Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 9 Ogos 2012

Menarik !!! Logo Merdeka Pakatan Rakyat

Logo rasmi sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-55 oleh Pakatan Rakyat. Logo tersebut dipilih dari pereka Ilusenidesign.com. Tentu Rais Yatim jeles!!Nampak agak menarik dan tak menampakkan milik sesiapa, hanya milik rakyat Malaysia!!

PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) sepakat menggunakan tema dan logo alternatif iaitu Sebangsa Senegara Sejiwa bagi menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini.

Perikatan itu akan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan PR peringkat kebangsaan di Selangor, 30 Ogos ini.

Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, PR sepakat menggunakan tema dan logo yang sama bagi sambutan peringkat kebangsaan PR dan empat negeri di bawah pemerintahan PR iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sedia menyambut menggunakan tema dan logo yang sama.

"Bagi sambutan Hari Malaysia pula, PR menetapkan sambutan akan diadakan di Sabah pada 15 September dan 16 September di Sarawak," katanya.

M’sia jadi bahan lawak a’bangsa jika halang bapa Altantuya

KUALA LUMPUR 9 Ogos: Malaysia akan jadi bahan lawak antarabangsa jika keluarga mendiang wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu dihalang memasuki negara ini, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.

“Jika ia dilakukan, bermakna Malaysia kena bersedia untuk dijadikan bahan lawak antarabangsa. Harap-harap perkara ini tak berlaku,” kata Gwo Burne, merujuk khabar angin mengatakan bapa Altantuya, Setev Shaaribuu dan seluruh keluarganya akan dihalang dari memasuki Malaysia.

Keluarga Altantuya dijadual tiba ke Malaysia untuk mengikuti pendengaran semula rayuan dua bekas pegawai khas Najib Razak yang dijatuhi hukuman mati akibat membunuh Altantuya, iaitu Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar pada 27 dan 28 Ogos ini.

“Itu hak keluarga mereka. Sebagai kerajaan yang terbuka, Malaysia mesti membenarkan mereka mengikuti perbicaraan,” tegas Gwo Burne ketika dihubungi.

Menurut Gwo Burne, beliau difahamkan oleh Pejabat Konsul Mongolia di Malaysia, pemakluman secara rasmi kehadiran Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri & Perdagangan dan Kementerian Keadilan Mongolia belum lagi dibuat.

“Tidak ada lagi maklumat tentang kehadiran dua Kementerian Mongolia itu ke Malaysia,” kata Gwo Burne yang sebelum ini mendesak Kementerian Luar Malaysia, menyantuni ketibaan delegasi pemerhati negara itu secara rasmi.

“Pegawai kerajaan Mongolia yang guna laluan diplomatik tidak perlu permohonan visa berbanding bapa Altantuya dan keluarganya. Mereka perlu memohon visa. Visa dikeluarkan pejabat konsul atau kedutaan mengambil masa lebih seminggu.

Video : Bekas Pegawai Kanan Polis Tolak Dakwaan Bersih 3.0 Mahu Guling Kerajaan




Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 cuba menggulingkan kerajaan adalah "longgar" dan tidak berasas kepada fakta, kata bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari.

"Daripada perkembangan yang berlaku, saya boleh katakan kenyataan itu, kenyataan yang longgar, kenyataan yang sangat longgar, tidak berasas kepada fakta yang nyata.

"Mungkin (dibuat) berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang tidak sahih," katanya.

PR tolak panel khas, mahu royalti dibayar segera

PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penubuhan Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Negeri-negeri Pantai Timur yang diumumkan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak, tidak perlu sebaliknya bayaran perlu diberi secara terus kepada Kelantan dengan segera.

Menurutnya, kerajaan pusat perlu membayar secara tunai kepada Kelantan seperti yang dinikmati oleh Sabah dan Sarawak.

"Saya menuntut agar Najib tidak berdalih lagi berhubung pembayaran royalti minyak kepada Kelantan. Kelulusan bagi pembayaran royalti harus dipercepatkan tanpa melalui jawatankuasa khas," tegasnya.

Anwar mendesak Najib agar dapat mengembalikan semula hak Kelantan yang selama ini dinafikan oleh kerajaan pusat.

Jawatankuasa itu akan dianggotai wakil kerajaan Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan sultan masing-masing. Ia akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa turut menyatakan persetujuan penubuhan jawatankuasa khas tidak diperlukan bagi menyelesaikan isu pemberian royalti minyak kepada Kelantan.

"Ini merupakan komitmen PR bagi mendesak agar Perdana Menteri mampu menyelesaikan perkara ini secepat mungkin," katanya.

Menurut beliau lagi, bayaran royalti perlu dibuat dengan segera kepada Kelantan tanpa sebarang kerenah yang mengambil masa terlalu lama.

"Kajian yang bakal diadakan enam bulan ini tidak perlu kerana ia memakan masa terlalu lama. PR menjangkakan enam bulan ini akan melepasi tarikh pilihan raya, taktik ini sekadar bagi melengah-lengahkan pembayaran royalti," katanya lagi.

