Mohamad (gambar kiri ) berkata, perkataan gila ke atas Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh penceramah program itu bukan merujuk kepada masalah mental.Menurutnya, apa yang diperkatakan penceramah jemputan iaitu Pengerusi Jemaah Pondok-Pondok Seluruh Kelantan, Abdullah Saamah bukan bermaksud Nik Aziz gila dari segi mental.
“Gila banyak jenis seperti orang gila motosikal vespa, gila gasing iaitu merujuk kepada minat yang bersungguh-sungguh termasuk gila kuasa,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pas Kawasan Besut yang menuntut UMNO Bahagian Besut memohon maaf dalam tempoh 24 jam berikutan ceramah anjuran UMNO Bahagian itu bertajuk DAP Anti Islam selain gelaran ‘gila’ terhadap Nik Aziz.
Katanya, Pas jangan berfikiran sempit sebaliknya perlu menafsir perkataan itu kepada maksud yang lebih luas.
Mengenai laporan polis yang dibuat Pas Kawasan Besut, semalam susulan tiada tindak balas terhadap desakan mereka, Nawi berkata itu hak mereka untuk berbuat demikian.
Panas !!! Pemimpin Ajaran Sesat Ayah Pin Kembali Buat Hal

Ayah Pin yang kelihatan uzur kerana menghidap penyakit kencing manis, ditemui wakil Berita Harian ketika menyertai seorang sau-dara terdekat ke perkampungan berkenaan pada Isnin lalu.
Mereka berkumpul di warung berkenaan untuk mendengar ajaran Ayah Pin.
Antara yang hadir adalah pengikutnya dari Selangor, Pahang serta Mersing dan Batu Pahat, Johor, yang datang menaiki pelbagai kenderaan mewah termasuk Toyota Wish dan Mitsubishi Grandis.
Pengikut ajaran itu termasuk peguam, pegawai bank, guru serta penduduk Orang Asli dari Rompin.
Sejurus berdepan Ayah Pin yang hanya berseluar pendek dan memakai singlet putih, duduk di sebuah kerusi dalam warung terbabit sambil menghisap rokok. Semua pengikutnya mengangkat sembah sebanyak tiga kali sebelum melutut dan mencium tangannya.
Ketika pertemuan itu, Ayah Pin turut menceritakan pengalamannya naik ke langit hingga aras ketujuh untuk meninjau keadaan syurga dan neraka serta mendakwa dia turut menyertai sesi mesyuarat dengan malaikat, jin dan iblis sebelum jin dan iblis kembali ke bumi, manakala malaikat kekal di langit sejurus selepas mesyuarat berkenaan tamat.
“Saya dilantik sebagai wakil kerajaan langit untuk memantau keadaan di atas dunia dan ditugaskan supaya memastikan ia selamat dan tiada sebarang sengketa sesama sendiri, baik yang beragama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.





