Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 26 November 2009

Borang2 Tak Dihapus,Pas Tetap Gesa Undi Pos




Pas masih tetap dengan desakannya meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghapuskan sistem undi pos walaupun permintaan mereka supaya Borang 2 sistem undi berkenaan tidak tercapai.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Suhaizan Kayat berkata Pas lebih menekankan penghapusan sistem undi pos kerana sistem berkenaan menimbulkan manipulasi pihak ketiga.

Sehubungan itu, beliau mahu sistem pengundian awal diperkenalkan untuk mengelakkan berlakunya sebarang penyelewengan semasa proses pengundian.

"Sebab itu saya sebenarnya tak pandang kepada Borang 2.Pada saya yang penting adalah undi pos ini mesti dimansuhkan itu sahaja, kalau kita terima Borang 2 kita terima konsep undi pos itu secara keseluruhan.”

“Tapi kepada saya undi pos ini perlu dimansuhkan, ditukar kepada proses pengundian advance vote(pengundian awal) maknanya ini pernah dicadangkan oleh SPR,maknanya dia buat advance vote(pengundian awal) maksudnya macam ni pengundi yang betul-betul kritikal pada masa itu sahaja yang dibenarkan mengundi awal”,katanya.

Suhaizan berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri di Parlimen semalam bahawa penggunaan borang 2 dalam sistem undi pos tidak akan dihapuskan.

Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bersama 15 wakil Pas Pusat telah mengadakan pertemuan dengan SPR yang diketuai oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bersama 15 pegawainya.

Dalam pertemuan berkenaan PAs mengemukakan beberapa cadangan kepada SPR iaitu meminta supaya Borang 2 dihapuskan kerana ia merupakan faktor ketakutan kepada pengundi pos.

Suhaizan juga berkata pengundian awal yang dicadangkan hanya melibatkan pengundi yang dikategorikan sebagai kritikal seperti pelajar, anggota tentera dan juga duta-duta Malaysia yang berada di luar negara.

“Jadi kalau katakan ada satu pilihanraya maknanya mereka yang terlibat ini sahaja yang perlu buat report kepada SPR menyatakan dia pengundi disini, sini dan dia memohon untuk membuat pengundian awal,golongan ini sahaja,yang lain tak terlibat dengan masa krtikal ini mengundi seperti biasa",katanya.TVS

Mohd Amar Setuju Ahmad Yakob Jadi MB Kelantan

KOTA BAHARU: Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bersetuju supaya Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, dilantik Menteri Besar sebagaimana saranan anggota Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa.

Beliau menyokong kenyataan Husam semalam bahawa Ahmad yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan sebagai pemimpin paling layak dilantik Menteri Besar Kelantan, jika Nik Abdul Aziz Nik Mat, melepaskan jawatannya.

Nik Amar berkata tanpa dipengaruhi mana-mana pihak, beliau secara peribadi menyatakan sokongan itu berdasarkan kedudukan Timbalan Menteri Besar itu sebagai pemimpin paling senior dalam kepimpinan kerajaan negeri itu.

"Berdasarkan hiraki parti, Datuk Ahmad (Yakob) paling layak memegang jawatan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penghayatan wukuf peringkat negeri di Pusat Tarbiayah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, dekat sini, hari ini.

Ditanya mengenai kenyataan Husam tidak dicalonkan sebagai Menteri Besar bagi mengambil alih tempat Nik Aziz jika Menteri Besar melepaskan jawatannya, Mohd Amar berkata itu pendapat peribadi Husam sendiri.

"Itu hak dan soal dia, saya tidak boleh kata apa," katanya.

Isu itu tercetus apabila Mohd Amar sebelum ini membuat kenyataan mencadangkan supaya Nik Aziz menamakan calon yang bakal menggantikannya bagi mengelakkan berlaku sebarang perebutan dalam parti bila beliau berundur.

Menurutnya, kenyataan beliau yang dikeluarkan oleh laman web The Malaysian Insider itu tidak berniat meminta Menteri Besar berundur lebih awal daripada sepatutnya.

