Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 12 September 2012

PRU 13 : Selangor sah tak ikut Pusat

PETALING JAYA 12 September: Selangor tidak akan menyertai Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Hasil perbincangan dengan Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Selangor memutuskan untuk tidak akan bersama Kerajaan Pusat dalam PRU 13,” katanya.

“Saya secara peribadi menyokong keputusan itu kerana sehingga kini belum ada apa-apa tindakan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membersihkan nama pengundi di Selangor,” jelas beliau pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan Rakyat menghormati pendirian Menteri Besar Selangor ekoran masalah pengundi yang tidak mendapat kerjasama daripada SPR.

“Kita setuju dengan setiap keputusan ketua pentadbiran setiap negeri, seperti Kelantan yang mengesahkan akan turut serta dan Selangor tidak, manakala Pulau Pinang dan Kedah masih belum memberi kata putus,” katanya.

Konvensyen Mega Pakatan 3 November

Dalam pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang turut hadir mengumumkan Konvensyen Mega Pakatan Rakyat akan berlangsung pada 3 November depan.

Kata Anwar, pada konvensyen itu nanti, seluruh jentera akan dikerah untuk mendengar taklimat pilihan raya.

“Kita akan kumpul semua jentera parti di seluruh negara bagi memberi taklimat tentang persediaan menghadapi pilihan raya,” katanya.

“Kita jangkakan pilihan raya pada akhir Oktober atau awal November. Jadi di konvensyen itu nanti, kita akan menggembeling seluruh jentera,” jelas beliau.

Konvensyen Mega Pakatan Rakyat itu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan dijangka bakal mengumpul jumlah hadirin yang besar.

“Kita harap tak ada masalah untuk mendapatkan stadium,” katanya.

Anwar turut mengumumkan Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat yang bakal dianjurkan di Stadium Melawati Shah Alam 28 September ini.KD

Provokasi samseng Umno gagal halang Jelajah Merdeka Rakyat ke Johor

KUALA LUMPUR 12 September: Provokasi samseng Umno sebelum ini tidak membantutkan program Jelajah Merdeka Rakyat meneruskan perjalanannya ke Johor Jumaat ini.

Seperti biasa, bas jelajah akan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama lain-lain pimpinan KEADILAN turun padang bertemu rakyat sempena sambutan Aidilfitri.

Program kali ini dijadual dimulakan dengan solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak, Ledang sebelum bergerak ke Rumah Terbuka di Pejabat KEADILAN Ledang.

Anwar akan turut meraikan Majlis Rumah Terbuka di Muar dan Sri Gading.

Bermula jam 8 hingga 12 malam, Majlis Makan Malam Merdeka Rakyat akan berlangsung di Sutera Mall, Skudai.

Pada majlis itu, Anwar bersama pimpinan utama KEADILAN akan menyampaikan ceramah.

Mereka terbabit adalah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali; Setiausaha, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Naib Presiden, Datuk Seri Chua Jui Meng.

Turut sama berucap Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dan Ahli Dewan Undangan Sungai Pinang, Teng Chang Kim.

Program jelajah itu dilancarkan pada 31 Ogos lalu dengan menyelusuri empat negeri termasuk Pahang, Kelantan, Perak dan Kedah.

Bagaimanapun, usaha murni mendekati rakyat ini mendapat tentangan apabila berlaku insiden baling batu dan simbah cat ke atas bas sewaktu konvoi berada di Kota Bharu, Kelantan minggu lalu.

Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dewan solat.

Pada 8 September lalu, sekumpulan 30 samseng Umno menyerang bas jelajah Merdeka Rakyat dengan membaling batu, botol air mineral dan melempar plastik cat merah ke arah bas Merdeka Rakyat di Kampung Rim, Jasim, Melaka.KD

Calon PRU 13 : MB Kedah enggan campur tangan

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyerahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat untuk memuktamadkan calon Pas Kedah yang layak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, berkata, perkara itu di bawah bidang kuasa Pusat dan pemimpin yang paling layak untuk mengulas isu berkaitan calon PRU13 adalah pemimpin Pusat.

