Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 24 April 2010

Hulu Selangor:Najib Bersumpah Lagi !!!

HULU SELANGOR, 24 April — Selepas tiga hari mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sudah mengetahui “kesemua” rahsia Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, Datuk Seri Najib Razak bersumpah sekali lagi - beliau tidak sama sekali kenal wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh empat tahun lalu.
Perdana Menteri dengan membacakan ayat-ayat suci bersumpah ketika berucap dalam kempen pilihan raya kerusi Parlimen Hulu Selangor di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung kira-kira 10.30 malam tadi.Hari ini hari terakhir kempen pilihan raya kecil ini.
Najib ucapkan sumpah beliau selepas menyentuh kes liwat kedua Anwar membabitkan bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhhari Azlan.

Hulu Selangor:Pakatan 51.7 peratus, BN 48.3 peratus-Zentrum





 Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor terpaksa melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini.
Apapun, yang pasti pertembungan antara Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili PKR dan P Kamalanathan dari BN esok dijangka sengit.
Sehingga saat ini, kedua-dua parti menggunakan tempoh kurang daripada 10 jam berkempen untuk menggerakkan jentera masing-masing hingga ke saat terakhir dalam misi menawan hati pengundi, apabilah pengundian bermula jam 8 pagi esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengetuai jentera BN menggempur kawasan-kawasan yang dipercayai kubu pembangkang.

Manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pemimpin lain bertungkus lumus cuba mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti tipis, 198 undi datipada jatuh ke tangan BN.
Mursyidul Am PAS yang jelas uzur dan terpaksa bertongkat juga sedang berkempen dan bertemu pengundi di Hulu Selangor.
Lim Kit Siang dan Nik Aziz bertungkus memainkan peranan untuk tawan hati pengundi.

Cabaran Debat Anwar,Apa Kata Najib

RASA, 24 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau lebih suka berjumpa rakyat daripada memikirkan mengenai cabaran berdebat dengan Ketua Pembangkang.
Najib berkata, beliau tidak mengambil kisah mengenai cabaran tersebut kerana apa yang perlu diutamakan ketika ini adalah memberi masa depan yang terjamin untuk rakyat.
“Mana ada dalam perancangan nak berdebat dengan Anwar Ibrahim di Kuala Kubu Baru. Tak ada. Saya lebih suka kalau dapat jumpa dengan anda kerana lebih banyak faedah yang diperolehi daripada berjumpa dengannya.
“Oleh itu kita jangan ambil kisah apa yang dilakukan pembangkang kerana mereka lebih mementingkan politik daripada memperjuangkan agenda rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis kenduri rakyat di Kampung Melayu Rasa di sini, hari ini.

Hasan Ali nafi guna masjid untuk berpolitik

SHAH ALAM - Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menafikan beliau mengingkari arahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak menggunakan masjid sebagai medan untuk berpolitik.

Beliau berkata, laporan akhbar hari ini yang menyatakan beliau telah menyentuh perkara berkaitan politik ketika menyampaikan khutbah di Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Hulu Selangor semalam adalah tidak benar dan merupakan satu tuduhan semata-mata.

"Terdapat juga tuduhan yang menyatakan saya terlupa untuk membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam khutbah kedua yang merupakan rukun sahnya khutbah, sebaliknya saya membacanya," katanya.

Hasan berkata, apa yang disampaikan ketika khutbah ialah mengenai pembangunan yang tidak seimbang dan kesannya dengan memetik beberapa pandangan ahli fikir Islam yang menyatakan hanya Islam yang menjadi faktor bagi menyelesaikan masalah umat.SH

Gambar:Tok Guru Nik Aziz Di Hulu Selangor


Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....