Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 7 Mei 2012

Video : Jangan heret ibu saya ke kancah politik - Azmin Ali




Imbang PenuhSHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan, beliau tidak pernah menderhaka kepada ibunya justeru meminta Umno supaya tidak mengheret keluarga, khusus ibunya ke dalam kancah politik.

Dalam kenyataan dikeluarkan awal pagi ini, Azmin juga berkata, institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan menerusi media.

"Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya.

"Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan ALLAH SWT dan mendapat rahmat-Nya serta beroleh kesihatan yang baik," kata Azmin.

Ahli Parlimen Gombak itu kemudian menyatakan bahawa beliau tetap sayang dan hormat kepada ibunya serta menyanjung tinggi sokongan yang diberikan oleh keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

"Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelik yang disuburkan oleh Umno dan media yang ditunggangi mereka," katanya lagi.

Kenyataan Azmin juga menyifatkan beliau tidak akan tunduk kepada tekanan fitnah daripada Umno.

Sebaliknya jelas beliau, tumpuan akan diberikan kepada usaha dan kerja-kerja parti selaku Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat PKR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangkakan bulan depan.AntaraPos

Ulama PAS seru Majlis Fatwa tidak sempitkan fatwa untuk demonstrasi

KUALA LUMPUR, 7 Mei — Ulama PAS hari ini menyeru Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan agar tidak mengeluarkan pandangan yang sempit dan melibatkan demonstrasi semata-mata, sebaliknya mengambil kira punca demonstrasi itu sendiri iaitu kepincangan sistem pilihan raya.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar), menegaskan, demonstrasi yang menjurus kepada perkara kebaikan dan tugas “amar makruf nahi mungkar” adalah sangat digalakkan dalam Islam.

“Demonstrasi menyatakan pandangan adalah berasaskan kepada kewajipan amar makruf nahi munkar yang dituntut oleh Islam,” katanya mengulas pandangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, semalam berhubung demonstrasi Bersih 3.0.

Lapan tuntutan Bersih adalah bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini yang dilihat tidak telus dalam proses pilihan raya.

Jelas Adun Manir ini lagi, “ia merupakan sebahagian tugas amar makruf nahi munkar yang mesti dilaksanakan oleh rakyat terutamanya umat Islam”.

Tambahnya, keganasan ketika insiden Bersih 3.0 tidak akan wujud sekiranya tiada provokasi daripada pihak-pihak tertentu,

“Tanpa sebarang provokosi daripada pihak tertentu demonstrasi aman tidak akan mencetuskan huru-hara,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali, pula menegaskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis

Kebangsaan diminta tidak menyempitkan pandangan muzakarah melibatkan demonstrasi yang berlaku sahaja.

Ahad, 6 Mei 2012

Panas !!! Azwan Ali Hentam Umi Hafilda Di Twitter,Berang Seret Ibunya Dalam Buletin Utama

Semakin hari semakin hangat bahang media massa sekarang bukan? Kami sahaja yang rasa begitu ataupun anda juga merasakan perkara yang sama seperti kami? Namun apa yang menarik perhatian kami hari ini ialah isu yang disiarkan oleh Buletin Utama mengenai ibu kepada Umie Hafilda, Azmin Ali dan juga Azwan Ali.

Niat kami menyiarkan berita ini bukanlah untuk melagakan mana-mana pihak, namun apa yang berlaku, bagi kami agak melampau juga, apabila Azwan Ali ‘berperang’ di laman Twitter nya kerana berang dengan tindakan Umie Hafilda yang menyeret ibunya dalam isu skandal seks Azmin Ali.

Walaupun Azwan Ali seringkali ‘meroyan’ dalam laman twitter miliknya, kali ini ia berbeza sedikit apabila beliau melenting isu ibunya dimasukkan serta memalukan nama baik ibunya dan keluarga Haji Ali. Ikuti screen shot yang kami perolehi daripada twitter Azwan Ali.