“Tidak sesuai saya ulas berkaitan calon Pas Kedah, yang paling layak ialah pemimpin Pas Pusat,” katanya ringkas ketika dihubungi semalam.

Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sinar Harian semalam yang menyebut bahawa Pas sudah selesai memuktamadkan calon PRU13, di mana 95 peratus daripadanya mendapat persetujuan Majlis Syura.

Menurutnya, buat masa ini, beliau lebih gemar berdiam diri sehingga keputusan rasmi dikeluarkan oleh Pas Pusat.

“Saya tidak mahu dilabel ‘campur tangan’ dalam isu Pusat. Biarlah Majlis Syura selesaikan. Lebih elok saya tumpu pada urusan pentadbiran negeri,” katanya.

Kelmarin, sumber terdekat Majlis Syura mendedahkan, hampir kesemua nama dibawa ke Majlis Syura mendapat perkenan badan tertinggi Pas itu.

Sekitar lima peratus masih di peringkat penelitian di peringkat negeri dan kawasan masih meneliti senarai pendek buat kali terakhir. Sumber memberitahu, tidak banyak perubahan dalam senarai yang dikemukakan.SH

Video & Gambar : Cara Najib,Rosmah Dan Menteri Umno Sambut Aidilfitri




Selasa, 11 September 2012

Polis Cari Samseng Umno Yang Kencing Gambar Tok Guru Nik Aziz Dan Tok Guru Hj Hadi

Pakaian dan topi mereka terpampang jelas logo BN.Foto - Greenboc
Perbuatan biadab yang sukar dimaafkan

K
uala Terengganu - Polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan menghina gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang disiarkan di sebuah portal berita Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah/Perundangan Terengganu Supt Luqman Abdul Rahman berkata siasatan dilakukan setelah polis menerima laporan berkenaan perkara itu di Balai Polis Kerteh, Kemaman, Sabtu lepas.

Kawad cam berjaya kenal pasti samseng Umno

JASIN 11 September: Seorang samseng Umno yang terlibat dalam insiden simbah cat ke bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka Sabtu lalu berjaya dikenal pasti oleh peserta rombongan semasa proses kawad cam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, petang tadi.

Seramai 11 suspek dipanggil menjalani proses tersebut dan pengecaman itu dikesan oleh beberapa kakitangan KEADILAN yang mengikuti konvoi Merdeka Rakyat.

“Saya sahkan seorang individu iaitu pemuda bernama Sharidan yang memakai topi berwarna merah semasa insiden itu.

“Polis kemudian mengambil keterangan berhubung kawad cam, dan memberitahu bahawa saya ada mengambil gambar (Sharidan ketika insiden itu),” katanya.

Demikian kata beberapa kakitangan itu ketika ditemui selepas selesai menjalani kawad cam kira-kira jam 4.00 petang tadi.

Kakitangan itu juga difahamkan, kes yang sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 247 Kanun Keseksaan (merosakkan harta benda awam) ditukar kepada Seksyen 248 untuk membolehkan tangkapan dibuat.

Kakitangan itu diiringi dua orang peguam iaitu Damian Yeo dan Goh Han Koon.

Pada 8 September lalu, sekumpulan 30 samseng Umno menyerang bas jelajah Merdeka Rakyat dengan membaling batu, botol air mineral dan menyimbah cat ketika bas tiba di Majlis Sambutan Aidilfitri KEADILAN Jasin di Kampung Kelubi, Melaka.

Ia berlaku kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan.

Kedua-dua mereka telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut pada hari kejadian.

Minggu lalu, pada jelajah sulung Merdeka Rakyat ke empat buah negeri, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan.

Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dewan solat.KD

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....