Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 9 Mei 2012

Fitnah menggila, Pemuda PAS arah puasa 3 hari

Imbang PenuhKUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan seluruh anggotanya dan umat Islam prihatin untuk berpuasa sunat tiga hari berturut-turut bagi menangkis fitnah yang semakin menggila sejak kebelakangan ini.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, puasa sunat itu dicadang dibuat serentak di seluruh negara bermula Khamis, Jumaat dan Sabtu ini.

"Menolak dan menangkis segala fitnah jahat secara sistematik yang dilakukan kepada PAS maka kami Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan seluruh ummat Islam prihatin khasnya pemuda PAS agar berpuasa selama 3 hari berturut - turut iaitu bermula hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.

"Kemudian diakhiri dengan Munajat Perdana pada Hari Sabtu jam 8.45 malam serentak seluruh negara di kawasan masing - masing," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Fitnah menggila itu katanya sedang disasarkan terutama kepada PAS serta anggota dan pemimpinnya.

Ianya termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap 'Father of Kafir' oleh Bekas Ketua Polis Negara dan disiar pula oleh NST (gambar atas).

Selain itu, Pengarah Jabatan Amal Malaysia Johari Osman diugut dengan sepucuk surat berisi sebutir peluru hidup.

Sebelumnya anggota Unit Amal Mat Kamal Ismail telah ditangkap ekoran terlibat dengan himpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Satu lagi fitnah katanya sedang ditiupkan media arus perdana seperti TV 3 dan Utusan Malaysia yang tidak henti-henti menggambarkan kononnya Bersih 3.0 yang disokong dan disertai oleh PAS telah melakukan keganasan, memusnahkan harta benda, bermaksud menggulingkan kerajaan secara rusuhan malah turut dikait sebagai mencemarkan kesucian Tanah Suci Makkah dan Madinah

Mengulas lanjut, Nasruddin berkata, setiap markaz tarbiah PAS kawasan akan menganjurkan majlis solat hajat dan munajat perdana pada malam hari ketiga itu sebagai kemuncak program.Hrkh

Selasa, 8 Mei 2012

Video : Ceramah Pasca Bersih 3.0 DS Anwar Di Batu Caves





Ceramah Merdeka Rakyat, Batu Caves 07/05/2012

Nik Aziz is father of kafir? Apa komen Tok Guru Nik Aziz?



Bagi aku.. tindakan bekas Ketua Polis Negara melabelkan TG Nik Aziz sebagai Bapa kepada Kafir adalah satu tindakan yang keterlaluan, tidak wajar dan juga biadab!.. tapi pendapat aku tu tak penting, yang penting ialah ulasan TG Nik Aziz sendiri.. baca kat bawah.

Sebelum itu baca apa yang telah dikatakan oleh Rahim Noor sepertimana yang dilaporkan oleh Media tunggangan UMNO/BN..

Bagi memudahkan bacaan semua Semut Malaysia dah besarkan image.. baca kat bawah ni..

Full Video : Ceramah Ust Nassuruddin Daud Di Rusila Marang




KUALA TERENGGANU
- Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang memutuskan adalah haram bagi umat Islam menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada Sabtu 28 April lalu terus dipertikai.

Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Ustaz Nasaruddin Daud mempersoalkan tindakan ‘haram’ kepada umat Islam yang menuntut agar pilihan raya bersih dan adil di negara ini.

Katanya, jika rakyat menuntut agar pilihan raya yang bersih dan adil itu haram, adakah mengendalikan pilihan raya secara tipu itu ‘halal’.

“Jika tuntut pilihan raya yang bersih itu ‘haram’, buat pilihan raya secara tipu itu ‘halal’. kerajaan duduk (buat) tipu rakyat itu halal.

“Kita (rakyat) hendak tuntut supaya pilihan raya itu jadi bersih itu haram pula. Penipuan dalam pilihan raya itu halal ke?,” soalnya ketika berucap pada Ceramah Perdana Sempena Sambutan Jubli Emas, Dewan Ulama’ PAS Negeri Terengganu ke-50 di perkarangan Masjid Rusila, Marang, 6 Mei lalu.

Isnin, 7 Mei 2012

Video : Panas !!! Kumpulan Pro Dan Anti Bersih Bertembung Di Bukit Aman



KUALA LUMPUR 7 Mei: Badan bukan kerajaan (NGO) Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengetuai 27 NGO lain menyerahkan memorandum mendesak polis yang terlibat jenayah keganasan ketika mengendalikan Bersih 3.0 tampil menyerah diri untuk disiasat.

Kumpulan itu yang hadir hanya 15 wakil bagaimanapun diganggu samseng Umno yang diketuai veteran-veteran tentera dengan laungan dan herdikan kepada NGO tersebut yang menjadi tontonan polis.

Dalam keadaan agak panas apabila kumpulan NGO dan kumpulan veteran itu bertembung, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin, berjaya menyerahkan memorandum itu kepada Asisten Supretendan (ASP) Ramli Mohamed Yoosof.

PRU 13 : Tok Guru Nik Aziz dicadang tanding 2 kerusi

PAS Rantau Panjang melulus usul cawangan Banggul Setol yang mahu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding dua kerusi dalam PRU 13 iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

“Semua perwakilan bersetuju menerima usul tersebut tanpa bahas memandangkan ia selari dengan kehendak parti mengatur strategi menawan Putrajaya,” kata Abdul Fatah.

Manakala Cawangan Tiang Candi mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuh Yayasan Tanah Wakaf Pendidikan bagi membiayai pengajian pelajar-pelajar miskin di pusat pengajian tinggi.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....