Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 19 Disember 2010

Mazlan Aliman calon PAS Dun Tenang?

Oleh Muda Mohd Noor

PETALING JmalimiAYA: Tinjauan rambang di kalangan penyokong PAS di Labis dan khususnya kawasan dewan undangan negeri Tenang, mereka berpendapat calon PAS yang paling sesuai ialah Mazlan Aliman.
Mazlan merupakan AJK PAS Pusat, ketua penerangan PAS Johor dan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Adun Tenang Johor,Datuk Sulaiman Taha, 59 tahun meninggal dunia di Hospital Pakar Puteri pada 17 Disember yang lalu kerana  jangkitan kuman dalam darah..
Pada pilihanraya umum 2008, Sulaiman Timbalan Yang Dipertua PAS Labis ketika itu, Mohd Saim Siran.
Seorang penyokong PAS  Kampung Redong berkata, "Mazlan paling sesuai kerana di Tenang ada juga kawasan Felda.
"Beliau (MAzlan) yang lebih tahu mengenai Felda. Kita nak tahu sebanyak banyak orang Felda menyokong Anak yang diusahakan oleh Mazlan itu," katanya.
Beliau menambah, ada  tiga buah kawasan tanah rancangan Felda di Dun Tenang iaitu Chemplak,Chemplak Barat dan Felda Tenang.
Rakannya, Zulkifli Sarmin pula memberitahu, Mazlan merupakan penggerak PAS Johor yang menonjol ketika ini terutama dengan isu penyelewengan Felda.

Senarai Lantikan Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat 2010


SENARAI LANTIKAN MAJLIS PIMPINAN PUSAT PARTI KEADILAN RAKYAT

KETUA UMUM: 
YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

PRESIDEN:
DATUK SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

TIMBALAN PRESIDEN:
YB MOHAMED AZMIN ALI

SETIAUSAHA AGUNG:
YB SAIFUDDIN NASUTION*

NAIB PRESIDEN: 
YB NURUL IZZAH ANWAR
YB CHUA TIAN CHANG (TIAN CHUA)
YB FUZIAH SALLEH
YB DATUK MANSOR OTHMAN
DATUK CHUA JUI MENG*
BARU BIAN*
N. SURENDRAN*

KETUA WANITA: 
YB ZURAIDA KAMARUDDIN

KETUA ANGKATAN MUDA: 
SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN

BENDAHARI AGUNG: 
YB WILLIAM LEONG*

KETUA PENERANGAN:
DR MOHD NOR MANUTY*

PENGARAH KOMUNIKASI: 
YB NIK NAZMI NIK AHMAD*

PENGARAH STRATEGI: 
RAFIZI RAMLI*

Taib Mahmud sah nikah warga Lebanon malam tadi

KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selamat dinikahkan dengan gadis Lubnan berusia 28 tahun (gambar kecil) di Kuching , malam tadi.

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun dalam majlis tertutup yang diadakan di kediaman rasminya, di sini, malam tadi.
Terdahulu, anggota keselamatan yang bertugas di kediaman Taib memaklumkan satu majlis tertutup diadakan dengan pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.
Majlis itu hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu khas.
Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal jam 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.

Taib dan isteri, seorang wanita Lubnan dinikahkan Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira jam 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau. Antara saksinya, anak kedua Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir.

Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Amin Sahmat yang ditemui pihak media, memaklumkan majlis itu adalah tertutup dengan hanya jemputan khas dibenar memasuki kediaman Ketua Menteri.
“Ini hanya majlis doa selamat, pengumuman lanjut akan dibuat kemudian dengan majlis kepada umum akan diadakan pada Januari,” katanya.

