PETALING JAYA: Penggantungan sesi pelajaran pelajar Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim rata-rata dikecam
oleh komponen parti Pakatan Rakyat.Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar merangkap ahli Parlimen Lembah
Pantai mengkritik tindakan UPSI sebagai tindakan membudayakan ketakutan
di kalangan golongan muda.
“Tindakan menggantung pendidikan Adam Adli ini adalah tindakan yang
opresif, bermotifkan politik yang zalim dan jelas menghalang mahasiswa
dari menyuarakan pandangan mereka.
“Kalaupun suatu kesalahan telah dilakukan, tindakan yang diambil
haruslah bersifat memberi pengajaran, bukannya membudayakan budaya
ketakutan di kalangan orang muda.
Beliau berkata begitu di dalam satu kenyataan media berkaitan penggantungan sesi pendidikan Adam selama 18 bulan oleh UPSI.Adam merupakan tokoh pelajar yang menurunkankan bendera potret
presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak ketika protes mahasiswa
menuntut kebebasan akademik.
Merendahkan maruah UPSI
Nurul turut menuduh jawatankuasa disiplin universiti tersebut
merendahkan maruah UPSI dengan mengenakan hukuman berat kepada Adam.