Gambar : Ust Azhar Idrus Menyantuni Tok Guru Nik Aziz


Kemah Boh .. gini cara dan adab yang sepatutnya jadi tauladan pada orang lain. Walaupun Ustaz Azhar Idrus dah popular dan ada crowd sendiri, tapi rasa hormat pada Tuan Guru begitu menebal. Takbir ~!! Debik Karmic

Fitnah Lucah: AMK Selangor bakar Utusan Malaysia

SHAH ALAM 5 Mei: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor semalam bertindak membakar akhbar Utusan Malaysia di depan pejabat KEADILAN negeri sebagai protes terhadap media kawalan Umno itu melaporkan berita fitnah dan lucah.

Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, akhbar berkenaan tidak sesuai dibaca di kalangan rakyat, terutama pelajar sekolah apabila menyiarkan berita seumpama itu.

“Sebagai contoh, Utusan kini banyak diedar di sekolah-sekolah dan rumah ke rumah secara percuma ekoran boikot berterusan rakyat terhadap media Umno itu.

“Malah kita mendapat aduan dari ibu bapa di mana anak mereka bertanyakan mengenai perkara lucah yang disiarkan Utusan Malaysia,” katanya dihubungi Keadilan Daily.

Pada 2 Mei lalu, akhbar itu di muka depannya menyiarkan berita dan gambar adegan seks seorang lelaki yang meniru gaya Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

Azmizam berkata, akhbar Utusan yang dibakar itu juga diperoleh dari seorang anggota Cabang KEADILAN yang menerimanya secara percuma.

“Ini menunjukkan betapa terdesaknya Umno untuk menyiarkan propaganda mereka sehingga terpaksa mengedar akhbar mereka secara percuma walaupun tahu rakyat menolak laporan berita mereka.

“Utusan patut kembali kepada perjuangan asal dengan melaporkan berita mengenai isu rakyat seperti harga barang kerana selepas Datuk Seri Najib Razak umum Gaji Minimum, harga barang di beberapa kawasan di Lembah Klang melonjak,” tegasnya.Keadilandaily

Sabtu, 5 Mei 2012

Bersih 3.0 : Kenyataan Najib Melucukan

SHAH ALAM –  Dua lagi komponen Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, kononnya perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu satu usaha mahu menggulingkan kerajaan, sebagai pandangan melucukan.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Najib itu amat lucu kerana mustahil untuk menggulingkan sebuah kerajaan hanya dengan membawa botol-botol air mineral.

“Kalaulah benar tujuan perhimpunan Bersih 3.0 diadakan untuk menggulingkan kerajaan, sudah pasti mereka akan membawa senjata dan destinasinya, bukan ke Dataran Merdeka, sebaliknya ke Putrajaya.

“Sebenarnya, kerajaan sedang menggunakan pendekatan menakut-nakutkan rakyat dengan sekatan maklumat dan dalam masa yang sama, menutup soal pokok yang menjadi tuntutan sebenar Bersih 3.0 diadakan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Dalam satu dibuat di Gua Musang semalam, Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, perhimpunan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang berhampiran Dataran Merdeka, Sabtu lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu menunjukkan pihak yang terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.

"Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan.

"Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen turut mendakwa, apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan di bawah pimpinan Najib adalah supaya rakyat terus mempertahankan sebuah kerajaan yang ‘kotor’ termasuklah cara pemilihan wakil rakyat yang tidak adil.

Ketika diminta mengulas kenyataan Najib bahawa tindakan peserta perhimpunan cuba menjadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir, Mahfuz berkata, kenyataan itu adalah tidak tepat.

“Kalaulah kesemua peserta Bersih itu dibenarkan duduk di Dataran Merdeka, pasti semua masalah yang timbul pada hari berkenaan tidak akan berlaku.

“Kami hanya ingin duduk dan menyatakan bantahan dan menuntut agar diadakan pilihan raya yang bebas dan adil. Itu sahaja,” katanya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....