Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Ahad, 28 April 2013
Sabtu, 27 April 2013
PRU 13 : Berita Yang Disiar TV Thailand Tapi Tak Tersiar Di TV Malaysia
KUALA LUMPUR 27 APRIL: Berbeza dengan media perdana di Malaysia,
laporan berita di Thailand lebih telus apabila menyiarkan hasil kajian
berkaitan populariti antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri
Najib Razak.
Seperti yang dilapor Keadilan Daily
sebelum ini, kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya
Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan 43 peratus memilih Anwar sebagai
Perdana Menteri (PM) berbanding Najib yang hanya memperoleh 39 peratus.
Berdasarkan
kajian tersebut, berita Thailand menyiarkannya dengan tujuan untuk
santapan berita rakyat utara Semenanjung termasuk Kedah, Kelantan dan
Perlis yang berhampiran sempadan Thai kerana mereka juga mendapat siaran
TV Siam.Di Malaysia, bagaimanapun kajian itu hanya dilapor media alternatif dan portal berita.
“Ironinya, di luar negara, hasil-hasil kajian seperti ini akan
menjadi berita utama terutama menjelang pilihan raya,” kata Pengarah
Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad mengulas perkara itu.
Menurut calon Dewan Undangan Negeri Seri Setia itu, di Malaysia,
terdapat banyak pusat kaji selidik, tetapi apabila hasil kajian tidak
menyebelahi Najib, media perdana turut dilarang menyiarkannya.
“Kita ada Merdeka Centre dan sebagainya, tetapi hanya apabila kajian
menyebelahi Najib dan pimpinan BN, barulah media perdana laporkan. Jika
berlaku sebaliknya, jangan haraplah liputan berpihak kepada kita, dan
ini menjadi kebiasaan di Malaysia,” kata Nik Nazmi.
“Bagaimanapun, kita yakin kajian itu petanda kemenangan Pakatan Rakyat pada 5 Mei nanti.“Keyakinan ini bukan sahaja berdasarkan peratusan itu, tetapi melalui
kempen dan respon yang kita terima semasa bertemu pengundi,” jelasnya.KD
Video : Perangai Hodoh Calon BN Terserlah Bila Bertembung Dengan Calon Pas
Respon Che Mat Jusoh(Calon BN Dun Batu Burok) kepada RAJA BAHRIN (Calon PAS/Pakatan Rakyat Parlimen Kuala Terengganu) bilamana ditanya khabar di jawab :
CMJ: "Baru nak turun kapung, tok sey hok gitu"
RB: "Kita setahun doh (penglibatan RB sebagai Pengerusi NGO AMANAH Cawangan Terengganu) Tok"
CMJ: "..kenal lama doh, bukannya hari ni",
RB: "Apa masaalah Datuk??" (dengan ketawa - barangkali geli hati dengan gelagat CMJ)
"Selingan" dari Lawatan RAJA BAHRIN & SYED AZMAN ke Pasar Minggu Kuala Ibai.Undi Raja Bahrin untuk Parlimen Kuala Terengganu(P36).Pakatan Harapan Rakyat.Sumber
Jumaat, 26 April 2013
Khamis, 25 April 2013
Lagi Bekas Pegawai Tinggi Tentera Sertai Pas
Bekas Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir.
Ismail Bin Samion [dua dari kanan] mengumumkan penyertaannya ke dalam
PAS
KUALA LUMPUR: Seorang lagi tokoh masyarakat
mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS hari ini sebagai penyataan
sokongan kepada Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.
Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail bin Samion, adalah bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNN) menyerahkan borang permohonannya kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
Turut serta di majlis yang diadakan di Pusat Media PAS itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail bin Samion, adalah bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNN) menyerahkan borang permohonannya kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
Turut serta di majlis yang diadakan di Pusat Media PAS itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz
ketika mengalu-alukan kemasukan Ismail, berkata lonjakan ini akan
memberi ruang kepada mana-mana bekas tentera untuk tampil berani
bersama-sama menyokong Pakatan Rakyat.
"Bukan sahaja bekas tentera, malah anggota tentera yang masih
berkhidmat pun perlu bersama-sama berani membuat perubahan. Sehubungan
itu, saya menyeru yang lain, khususnya TUDM untuk menjejaki langkah
Datuk Ismail ini," kata beliau kepada wartawan.
Mustafa pula menyifatkan kemasukan Ismail itu merupakan satu gambaran kesedaran yang menyeluruh di kalangan rakyat yang mahukan perubahan.
"Saya melihat kemasukan daripada kalangan bekas pegawai kerajaan, sama ada tentera ataupun sivil, ia satu gambaran kesedaran yang menyeluruh untuk membuat perubahan," kata beliau.
Beliau juga berharap dengan kemasukan Ismail ini akan memperkemaskan lagi jentera kempen Pakatan Rakyat, khususnya di Kedah.
Mustafa pula menyifatkan kemasukan Ismail itu merupakan satu gambaran kesedaran yang menyeluruh di kalangan rakyat yang mahukan perubahan.
"Saya melihat kemasukan daripada kalangan bekas pegawai kerajaan, sama ada tentera ataupun sivil, ia satu gambaran kesedaran yang menyeluruh untuk membuat perubahan," kata beliau.
Beliau juga berharap dengan kemasukan Ismail ini akan memperkemaskan lagi jentera kempen Pakatan Rakyat, khususnya di Kedah.
Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009











