Ceramah Merdeka Rakyat, Batu Caves 07/05/2012
Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Selasa, 8 Mei 2012
Nik Aziz is father of kafir? Apa komen Tok Guru Nik Aziz?
Bagi aku.. tindakan bekas Ketua Polis Negara melabelkan TG Nik Aziz sebagai Bapa kepada Kafir adalah satu tindakan yang keterlaluan, tidak wajar dan juga biadab!.. tapi pendapat aku tu tak penting, yang penting ialah ulasan TG Nik Aziz sendiri.. baca kat bawah.
Sebelum itu baca apa yang telah dikatakan oleh Rahim Noor sepertimana yang dilaporkan oleh Media tunggangan UMNO/BN..
Bagi memudahkan bacaan semua Semut Malaysia dah besarkan image.. baca kat bawah ni..
Sebelum itu baca apa yang telah dikatakan oleh Rahim Noor sepertimana yang dilaporkan oleh Media tunggangan UMNO/BN..
Bagi memudahkan bacaan semua Semut Malaysia dah besarkan image.. baca kat bawah ni..
Full Video : Ceramah Ust Nassuruddin Daud Di Rusila Marang

KUALA TERENGGANU - Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang memutuskan adalah haram bagi umat Islam menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada Sabtu 28 April lalu terus dipertikai.
Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Ustaz Nasaruddin Daud mempersoalkan tindakan ‘haram’ kepada umat Islam yang menuntut agar pilihan raya bersih dan adil di negara ini.
Katanya, jika rakyat menuntut agar pilihan raya yang bersih dan adil itu haram, adakah mengendalikan pilihan raya secara tipu itu ‘halal’.
“Jika tuntut pilihan raya yang bersih itu ‘haram’, buat pilihan raya secara tipu itu ‘halal’. kerajaan duduk (buat) tipu rakyat itu halal.
“Kita (rakyat) hendak tuntut supaya pilihan raya itu jadi bersih itu haram pula. Penipuan dalam pilihan raya itu halal ke?,” soalnya ketika berucap pada Ceramah Perdana Sempena Sambutan Jubli Emas, Dewan Ulama’ PAS Negeri Terengganu ke-50 di perkarangan Masjid Rusila, Marang, 6 Mei lalu.
Katanya, jika rakyat menuntut agar pilihan raya yang bersih dan adil itu haram, adakah mengendalikan pilihan raya secara tipu itu ‘halal’.
“Jika tuntut pilihan raya yang bersih itu ‘haram’, buat pilihan raya secara tipu itu ‘halal’. kerajaan duduk (buat) tipu rakyat itu halal.
“Kita (rakyat) hendak tuntut supaya pilihan raya itu jadi bersih itu haram pula. Penipuan dalam pilihan raya itu halal ke?,” soalnya ketika berucap pada Ceramah Perdana Sempena Sambutan Jubli Emas, Dewan Ulama’ PAS Negeri Terengganu ke-50 di perkarangan Masjid Rusila, Marang, 6 Mei lalu.
Isnin, 7 Mei 2012
Video : Panas !!! Kumpulan Pro Dan Anti Bersih Bertembung Di Bukit Aman

KUALA LUMPUR 7 Mei: Badan bukan kerajaan (NGO) Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengetuai 27 NGO lain menyerahkan memorandum mendesak polis yang terlibat jenayah keganasan ketika mengendalikan Bersih 3.0 tampil menyerah diri untuk disiasat.
Kumpulan itu yang hadir hanya 15 wakil bagaimanapun diganggu samseng Umno yang diketuai veteran-veteran tentera dengan laungan dan herdikan kepada NGO tersebut yang menjadi tontonan polis.
Dalam keadaan agak panas apabila kumpulan NGO dan kumpulan veteran itu bertembung, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin, berjaya menyerahkan memorandum itu kepada Asisten Supretendan (ASP) Ramli Mohamed Yoosof.
PRU 13 : Tok Guru Nik Aziz dicadang tanding 2 kerusi
PAS Rantau Panjang melulus usul cawangan
Banggul Setol yang mahu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
bertanding dua kerusi dalam PRU 13 iaitu Parlimen dan Dewan Undangan
Negeri.
“Semua perwakilan bersetuju menerima usul tersebut tanpa bahas
memandangkan ia selari dengan kehendak parti mengatur strategi menawan
Putrajaya,” kata Abdul Fatah.
Manakala Cawangan Tiang Candi mencadangkan supaya kerajaan
negeri menubuh Yayasan Tanah Wakaf Pendidikan bagi membiayai pengajian
pelajar-pelajar miskin di pusat pengajian tinggi.Hrkh
Video : Jangan heret ibu saya ke kancah politik - Azmin Ali
SHAH ALAM
: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan, beliau tidak pernah menderhaka kepada ibunya justeru meminta Umno supaya tidak mengheret keluarga, khusus ibunya ke dalam kancah politik.Dalam kenyataan dikeluarkan awal pagi ini, Azmin juga berkata, institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan menerusi media.
"Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya.
"Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan ALLAH SWT dan mendapat rahmat-Nya serta beroleh kesihatan yang baik," kata Azmin.
Ahli Parlimen Gombak itu kemudian menyatakan bahawa beliau tetap sayang dan hormat kepada ibunya serta menyanjung tinggi sokongan yang diberikan oleh keluarga termasuk isteri dan anak-anak.
"Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelik yang disuburkan oleh Umno dan media yang ditunggangi mereka," katanya lagi.
Kenyataan Azmin juga menyifatkan beliau tidak akan tunduk kepada tekanan fitnah daripada Umno.
Sebaliknya jelas beliau, tumpuan akan diberikan kepada usaha dan kerja-kerja parti selaku Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat PKR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangkakan bulan depan.AntaraPos
Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009