Bagaimanapun, Amin enggan mengulas lanjut mengenai majlis yang sebelum itu dipercayai adalah bagi meraikan pasangan Taib dan pilihan hatinya itu.BH

Jumaat, 17 Disember 2010

Nazri Aziz, Pandikar Amin macam ‘penyamun’ filem Ali Baba Bujang Lapok



PETALING JAYA, 17 Dis — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar(gambar atas) menyamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz(gambar kiri) dan Speaker Dewan Rakyat Tan Seri Pandikar Amin Mulia(gambar kanan) sebagai watak penyamun dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok.
Semalam, Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mendakwa Pandikar bertindak mengikut arahan dikeluarkan Nazri, dakwaan dinafikan oleh menteri itu.
“Kita berhadapan dengan cerita Ali Baba Bujang Lapok yang mana ketua penyamun (Nazri) dan sarjan pendek (Pandikar).
“Dalam cerita ini sarjan pendek mendengar arahan yang dikeluarkan ketua peyamun. Kita boleh tengok selepas menyamun sarjan pendek ini pergi membaling dadu. Dadu ini semua nombor dua sahaja.
“Dia baling hanya tiga kali sambil menjerit ‘siapa yang kena’, samalah macam kes ini keputusan cepat dibuat dan sarjan pendek tidak tunggu lama untuk membuat keputusan. Kalau dia baling dadu lebih tiga kali nanti dia pula yang kena,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.
Mahfuz berkata demikian dengan mengulas keputusan Parlimen yang menggantung empat wakil rakyat Pakatan Rakyat semalam.
Semalam, Dewan Rakyat menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, R. Sivarasa dan Azmin Ali daripada tugas sebagai Ahli Parlimen selama enam bulan.

Pilihanraya Kecil Di Dun Tenang Johor

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang, Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN meninggal dunia di sini awal pagi tadi, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-14 sejak Mac 2008.
Ketua Umno Labis itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira 1.10 pagi di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini - di mana Allahyarham dirawat sejak hampir sebulan lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Wakil rakyat dari Johor itu dimasukkan ke Hospital Segamat selama dua hari sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri pada 24 November.
Sulaiman, 59, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal pada pukul 12.45 tengah malam tadi sebelum disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Noraini Yaakop dan tujuh anak.
Wakil rakyat Umno itu telah menjadi wakil rakyat selama dua penggal.
Jenazah Sulaiman terlebih dahulu dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Ubudian Ampang Tasik sebelum dibawa ke Labis untuk dikebumikan.
Sulaiman mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang pada pilihan raya umum 2008 dan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
DUN Tenang berada dalam bahagian Parlimen Labis, yang menjadi kubu kuat Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek dan kini disandang oleh anaknya, Chua Tee Yong.
Satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Labis ialah Bekok yang turut dimenangi BN.
Spekulasi mengenai kesihatannya dan kemungkinan pilihan raya kecil ke-14 menjadi sebutan selepas Sulaiman tidak menghadiri sidang DUN bulan lalu, yang membahaskan bajet 2011.
Sejak pilihan raya umum 2008, 13 pilihan raya kecil telah diadakan dengan 10 daripadanya diadakan kerana kematian wakil rakyat.
Dua pilihan raya kecil - kerusi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi diadakan 4 November lalu dengan kedua-duanya dimenangi oleh BN.
BN memenangi 50 kerusi DUN di Johor pada pilihan raya umum 2008 sementara DAP empat kerusi dan PAS dua kerusi.

Khamis, 16 Disember 2010

Bekas Naib Presiden PKR Lancar Barisan Bersatu Borneo

PENAMPANG 16 DIS: Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan hari ini mengumumkan pembentukan satu pergerakan
dikenali Barisan Bersatu Borneo (UBF) sebagai satu platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak.

Katanya agenda UBF termasuk mendapatkan kesamarataan dalam formula perkongsian dan perwakilan di peringkat persekutuan.

Jeffrey, yang menjelaskan beliau belum menyerahkan surat keluar daripada PKR, berkata UBF mahu kerajaan pusat melindungi hak masyarakat pribumi seperti
yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menubuhkan parti baru atau menyertai parti lain, beliau berkata UBF akan menyokong sesiapa saja yang dapat menjaminhak dan keadilan kepada penduduk Sabah dan Sarawak.-Bernama

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....