"Saya membuat kenyataan itu sebagai jawapan kepada salah satu daripada persoalan yang dikemukakan wartawan laman web itu baru-baru ini, tidak lebih dari itu," katanya.

Sementara itu, Nik Aziz yang ditemui selepas itu tidak mahu ditemubual oleh wartawan kerana alasan penat berucap di majlis itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga tidak mahu berbuat demikian. BERNAMA

EGM II MCA dibatal, pemilihan baru waktu terdekat




Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA Sabtu ini, yang dirancang oleh kumpulan bertelagah, dibatalkan manakala pemilihan baru akan diadakan dalam waktu terdekat.

Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengetuai kumpulan yang menggerakkan EGM itu mengumumkan bahawa pemilihan baru akan berlangsung secepat mungkin.

Oleh itu EGM Sabtu ini akan digantikan dengan sesi taklimat, kata Liow yang juga Naib Presiden parti.

“Ia (tarikh) akan diumumkan secepat yang mungkin, sebaik sahaja masa (sesuai) diperoleh kami akan membuat pengumuman.

“Kami perlu menghormati kesemua pihak yang terbabit,” kata Liow yang juga Mentri Kesihatan di Ibu Pejabat MCA di sini hari ini.

Sehubungan itu Liow memberitahu Mesyuarat Agung Tahunan yang dijadualkan 5 Disember ini juga akan dibatalkan.

Difahamkan keputusan itu dicapai ekoran tekanan daripada Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini melangkah untuk menyelesaikan kemelut komponen kedua utama itu.

Semalam Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata EGM II akan diteruskan kecuali ada tarikh yang ditetapkan untuk pemilihan baru parti.

Beliau berharap semua perwakilan pusat MCA akan menghadiri EGM itu kerana persediaan sedang giat dijalankan untuk mesyuarat berkenaan.

Ia juga dipercayai sebahagian daripada hasil perbincangan dua pemimpin parti MCA yang bertelagah — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Liow — bertemu Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Mentri baru-baru ini dan menyatakan persetujuan untuk mengadakan pemilihan parti yang baru.

Liow pula berpendapat agar ia dijalankan pada bulan depan atau Januari manakala Chua dan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat mencadangkan agar pemilihan diadakan Mac tahun depan ataupun selepas itu.

Mengulas lanjut, Liow menekankan bahawa objektif Pasukan Petugas Pemulihan Integriti MCA (MIRT) telah tercapai kerana konsensus tiga pihak telah dipersetujui.

“Pelan pemilihan jawatankuasa pusat MCA sudah dirangka dan akan dipanggil pemilihan baru dalam waktu terdekat.

“Ini bermakna usaha MIRT telah selesai dan sedang menanti untuk pemilihan baru bagi memastikan perpaduan dan kestabilan parti,” katanya. - themalaysianinsider

Pusat digesa bersikap terbuka umum laporan tragedi Bukit Antarabangsa


PETALING JAYA, Nov 26 — Kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) digesa bersikap terbuka dengan mendedahkan kandungan penuh laporan tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa selaras dengan moto "Rakyat Didahulukan, Pencpaian Diutamakan".

Dalam gesaannya, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berkata, pendedahan kandungan laporan ini penting bagi menjaga keselamatan penduduk Bukit Antarabangsa dan membantu mereka dalam perancangan masa depan masing-masing.

Zuraida menambah, kerajaan persekutuan tidak perlu takut dan patut bersikap terbuka, telus dan bertanggungjawab dan mencontohi kerajaan negeri Selangor dalam isu ini.

"Apatah lagi, Bukit Antarabangsa telah diklasifikasikan sebagai kawasan tadahan air di bawah Rancangan Fizikal Negara yang memerlukan usaha pemuliharaan yang tinggi.

