Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Isnin, 7 Mei 2012
Ulama PAS seru Majlis Fatwa tidak sempitkan fatwa untuk demonstrasi
Ahad, 6 Mei 2012
Panas !!! Azwan Ali Hentam Umi Hafilda Di Twitter,Berang Seret Ibunya Dalam Buletin Utama
Niat kami menyiarkan berita ini bukanlah untuk melagakan mana-mana pihak, namun apa yang berlaku, bagi kami agak melampau juga, apabila Azwan Ali ‘berperang’ di laman Twitter nya kerana berang dengan tindakan Umie Hafilda yang menyeret ibunya dalam isu skandal seks Azmin Ali.
Walaupun Azwan Ali seringkali ‘meroyan’ dalam laman twitter miliknya, kali ini ia berbeza sedikit apabila beliau melenting isu ibunya dimasukkan serta memalukan nama baik ibunya dan keluarga Haji Ali. Ikuti screen shot yang kami perolehi daripada twitter Azwan Ali.

Gambar : Ust Azhar Idrus Menyantuni Tok Guru Nik Aziz

Fitnah Lucah: AMK Selangor bakar Utusan Malaysia
Sabtu, 5 Mei 2012
Bersih 3.0 : Kenyataan Najib Melucukan
“Sebenarnya, kerajaan sedang menggunakan pendekatan menakut-nakutkan rakyat dengan sekatan maklumat dan dalam masa yang sama, menutup soal pokok yang menjadi tuntutan sebenar Bersih 3.0 diadakan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Dalam satu dibuat di Gua Musang semalam, Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, perhimpunan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang berhampiran Dataran Merdeka, Sabtu lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi.
Perdana Menteri berkata, tindakan itu menunjukkan pihak yang terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.
"Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan.
"Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir," katanya.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen turut mendakwa, apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan di bawah pimpinan Najib adalah supaya rakyat terus mempertahankan sebuah kerajaan yang ‘kotor’ termasuklah cara pemilihan wakil rakyat yang tidak adil.
Ketika diminta mengulas kenyataan Najib bahawa tindakan peserta perhimpunan cuba menjadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir, Mahfuz berkata, kenyataan itu adalah tidak tepat.
“Kalaulah kesemua peserta Bersih itu dibenarkan duduk di Dataran Merdeka, pasti semua masalah yang timbul pada hari berkenaan tidak akan berlaku.
“Kami hanya ingin duduk dan menyatakan bantahan dan menuntut agar diadakan pilihan raya yang bebas dan adil. Itu sahaja,” katanya.
Jumaat, 4 Mei 2012
Sultan Kelantan jalan kaki 7 Km
HARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telah berjaya berjalan sejauh 7 kilometer sekitar Bandar Kota Bharu sempena program ‘Walk Whith Me 2012’ yang bermula selepas solat Asar semalam. (Sultan Kelantan [tengah depan] berjalan kaki 7 KM di Kota Bharu semalam)
Baginda berkenan berjalan kaki bersama peserta kenamaan dan pimpinan selepas majlis pelepasan dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kira-kira 6.05 petang.
Terdahulu baginda membuat pelepasan untuk peserta 40 tahun ke bawah.
Turut bersama baginda hampir 30,000 peserta lain yang terdiri dari pemimpin kerabat D’Raja Kelantan, kerajaan negeri, Persekutuan, individu serta pelajar sekolah pelbagai bangsa termasuk masyarakat Orang Asli di negeri itu.
Program ini semakin mendapat sambutan selepas kejayaannya yang mula diadakan pada tahun lalu yang dianjurkan Persatuan Kerabat Di Raja Al Muhammadi.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohammad, anggota-anggota exco kerajaan negeri dan lain-lain pimpinan negeri dan Persekutuan.Hrkh