Tambahnya, setakat ini belum ada lagi sebarang nama wakil jawatankuasa negeri Kelantan dan tiada sebarang perbincangan dibuat.SH

Khamis, 2 Ogos 2012

48 Jam Untuk Dr Puad Tarik Balik Fitnah Terhadap Anwar

SHAH ALAM 2 OGOS : Dr Mohd Puad Zarkashi diberi tempoh 48 jam bermula hari ini untuk menarik tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa Ketua Umum PKR itu membayar Datuk Seri Lajim Ukin untuk meletakkan jawatan dalam Umno- BN.

Naib Presiden PKR, N Surendran berkata, Anwar juga menuntut bahawa Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno menyiarkan permohonan maaf tanpa syarat dalam dua akhbar harian kebangsaan termasuk Sinar Harian dan juga menuntut ganti rugi dan kos undang-undang.

Apa-apa kegagalan oleh Puad untuk mematuhi tuntutan-tuntutan ini akan menyebabkan pengeluaran serta-merta Writ Saman terhadapnya.

“Kenyataan ini adalah satu pembohongan yang keji oleh Dr Puad sebagai Timbalan Menteri Persekutuan.

“Selaras dengan politik Umno fitnah dan pembunuhan watak, tiada bukti yang diberikan oleh Puad untuk menyokong dakwaan keterlaluan,” katanya dalam kenyataan media.

Ujar Surendran, kenyataan fitnah ini adalah bukti terdesak dan ketakutan Umno-BN dalam menghadapi kehilangan besar-besaran sokongan untuk BN di Sabah.

Perletakan jawatan Lajim yang berani dibuat demi kepentingan rakyat Sabah yang lama menderita di bawah pemerintahan yang menindas dan rasuah Umno-BN.

“Kami menyeru pemimpin-pemimpin Umno-BN untuk meninggalkan politik ‘fitnah’ dan sebaliknya bersama Pakatan Rakyat membahaskan persoalan berkaitan kepentingan negara,” katanya.TVS

Saham Felda jatuh kepada RM5 seunit

KUALA LUMPUR: Harga Saham Felda Global Vanture Holding (FGVH) yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu, terus mencatat penurunan sehingga RM5 seunit jam 1 petang tadi.

Semalam saham FGVH berharga RM5.12 seunit. Saham FGVH mula disenaraikan pada harga RM4.55 seunit, dan pernah mencecah kepada RM5.39 pada hari-hari awal disenaraikan.

FGVH merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook.

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia itu mendakwa telah menarik senarai pelabur terkemuka, termasuk pelaburan global Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd

Sebelum ini, Amanah Saham Johor mengambil masa lebih tiga bulan sebelum jatuh, namun untuk FGVH ianya dilihat satu sejarah apabila jatuh dalam masa yang begitu singkat.

Sementara itu, Presiden Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan membuat kenyataan berhubung kejatuhan itu.

Katanya, FGVH yang baru disenaraikan pada akhir Jun lalu dengan harga RM4.55 pernah mencecah pada harga RM5.80 sahaja selepas dua minggu disenaraikan.

Namun katanya, selepas itu saham FGVH semakin menurun sehinggalah ke RM 5.00 awal pagi ini.

Mazlan turut mengulangi pendiriannya bahawa penyenaraian FGVH dalam Bursa Malaysia tidak kena pada masanya dan ramai penganalisis ekonomi turut menjangkakan saham FGVH akan merundum.

"Sebenarnya, FGVH tidak wajar disenaraikan pada masa ini, apatah lagi FGVH tidak ada aset di tambah pula anak syarikatnya banyak yang berdepan dengan masalah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagaimanapun, beliau tidak berniat untuk 'memulangkan paku buah keras' kepada kerajaan ekoran kedegilan menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia.

Tegas Mazlan sekiranya pada kadar saham RM5 pada hari ini pecah dan mengalami kejatuhan ianya akan mengundang malapetaka kepada kerajaan dalam tempoh sebulan ini.

Ditambah pula katanya, dengan masalah kelapa sawit yang melawas menyebabkan harga jatuh sekali gus akan menggusarkan para peneroka.

"Saya bersimpati pada peneroka, mereka jadi mangsa," katanya.

Beliau turut melahirkan kebimbangan akan wujud sendiket pembelian saham apabila peneroka mula menjual saham mereka.

"Kalau peneroka yang beli melalui MITI, dan mereka diminta jual. Isunya siapa yang beli, kita bimbang cetus sendiket sekiranya pembeli itu adalah orang asing maka pegangan bumiputera akan berkurangan. Inilah yang kita sebut akirnya Felda akan menjadi milik asing,"katanya.

Ketika berita ini ditulis jam 4.33 petang saham FGVH direkod pada RM5.05 seunit.Imbang Penuh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....