"Sesungguhnya slogan ’1Malaysia’ yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri semakin sayup dan malap bagi penduduk Bukit Antarabangsa yang telah menunggu selama satu tahun untuk mengetahui hasil siasatan tragedi tanah runtuh yang meragut lima nyawa," kata wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat ini dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, penduduk Bukit Antarabangsa menyambut baik usaha kerajaan negeri untuk mengubah semula status Laporan Siasatan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa.

"Sekali lagi, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam melindungi keselamatan dan kepentingan rakyat negeri Selangor," katanya.

Bagaimanapun kata Zuraida, pihkanya kecewa apabila penduduk Bukit Antarabangsa mengadu laporan yang sepatutnya dijual oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) masih belum boleh diperoleh.

"Ini berikutan keputusan Kementerian Kerja Raya untuk tidak mengeluarkan laporan tersebut dengan alasan Kabinet tidak bersetuju untuk mengubah status laporan; dalam kata lain laporan ini masih menjadi rahsia Kerajaan.

"Sebagai Ahli Parlimen Ampang, saya merayu agar Kerajaan Persekutuan membenarkan penyiaran laporan tersebut untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya tragedi lebih besar pada masa akan datang akibat kegagalan mendedahkan sebab musabab tragedi tersebut," katanya.

Hasil laporan ini sangat penting untuk diketahui oleh orang ramai bagi melanjutkan perbincangan dalam usaha mempercepatkan proses mengeluarkan peraturan bagi pembangunan di kawasan cerun Bukit Antarabangsa dan kawasan tanah tinggi lainnya di Selangor," kata Zuraida lagi.

Minggu lalu Khalid mengumumkan bahawa laporan siasatan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa akan didedahkan kepada umum Isnin lalu.

Khalid mengubah status klasifikasi dokumen itu dengan menggunakan haknya sebagai Menteri Besar mengikut Seksyen 2c Akta Rahsia Rasmi bagi membolehkan orang ramai mendapatkan kandungan laporan berkenaan daripada MPAJ.

Bagaimanapun Kementerian Kerja Raya melarang kerajaan negeri daripada berbuat demikian dan Khalid menangguhkan keputusan mengedarkan salinan laporan siasatan itu.

Kementerian Kerja Raya menegaskan, MPAJ perlu memohon untuk mendedahkan kandungan laporan siasatan tanah runtuh itu kepada umum.TMI

Tahniah buat Anak Buah Ambo

GEMBIRA ...(dari kiri) Mohd Nazri, Siti Noor Hanisah dan
Muhammad Shahrul Nizam.

KUALA LUMPUR: Walaupun sering menyertai pelbagai peraduan anjuran Harian Metro, ini kali pertama dia mendapat hadiah percutian ke luar negara.

Tuah menyebelahi pegawai eksekutif, Siti Noor Hanisah Osman yang dipilih pemenang pertama Peraduan 2009 Sebab Untuk Menikmati Singapura yang berlangsung dari 5 hingga 12 November lalu, anjuran Harian Metro dan Lembaga Pelancongan Singapura.

Menurutnya, dia terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang pertama memandangkan hanya mencuba nasib dengan menghantar satu penyertaan.

“Saya dan suami sering menyertai pelbagai peraduan anjuran Harian Metro namun agak berbeza untuk peraduan kali ini kerana kami menghantar satu penyertaan. Mungkin ini rezeki kerana terpilih pemenang pertama,” katanya yang membawa pulang pakej percutian tiga hari dua malam untuk keluarga seramai empat orang (dua dewasa dan dua kanak-kanak) ke Singapura, baucar membeli-belah bernilai S$300 (RM729.36) dan sebuah komputer riba Acer yang boleh ditebus di Singapura.Harian Metro

Ulasan Tinta Hijau DKB:

Tahniah buat anak buah ambo,Imran Shahril dan isteri Siti Noor Hanisah. Nampaknya demo mene lagi Peraduan.Untuk pengetahuan pembaca,mereka berdua dah menang berpuluh puluh peraduan.Dah rezeki mereka kat situ.Tuah badan la katakan.Takkan tak bulih hulur sikit2 kat ayoh su..he..he..Laptop tu jual lah murah2,mudah sikit kawe Update Blog kah..kah.. kah..Untuk mengenali beliau dengan lebih dekat dan berkongsi pengalaman berkaitan berbagai peraduan klik disini.

Royalti:Siapa yang berbohong - ayah atau anak?

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/najibataurazak.jpg

KUALA TERENGGANU - Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat, Lim Kit Siang telah mempersoalkan, siapakah antara dua yang berbohong tentang hak mendapat bayaran wang royalti petroleum, adakah ayah atau anak?

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/Najib%20Razak.jpgBeliau berkata demikian di Parlimen baru-baru ini ketika membahaskan Bajet 2010 pada peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.

Katanya pada 3 November lalu, ketika sesi menjawab soalan, Dato’ Seri Najib Razak berkata kepada Parlimen bahawa daripada aspek undang-undang, Kelantan dan Terengganu tidak berhak atas royalti minyak kerana pengeluaran minyak dilakukan di luar pantai kedua-dua negeri itu.

"Operasi pengeluaran dalam perairan mereka (Terengganu dan Kelantan) di definasikan sebagai kawasan tidak lebih tiga batu nautika yang diukur mulai dari tanda air rendah atau garis pantai negeri,

"ketika ini, tidak ada pengeluaran minyak di perairan Kelantan ataupun Terengganu. Oleh itu, dari sudut undang-undang, Kelantan tidak mempunyai hak untuk menuntut royalti minyak, sama seperti Terengganu ,"kata Najib.

Menurut Lim Kit Siang, jawapan Najib jelas bertentangan dengan jawapan yang diberikan oleh ayahnya, Tun Razak ketika beliau menjawab soalan beliau (Lim) sebagai Perdana Menteri kedua di Parlimen tentang isu yang sama pada tahun 1975, 24 tahun yang lalu.

Justeru dipaparkan Soal Jawab dari Hansard Parlimen pada 12 November, 1975:

Tuan Lim Kit Siang minta Perdana Menteri menyatakan samada semua negeri di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah telah menandatangani perjanjian dengan Petronas untuk mencarigali minyak di sepanjang pantai dan samada perjanjian tersebut mengandungi apa-apa syarat dan kepentingan bersama. Nyatakan juga keuntungan bersama yang akan diterima oleh tiap-tiap negeri.

Perdana Menteri (Tun Razak): Tuan Yang di-Pertua, semua negeri di Malaysia, melainkan Sabah dan Selangor, telah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petrolium, 1974. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor pun telah bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petrolium yang dijumpai dan diperolehi di negeri masing-masing samada yang diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh Petronas ataupun ejensi-ejensi ataupun konraktor-kontraktornya.


Oleh yang demikian, beliau meminta Najib (anak) yang juga Perdana Menteri keenam untuk menjaga komitmen ayahnya, Tun Razak.

Katanya, ayah Najib (Tun Razak) yang juga kedua Perdana Menteri Kedua menyatakan Kelantan dan Terengganu adalah berhak keatas bayaran 5% royalti minyak bagi aktiviti pengeluaran minyak "samada di darat atau di luar pantai", sebagaimana termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974,

Lim berkata lagi, salah seorang arkitek Akta tersebut adalah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang telah bercakap benar di atas hak-hak perundangan Kelantan dan Terengganu keatas 5% royalti minyak yang dihasilkan di luar pantai dan bukan sebagai "wang Ihsan".

“Jika tidak, slogan 1Malaysia Najib hanya akan menjadi bahan jenaka, jika hak-hak perundangan dan status negeri-negeri keatas bayaran royalty petroleum terus dipolitikkan,

”dan bergantung samada adakah UMNO / Barisan Nasional yang berkuasa, sebagaimana yang terjadi kepada Terengganu dan Kelantan,”katanya dalam satu kenyataan melalui laman blognya.BO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....